Author Archives: Kheirul Mohamed

Jom Ke Hatyai Jom!!!

Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah nak datang lagi. So bincang punye bicang rasa macam nak repeat balik makan Tomyam dan Pulut Mangga kat Hatyai la. Buat masa sekarang ni, apa pon tak buat lagi… cuma perancangan aja baru nak start ni.. hotel pon belum booking lagi.. maybe kalau semuanya ok, dalam minggu depan booking kot.

So, trip ke Hatyai kali ni saya offer kepada readers Sawanila.com yang nak join sekali ke Hatyai bersama-sama. Buat masa sekarang ni, 2 family dah confirm pergi. Kami sekeluarga dan rakan kami sekeluarga.  Maybe kami offer 1 or 2 slots lagi kepada sesiapa yang nak join. Kalau ramai sangat pon tak syok gaks, dalam 3-5 families tu kira cun la tu rasernya.

OK.. planning pergi dengan kereta sendiri, petrol sendiri-sendiri, perbelanjaan shopping tanggung sediri, semua kos penginapan sendiri tanggung, cuma booking hotel tu jer yang boleh buat sama-sama tapi sendiri bayar la… so dengan kata mudahnya.. SENDIRI TANGGUNG.. hehehhe

OK.. perkara yang perlu ada

  1. Kenderaan yang cukup sifat dan berkeadaan baik
  2. Salinan geran (fotostat) kenderaan 2 keping
  3. Salinan insurans policy/cover notes kenderaan Malaysia
  4. Insurans Thailand – akan dibeli di Changlun RM16 – kereta, RM25 MPV
  5. white card – RM2 seorang – di Changlun
  6. Passport yang belum tamat tempoh
  7. dan duit secukopnye.

Cadangan atau perancangan trip

Sabtu 10 March 2012

2:45 AM (M) Berkumpul di R&R Bertingkat Sg Buluh
3:00 AM (M) Bertolak
5:30 AM (M) Berhenti rehat dan Solat Subuh di R&R Sg Perak atau R&R Gunung Semanggol (bergantung kepada masa)
7:30 AM (M) Berangkat ke Changlun
11:00 AM (M) Tiba di Changlun. Beli Insurans, Whitecard
11:30 AM (M) Proses kastam/imegresen Malaysia/Thailand
12:00 PM (M) 11:00AM (T) Sekirannya semua selesai, Berangkat ke Hatyai. Nak singgah kat Danok beli cekodok pon boleh
12:00PM (T) Tiba di Hatyai dan check-in hotel
1:00 PM T) Makan tengahari di Restoran Salma.
FREE AKTIVITI or shopping kat kedai-kedai berdekatan spt Lee Garden, Santisook,kimyong,Central Department Store,Nora Plaza dan disekitarnya

Ahad 11 March 2012

Pagi dan seterusnya Selepas sarapan, Melawat pasar pagi (Morning Market)
Shopping ler
Jalan-jalan pusing Hatyai/Songkla. Ni tengok majoriti. nak bawak kenderaan sendiri ker or sewa van. Kalau bawak keter sendiri susah parking woooo…. naik van or tut tut lagi ekonomi… tempat menarik – Songkla Beach, Floating market,
Makan tgh dan Malam ikut keadaan, majoriti kata makan jer kita cari restoran.
Selepas tu ikut suka

Isnin 12 March 2012

Pagi Selepas sarapan. Sapa yang nak repeat shopping tu pi ler….
 11:00 AM (T) Check-out hotel  dan berangkat ke Danok
 12:30 PM (T) Makan Tgh dulu kat Restoran Mak Jah, Danok
 2:30 PM (T) 3:30PM (M) Berangkat pulang. Dijangka perjalanan mengambil masa 6 – 7 jam.. so pepandai kita sesama cari tempat berhenti kat Gunung Semanggol or Sg Perak….

Oklah.. ni serba sedikit perancangan ye.. kepada sesapa yang nak join.. kene cepat sebab dalam sehari dua lagi.. kami akan buat booking hotel… Ingat tempat adalah sangat terhad dan hotel pon pack sebab cuti sekolah…

Kalau ada apa apa.. boleh tinggalkan diruang komen dan kami akan update dari masa ke semasa tentang perkembangan Trip Hatyai nih

Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Assalamualaikum,

Dah lama rasernya kami tak pergi serang seafood dan sejak kebelakangan ini Sawanila.com dapat banyak hits dari readers pasal seafood kat Pantai Jeram so last weekend kami sekeluarga pon pergilah buat lawatan sambil makan ke Pantai Jeram. Kami tiba agak awal juga la kat Pantai Jeram tu dan masih awal lagi untuk menjamu selera so pusing-pusing usha kawasan sampai la terjumpa Pantai Remis.

Agak happenning gaks la Pantai Remis tu. Selepas main layang-layang kat Pantai Remis, kami kembali semula ke Pantai Jeram yang jaraknya hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Di Pantai Jeram terdapat 2 restoran ikan bakar yang popular yakni Aroma Ikan Bakar dan satu lagi Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Kali ni kami mencuba disini pula sebab Aroma dah cuba so nak ubah selera tekak skit..

Medan Ikan Bakar Jeram ni saya katakan agak menarik juga dari segi hiasan dalamannya dan menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi serta serta playground kanak-kanak untuk bermain. So, kalau bawak kanak-kanak tu bolehlah lepaskan diorang bermain disitu.

 Tengok tu, tempat makan yang selesa dan jika anda nak datang makan beramai-ramai pon boleh sebab meja panjang tersedia yang boleh menampung rombongan Cik Kiah menjamu selera. Bagi kami, kami cukup selesa untuk makan kat meja bulat di tepi sungai aja.

