Author Archives: Kheirul Mohamed

Bulan Hijrah

Sekarang ni ramai antara kita dah tak tahu bulan Hijrah.. bila ditanya tahun Hijrah sekarang.. semua ternganga aja… termasuk ler saya sendiri kekadang tu dah tak ingat tahun Hijrah + bulan-bulan Hijrah…

So semalam, dengan kelebihan yang Allah S.W.T bagi.. saya pon download ler satu scripts dari internet untuk convertkan bulan Masihi kepada Hijrah…. pas tu tampalkan kat Sawanila.com ni….. *kalu korang perasan ler….

ok kat sini disenaraikan bulan-bulan Hijrah…..

  1. Muharam
  2. Safar
  3. Rabi’ul Awal
  4. Rabi’ul Akhir
  5. Jamadil Awal
  6. Jamadil Akhir
  7. Rejab
  8. Sya’ban
  9. Ramadhan
  10. Syawal
  11. Dzulka’edah
  12. Dzulhijjah

Ingat .. tahun Hijrah untuk tahun ni adalah 1429… dah tinggal sebulan lebih aja lagi untuk awal Muharam tahun depan….

Kueh Akok

Ni la dia namanye Kueh Akok… Kueh ni berasal dari Pantai Timur dan raser kueh akok ni ada skit berbeza di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan tetapi cara pembuatannya dan bahan-bahan nak membuatnya adalah sama.

Kalau nak kira raser Kueh Akok yang paling best yang pernah saya rasa di dunia ni adalah Kueh Akok Mak Wan Beserah.. tapi sekarang ni dia dah arwah dah.. so tak jumpa lagi orang yang boleh lawan keenakkan raser kueh akok dia.

Kat KL saya pernah cuba dua tiga kali…esp masa Bulan Ramadhan yang lepas tetapi mengeciwakan jiwa dan raga bila rase kueh akok orang KL buat…. TAK SEDAP LANGSUNG……

Tetapi kini…. dah jumpa dah tempat yang jual kueh akok ni yang boleh dikatakan SEDAP di KL… Kalau korang pergi ke Restoran MZ kat depan Darul Zakat tu kat Kg Baru tu… ada jual kueh akok yang masih panas lagi… memang berbaloi beli.. rasernya cukop puas hati….harganya pon berpatutan cuma lima posen aja untuk satu biji… apa yang boleh saya katakan disini… The Best Akok in KL but not in the list in my hometown… kakakkakak……

Makan Tengahari – Asam Pedas

Alhamdulillah… syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan nikmat rezeki yang best hari ni…

Oleh kerana medan selera kat opis tu tutop untuk renovation… so myself + rakan-rakan opis pi ke Kampung Pandan for lunch… tujuan asal nak makan masak lemak.. tapi tokey masak lemak tu cuti sampai tahun depan so kitaorang redah ker ke satu rstoran asam pedas…

Ok.. ceritanya bermula disini…

Sampai-sampai aja

pilih aja ikan… macam-macam ikan ader wehh…. pilih-pilih…jangan malu-malu

ikan pari tu pon syok gaks… amik-amaik….

bubuh dalam pinggan.. pas tu beratur pergi ke tukang masak…

ni ler tempat tukang masak dia.. depan mata jer diorang masak… kat situ… takde menu lain….cuma ada satu menu aja.. ASAM PEDAS…

Ni la muka-muka orang yang tengah kelaparan menunggu lauk yang sedang dimasak

ulam ni yang datang dulu…

pastuh telur dadar plak sampai.. mana main dish dia…..????

hohoho… ni dia main dish… ikan cacamarba asam pedas dah sampai…

huuuihhh…. menggelegak lagi tuh…..

sorry la beb.. pasal gambor amik pakai handphone aja…. kamera mahal simpan kat rumah.. sbb tu la gambar kelabu jer… ok makan time….

tu tengok buaya-buaya yang kekenyangan….. dah takbleh cakap apa… semua licin.. tinggal kuah aja…

ha… ni ler dia nama restoran dia….

so kalau korang pi Kampung Pandan tu…. cari la rerstoran ni… mudah jer cari restoran ni… dia berdekatan dengan gerai jual goreng pisang kat bawah flyover MRR2 tu.. tanya jer orang yang jual goreng pisang tu… dia mesti tahu…..