Are we showing off???

Apa kes tajuk macam ni???? kang tak pasal-pasal jadi isu terhangat plak??? kot kot la you all tanya. Tadak aiih   ni saja nak kasi gempak. Tapi nak jugak tanya rakan-rakan pembaca sekalian. Adakah entry-entry di sawanila.com berbaur “showing off”? Kalau betul sila beri tunjuk ajar. Saja je kan nak kasi propa kan.

Bukan apa kita bukan sempurna. mana tau kot kot I tulis…cerita pasal itu ini, tunjuk barang itu ini dirasakan menunjuk-nunjuk?

Adakah anda rasa nukilan saya ini begitu “annoying”?

Adakah anda rasa bla anak-anak saya hanya “speaking English” begitu macam bagus?

Adakah anda rasa setiap nukilan saya menyindir orang lain?

Mungkin pada anda saya pendiam , tidak membalas segala sindiran anda fikir saya penakut ?

Adakah anda rasa setiap nukilan ini berbaur macam bagus?

Dah dah lah tu kawan-kawan sekalian…. mungkin anda tersalah anggap dengan apa yang saya tulis. Anak-anak saya speaking English bukan sebab nak menunjuk, tapi saya hanya mengajar dan mendidik. Dunia mereka nanti luas untuk diterokai  dan disaingi. Bukan setakat English, They speak chinese and they knows arabic.Apa yang saya tulis, banyak menarik minat ibu-ibu lain. Ramai yang bertanya itu ini. Jangan cepat bersangka buruk.

Mungkin anda tersalah anggap bila saya menulis, anda terasa saya menyindir?  bukan apa yang saya tulis kadang-kadang untuk memberi peringatan pada diri sendiri. Saya cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik . Mungkin anda yang termakan cili

Adakah tulisan saya annoying? maybe you think so, masing-masing lah mentafsirkan. Apa yang ditulis, di tunjuk bukan untuk show off, kadang-kadang kita ingin berkongsi. lagipun bukan kah ini blog saya? suka hati aku lah…Kalau tak suka baca , sila lah get out. Ni tidak, kejap-kejap datang mengintai pastu buat bahan mengumpat or kutuk-kutuk dalam blog. Apa yang orang tulis, dia buat bahan sindir -sindir.Malas nak layan orang macam ni, kang ngan kita sekali jadi bangang.

heheheh macam skema plak tulis macam ni. Apa pendapat you all?

Oh ya you all tengok Rayyan ni…sekarang kalau makan kat luar kiterang dah kena order untuk dia sebab dia tak leh nak share dengan sesapa. makan banyak. Ni masa makan kat Chilis last 2 weeks kot.

Kena order 1 pinggan Mac and Cheese untuk dia. Habis tu dia makan . dengan bantuan abang and kakak dia sesikit.So sekarang kalau pi makan cari meja for 5 person. No baby chair dah. Dia cakap NO!!!!!!!!!!

6 thoughts on “Are we showing off???

  1. Gina Manan

    Salam Kak Yatie
    Ala kak, biasalah tu, kita bukan nak tayang atau show off apa yang kita ada atau beli, ini kn blog kita, so suka hatilah kita nak tulis apa, after all kita beli pki duit kita, bukannya kita mencuri atau pki duit depa. Biaq pi la kak. Gina duduk Adelaide ni mcm-mcm show and tell kat blog, hahahababa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.