Dan perkara yang paling penting sekali, Surau yang bersih tersedia. Suraunya sangat bersih dan boleh menampung jemaah yang agak ramai. Sesudah saya menunaikan solat Asar (yg agak lewat juga dikerjakan) dalam jam 6, kami pun pergi ke tempat memilih ikan dan makanan laut.

Seperti kebanyakan restoran makanan laut, pilihan ikan-ikan dan makanan laut yang segar-segar tersedia untuk dipilih. Harga dan cara masakan tersenarai dibelakang jadi senang bagi kita untuk buat anggaran.

Tengok tu, Sotong yang tersangat segar, memang sesuai sangat kalau digoreng tepung. Hah yang ni plak.. KETAM bunga.. masih biru lagi dan kami pilih untuk masak Goreng Berlada.

Adeh, geram masa pilih ikan. Kalau ikut nafsu rasa macam nak masukkan semua jenis ikan kat situ sebab terlampau la segarnya dan ikan pon masih tersengih-sengit lagi. Akhir sekali kali pilih ikan kerapu untuk dimasak Sweet n Sour. Selain daripada tu, ada juga pepahat, kepah, dan macam-macam jenis kerang untuk dipilih tapi kami tak amik la.. sebab takut tak abis makan kan… membazir plak.

Kat situ, bukan sekadar makanan laut aja, kepada sesapa yang nak tambah satay pon ada.. so kalau nak lagi syok, tambah la satay ayam or satay daging secucuk dua baru ngam… Oh ya… sebelum terlupa.. kepada korang yang nak tempah or pergi makan kat Medan Ikan Bakar Jeram nih… amik no tepon kat atas nih.. pas tu sendiri call dan buat booking ye…

Ish ish ish.. gambor kecik la.. ok Ni dia kepada yang nak booking dan makan sila catit no tepon kat bawah ni

OK.. Satu pujian juga harus diberikan sebab servis dia agak cepat juga dimana kami tak perlu menunggu lama. Biasalah kan, average dalam 20-30 minit untuk masakan panas tu dah kira ok la tu. Kalau nak dibandingkan dengan restoran sebelah yang beraroma tu, bagi pendapat saya, Medan Ikan Bakar Jeram nih jauh lagi pantas servis dia drp Aroma. Satu pujian.

Meh kita tengok apa rupa makanan dan minuman yang saya makan tempoh hari… Tengok tu.. Air Fresh Orange dan Tembikai.. kami order satu jug setiap satu….

Sayur Campur

Sayur campur ni memang sedap dan very light taste, memang perfect cook dimana kesegaran sayur itu masih lagi dirasai. Ditambah pula dengan ayam dan sotong memang cukup sedap untuk dilawankan dengan nasi.

Sotong Goreng Tepung

Sotong Goreng Tepung, memang tak sah kalau makan seafood takde ni. Tapi yang ni bukan calang-calang sotong goreng tepung. Memang sedap tak terkata.. tepungnya yang rangup dan tidak berminyak sangat memang perfect sekali. Sampai sekarang masih terasa kerangupan sotong goreng tepung ni.. antara sotong goreng tepung yang sedap bagi saya. Saya bagi 5 bintang.

Kerapu Sweet n Sour

Adoi mak ehh.. Ikan Kerapu tersengeh atas meja nih memang sedap sangat. Ikan kerapu nih kalau nak rasa kenikmatannya, masakkan yang sangat sesuai adalah sweet n sour ataupun dimasak 3 rasa. Selain daripada tu kalau nak steam atau kukus pon sedap gaks. Tapi kali ni kami buat sweet n sour. Raser masam-masam manis skit ditambah pula dengan rasa manis ikan yang original tu memang cukop untuk membuka selera. Saya bagi 5 bintang gaks untuk ikan kerapu nih…

Ketam Goreng Berlada

Ketam Goreng Berlada ni merupakan signature dish kat Medan Ikan Bakar Jeram nih. Kalau nak makan ketam saya syorkan sangat-sangat masakan yang nih. Yatie siap cakap tu lain kali kalau pergi ke sini, nak makan ketam nih aja. Mana taknya, ketam yang super segar tu dimasak secukop raser. Rasa manis ketam dilawankan pula dengan cili yang sikit-sikit pedas tu memang sedap sekali. Memang 5 bintang la saya kasi.

Sebagai pelengkap hidangan, tak lupa kepada telur dadar dan juga nasi putih. Secara keseluruhan satu pujian harus diberikan kepada tukang masak kat sini sebab kesemua masakan yang dimasak memang sedap-sedap belaka dan perfectly cooked. Just nice takde over cooked dan takde yang under cooked. Memang 100% perfect cook dimana semua masakan tersebut masak dengan sekata dan masih lagi kekal kesegarannya.

Tengoklah macamana Yatie makan, memang serious abis tu sebab taknak lepaskan kenikmatan dan kelazatan semasa makan tu. Memang berbaloi sangat-sangat makan kat sini dan kami syorkan kepada semua yang nak makan kat Pantai Jeram supaya mencuba kat Medan Ikan Bakar Jeram ni sekali dan pasti anda terpikat punye.

Oh ya sebagai penutup, harga kat sini sangat-sangat berbaloi dan boleh dikatakan murah. Semua yang kami makan diatas tu cuma berharga RM87 sahaja. Memang berbaloi baloi sangat la dengan harga tu. Dan kepada sesiapa yang nak pegi ni dia Map dia dan kepada sesapa yang pakai Garmin.

GPS Position: N3 13.550, E101 18.292


View Larger Map

Dan akhir sekali, inilah SawaScore dari kami….