Author Archives: Kheirul Mohamed

“Mickey Mouse Clubhouse: Road Rally” Ceriakan Pameran PETRONAS StreetSmart 2010

BELAJAR TENTANG KESELAMATAN JALANRAYA DENGAN

PETRONAS STREETSMART DAN PLAYHOUSE DISNEY NOVEMBER INI!

Tahun ini, Petronas berganding bahu dengan Playhouse Disney untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalanraya di kalangan ibubapa dan anak-anak pra-sekolah mereka di pameran PETRONAS StreetSmart–Lessons for Life yang akan diadakan dari sekarang hingga 21 November 2010 di Petrosains, The Discovery Centre di Suria KLCC.

Berdasarkan rancangan “Mickey Mouse Clubhouse: Road Rally”, program istimewa satu-jam di Playhouse Disney mengenai keselamatan jalanraya yang bakal ditayangkan, Playhouse Disney dengan sukacitanya mempersembahkan sesi bercerita “Mickey Mouse Clubhouse: Road Rally” semasa pameran pada 13, 14, 20 dan 21 November untuk membantu kanak- kanak menghargai keseronokan mengamalkan tabiat keselamatan jalanraya yang bertanggungjawab.  Untuk menyemarakkan lagi keseronokan mengenai keselamatan jalanraya, si manja juga berpeluang menonton tayangan perdana siri “Mickey Mouse Clubhouse: Road Rally” pada 18 November 2010, jam 9.30 pagi di Playhouse Disney (Saluran Astro 613)!

Sebagai sebahagian dari komitmen berterusan PETRONAS untuk menyampaikan pesanan mengenai keselamatan jalanraya ke seluruh Malaysia, pameran kembara PETRONAS StreetSmart membincangkan pesanan serius yang disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan untuk menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa. Pameran ini menampilkan simulator sistem jalanraya dan keadaan trafik yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengalami dan mengenalpasti masalah dan bahaya berkaitan penggunaan jalanraya. Pada masa yang sama, demonstrasi eksperimen akan dipersembahkan di mana pengunjung dapat belajar tentang kepentingan mengamalkan tingkahlaku positif keselamatan jalanraya seperti menggunakan tali pinggang keselamatan, berjalan berjauhan daripada kenderaan yang sedang bergerak dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga aktiviti menyeronokkan dan interaktif termasuk program bercerita “Mickey Mouse Clubhouse: Road Rally” dan juga bengkel yang mendidik kanak- kanak tentang kepentingan memakai topi keselamatan, kenapa rangka kereta mesti teguh, stabil dan kuat, dan bagaimana bampar kereta boleh menyerap kesan pelanggaran semasa kemalangan.

Maskot PETRONAS StreetSmart, Siti, Ah Chong dan Muthu juga akan membuat penampilan istimewa yang pasti menceriakan semua pengunjung muda!

Pameran PETRONAS StreetSmart diadakan pada 6 hingga 21 November di Petrosains, The Discovery Centre, Suria KLCC. Ia dibuka kepada orang ramai setiap hari Selasa hingga Ahad dan ditutup pada hari Isnin serta Hari Raya Haji. Waktu pembukaan adalah dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Pertanyaan/Tempahan di 03-2331 8181.

Tak Puas Hati Dengan Mutu Pengadilan Bolasepak Sukan Asia 2010 Malaysia – China

Saya sungguh kecewa dengan mutu pengadilan bolasepak Sukan Asia semasa Malaysia menentang tuan rumah China…

Apa yang saya tidak puas hati adalah pengadil dari Australia bersikap berat sebelah dan melayangkan 3 kad merah untuk pemain Malaysia….. Pada separuh masa pertama, 2 pemain Malaysia dilayangkan kad merah iaitu Mahali Jasuli dan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil…Sementara Kunalan pula dilayangkan kad merah apabila dia menerima 2 kad kuning diseparuh masa kedua…

Apa-apa pun.. sekalung tahniah buat pemain Malaysia yang menunjukkan prestasi pertahanan yang sangat tinggi……


*Video dari Sokernet.com

Gambar Malapetaka Gunung Merapi

Sungguh menakjubkan dan menyentuh hati. Ini merupakan satu peringatan kita dari Allah S.W.T. Marilah kita bermuhasabah diri dan bersyukur kerana tragedi sebegini tidak berlaku di negara Malaysia kita ini…

Saksikanlah gambar-gambar ini satu per satu supaya kita dapat ambil peringatan dan pengajaran daripadanya…..

Indah. Seorang petani berdiri disawah padi sementara Gunung Merapi meletup, Klaten, Jawa Tengah berdekatan dengan Yogyakarta, Indonesia. 4 November 2010. Lebih 70,000 penduduk telah dipindahkan daripada kawasan bahaya bencana meliputi kawasan sejauh 15km sementara Gunung Merapi masih memuntahkah lahar, debu dan asap panas. (Ulet Ifansasti/Getty Images)

Gunung Merapi sedang memuntahkan debu dan asap panas dapat dilihat dari Kampung Deles, berdekatan Yogyakarta, November 1, 2010. (REUTERS/Dwi Oblo)

Rumah habis terbakar sementara sukarelawan bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa Gunung Merapi yang meletus di kampung Argomulyo pada 5 November 2010.  (SUSANTO/AFP/Getty Images)

Sukarelawan yang berjaya menyelamatkan mangsa yang terbakar dari letusan Gunung Merapi di Kampung Argomulyo, kemusnahan yang dahsyat oleh awan dan debu gunung berapi panas. 5 November, 2010. (SUSANTO/AFP/Getty Images)

Menakjubkan. Panahan petir dan kilat semasa Gunung Merapi memuntahkan debu dan lahar, dilihat dari Kampung Ketep di Magelang, Indonesia Jawa Tengah. 6 November, 2010. (REUTERS/Beawiharta)

Continue reading