Author Archives: Kheirul Mohamed

Berita Hangat – IPAD 2 Jailbreak Dah Keluar!!!

Berita yang paling ditunggu-tunggu.. Jailbreak untuk IPAD2 untuk IOS 4.3.3 dah kuwor…. so kepada sesapa yang nak Jailbreak IPAD2 dipersilakan ler… Jailbreak dari Comex (Jailbreakme 3.0) adalah jailbreak pertama untuk IPAD 2 dan ianya hanya boleh digunakan untuk IOS 4.3.3 sahaja… Jika IOS Ipad2 anda lebih rendah dari 4.3.3, sila update dahulu kepada IOS 4.3.3 dan sekiranya IOS anda melebihi IOS4.3.3 hehehhe amat malang sekali.. jailbreak ni takbleh digunakan….

Untuk maklumat semua, perkara yang perlu untuk anda lakukan untuk jailbreak IPAD2 adalah:

  1. JAILBREAK – (pastikan IOS4.3.3 Update sekiranya perlu dengan itunesIOS 4.3.3 sahaja.. kalau 4.3.4 dah tak bleh..)
  2. Install PDF Patcher2 – dari Cydia
  3. Install Installous – dari Cydia

AMARAN: JAILBREAK AKAN MENGHAPUSKAN WARRANTY DARI APPLE.. so sendiri buat sendiri tanggung….

Cara untuk Jailbreak.

  1. dari Ipad 2.. buka Safari dan pergi http://www.jailbreakme.com
  2. Click FREE dan tap INSTALL
  3. reboot

 

STEP – 2 – Install PDF PATCHER 2

LEPAS JAILBREAK.. buka CYDIA.. search for PDF PATCHER 2 dan INSTALL

Dari Cydia

  1. tekan SEARCH – cari PDF PATCHER 2
  2. tap INSTALL – kat atas sebelah kanan
  3. system then akan reboot.. tap YES

http://www.youtube.com/watch?v=LWnAEZBV3TE

STEP 3 – Install INSTALLOUS

OK… Langkah seterusnya… install INSTALLOUS

Installous ni apps dari Cydia yang digunakan untuk install Apple software for free…..

Dari Cydia

  1. tap button Manage -> Source
  2. tap EDIT -> ADD …pas tu isi http://cydia.hackulo.us
  3. Tap on “Add Source”..Ignore the warning. Hackulous packages and new sources will be installed on iPad 2. tunggu kejap sampai habis download source dia…
  4. Pastu… pi click SEARCH… isi Installous…. pastu click INSTALL…. bila dah install icon INSTALLOUS akan wujud kat luar… so siap…..
  5. gune lerr.. now all the apps is FREEE

Poster Pilihanraya Thai yang menarik…

Salam semua,

Sajer jer nak kongsi sedikit pasal pilihanraya umum Thai yang sempat kami rakam semasa kami bercuti di Bangkok tempohari. Bagi pendapat saya secara peribadi, proses berkempen di sana adalah lebih terbuka jika dibandingkan dengan negara kita dimana calon-calon boleh menggunakan apa jua medium samada di TV, media cetak dan elektronik.

Apa yang melucukan kami adalah terdapat berbagai-bagai jenis poster yang menarik perhatian kami….

Alhamdulillah… semasa kami berada disana.. suasana masih lagi aman… selang dua hari jer kami kembali ke tanahair, dengar cerita kawasan yang kami menginap tu kini dah nak bergolak skit kot….. tapi masih lagi aman dan terkawal.

Kalau tengok dari segi poster tu kan… emmmm.. macam-macam makhluk ada… kepala biawak ada.. kepala beruk ada.. kepala singa, beruang, keldai pon ada…. tu yang sempai kami snap ler… mostly dalam keter semasa bergerak.. tu pasal gambor tak berapa clear….

Komen saya: sendiri buat taksiran ler…..

Komen TokNila: Huiihh… Pohh Palleeehhhh Kater Orang Pahang…. Hebat betui poster demer yerk!!

City Tour : Grand Palace Bangkok

Salam semua,

Ni nak cerita dengan detail skit masa kat Bangkok minggu lepas. Setibanya kami kat airport Bangkok, dalam fikiran ni pon ada rancangan nak pi ronda-ronda dan dah rancang awal-awal nak pi salah satu theme park kat sana. Just main hentam aja masa tiba kat airport tu terus tanya counter taxi tentang ground arrangement, mana tahu diorang buatkan.. so pi la kat counter taxi kat airport tu… pilih jer mana-mana counter taxi yang ada buat promosi Thai Tourism Board…. kebetulan plak Tourism Board Siam tengah buat promotion kat beberapa tempat dengan harga discount yang hebat.. so pilih punye pilih… kami pilih untuk ambil City Tour dan Grand Palace… Alhamdulillah… kami dapat secure RM50 (B500) untuk private tour by van… murah tu untuk satu hari pusing-pusing bandar dengan tour guide.

Pas tu plak.. kami tanya lagi untuk package Dream World… diorang cakap… kalau tempah kat counter mahal… so diorang suruh nego sendiri dengan tour guide keesokkan harinya… So, satu TIPS dapat kat sini.. untuk buat ground arrangement.. baik nego sendiri ngan tour guide… sebab memang dapat murah…

Seperti yang dijanjikan, on the second day kami kat Bangkok, pagi-pagi lagi kami dah bangun dan dalam jam 9 pagi tour guide tu dah terpacak depan hotel untuk bawa kami pusing bandar dan melawat Grand Palace…  Kira ok la tour guide tu, nama dia Ms Patama… so so la English dia.. janji paham… dia panggil saya “Brother”, Yatie as “Sister”, Ashraff as “Boy”, Afriena as “girl” dan Rayyan as “Baby”… cukop sempoi sekali…. Continue reading