Actually…how was your weekend? My weekend, memang penuh dengan aktiviti.
Sabtu, pagi lagi dah bangun, sebab macam biasa kena hantar Ashraff dan Afriena ke kelas Qiraati kat Sunway Damansara. Ramai orang cakap jauhnya…. 2 sebab, kelas tu tak ramai student so dorang selesa and seronok nak belajar. Lagi satu sebab, sebab dekat dengan IKEA and 1U. Senang nak tunggu. Actually I masih menunggu kelas untuk adult. Dorang tak cukup orang lagi. Sapa berminat nak belajar boleh lah tanya I. sambil hantar ank belajar, kita pun boleh belajar.
Okey.. Sabtu kiterang lepak kat 1U je sebab Kheirul nak beli seluar kerja.
sempat lagi beli popcorn for kids
Lama gak menunggu dia, so I pusing-pusing kat kawasan baby, lagipun Rayyan tengah tidur setelah kenyang. Fuhh harga baju bebudak mahalnya…Some brand is cheaper to buy through online. Habis, Kheirul membeli, kiterang beli barang dapur sikit kat Cold Storage then baru amik bebudak. Dorang habis pukul satu. Balik rumah pun dah sampai kat kul 3 sebab jalan jam. Balik rumah kasi dorang makan, pastu we all lepak-lepak tengok movie dalam bilik while kids main game.
Ahad plak, macam biasa..I lah yang bangun pagi, sapu lantai mop lantai pastu buat breakfast then kerah bebudak bangun mandi , makan buat homework. Aduuhhh kenapa ah banyak sangat homework sekolah cina ni???Rasa macam tension tau berbuku-buku kena buat homework. Sambil ajar homework sambil masak. Semalam masak asam pedas ikan kembung, udang goreng kunyit, telur dadar and ulam. Yummy..Alhamdulillah
Siap makan, sambung homework pastu keluar. Kiterang ke hospital. Sebenarnya, I sangat sedih. Kawan serumah masa kat UiTM dulu yang I anggap macam kakak, yang selalu tolong buat assignment, yang selalu keluar bersama, yang sangat caring, sedang sakit. She has tumor in her brain. Last Friday she had an operation untuk keluarkan tumor dia. And now dia dalam ICU. Masa I masuk tengok dia dalam ICU sengsorang, tersentak hati ni tengok keadaan dia. Terus menitis air mata, cepat-cepat lap, kalau boleh tak nak menangis depan dia. I cuma boleh cakap sikit je.
“Assalamulaikum Kak Ina, Yatie datang nak tengok akak. Semoga akak cepat sembut dan sihat kembali ye”
Itu je, lepas tu another friend datang, sama–sama berdoa untuk dia.My friend dah start crying, so cepat-cepat pull her out. Seriously, I memang sebak. Masa mula-mula jumpa husband dia just boleh say hi pastu keluar air mata dah…. Dah dekat nak balik tu jumpa jumpa lagi.. Cuma mampu berkata kuatkan semangat, bersabar dan banyakkan berdoa. Lepas tu Kheirul bersembang dengan husband dia.
Lama jugak kat situ lepas tu, kiterang ke Tanjung Malim makan pau sebab bebudak request. Dah alang-alang dekat je, terus pergi.
Kepada kawan-kawan pengunjung blog ini, Mohon doakan kawan saya semoga cepat sembuh ye. She has a blog too
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اَزِلْ عَنْهُ الْعِلَلَ وَالدَّآءَ، وَاَعِدْهُ اِلَى الصِّحَّةِ وَالشِّفَآءِ، وَاَمِـدَّهُ بِحُسْنِ الْوِقَايَةِ، وَرُدَّهُ اِلَى حُسْنِ الْعَافِيَةِ، وَاجْعَلْ مَانَالَهُ فِي مَرَضِهِ هَذَا مَادَةً لِحَيَاتِهِ وَكَفَّارَةً لِسَيِّئَاتِهِ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّـدٍ.
Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
Amin Ya Allah , Amin Ya Robbillalamin…
Semoga kak ina cepat sembuh…
dan dipermudahkan segala2nya.. amin
semoga kawan akak cepat sembuh…ameen….
Tq…tp Allah lebih menyayangi beliau…Al Fatihah