Sungguh menakjubkan dan menyentuh hati. Ini merupakan satu peringatan kita dari Allah S.W.T. Marilah kita bermuhasabah diri dan bersyukur kerana tragedi sebegini tidak berlaku di negara Malaysia kita ini…
Saksikanlah gambar-gambar ini satu per satu supaya kita dapat ambil peringatan dan pengajaran daripadanya…..
Indah. Seorang petani berdiri disawah padi sementara Gunung Merapi meletup, Klaten, Jawa Tengah berdekatan dengan Yogyakarta, Indonesia. 4 November 2010. Lebih 70,000 penduduk telah dipindahkan daripada kawasan bahaya bencana meliputi kawasan sejauh 15km sementara Gunung Merapi masih memuntahkah lahar, debu dan asap panas. (Ulet Ifansasti/Getty Images)
Gunung Merapi sedang memuntahkan debu dan asap panas dapat dilihat dari Kampung Deles, berdekatan Yogyakarta, November 1, 2010. (REUTERS/Dwi Oblo)
Rumah habis terbakar sementara sukarelawan bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa Gunung Merapi yang meletus di kampung Argomulyo pada 5 November 2010. (SUSANTO/AFP/Getty Images)
Sukarelawan yang berjaya menyelamatkan mangsa yang terbakar dari letusan Gunung Merapi di Kampung Argomulyo, kemusnahan yang dahsyat oleh awan dan debu gunung berapi panas. 5 November, 2010. (SUSANTO/AFP/Getty Images)
Menakjubkan. Panahan petir dan kilat semasa Gunung Merapi memuntahkan debu dan lahar, dilihat dari Kampung Ketep di Magelang, Indonesia Jawa Tengah. 6 November, 2010. (REUTERS/Beawiharta)
Bagaikan padang jarak padang tekukur. Begitulah kemusnahan daripada Gunung Merapi yang meletus di Sleman, Wilayah Yogyakarta Jawa Tengah, 6 November, 2010. (BAY ISMOYO/AFP/Getty Images)
Sepasang selipar diselaputi letusan debu Gunung Merapi di Kampung Kaliadem yang telah ditinggalkan. 2 November, 2010. (AP Photo/Trisnadi)
Sri Sucirathaasri, 18, yang terselamat menatapi adiknya yang cedera parah, Prisca di sebuah hospital di Yogyakarta, Indonesia pada 5 Nov, 2010. Hospital berdekatan dengan kawasan tragedi tidak dapat menampung jumlah mangsa yang ramai. (AP Photo/Achmad Ibrahim)
Sedih. Penduduk kampung meratapi mangsa-mangsa yang terkorban pada upacara pengkebumian secara beramai-ramai di Kampung Sleman, Yogyakarta, Indonesia, Ahad, 7 Nov. 2010. (AP Photo/Achmad Ibrahim)
Masih berlatarbelakangkan awan panas dan letusan Gunung Merapi di Magelang, Jawa Tengah pada 6 Nov 2010. (REUTERS/Beawiharta)
Kemusnahan diluar jangkauan. Pokok-pokok mati dan aliran lumpur meliputi sungai di Sleman, Jawa Tengah, 6 November, 2010. (BAY ISMOYO/AFP/Getty Images)
Debu gunung berapi dari letusan Gunung Merapi meliputi setiap kawasan di Kampung Muntilan, Jawa Tengah, Indonesia. Ahad, 7 Nov 2010. (AP Photo/Trisnadi)
Usaha mecari dan menyelamat mangsa di Kampung Wukirsari, Wilayah Sleman, Jawa Tengah. 7 November, 2010. (REUTERS/Sigit Pamungkas)
Dapur yang musnah. Tiada apa yang tinggal selain letusan debu Gunung Merapi di Kampung Cangkringan, Jawa Tengah, Indonesia, 6 November, 2010. (REUTERS/Dwi Oblo)
Burung peliharaan pun turut terkorban semasa letusan Gunung Merapi di Kampung Kaliadem, Yogyakarta, Indonesia. 2 Nov. 2010. (AP Photo/Trisnadi)
Radio yang cair ini menunjukkan betapa panasnya udara dan debu semasa letusan Gunung Merapi di Kampung Kaliadem, Yogyakarta, Indonesia on 1 Nov. 2010. (AP Photo/Trisnadi)
*AMARAN – GAMBAR AGAK KETERLALUAN
Sungguh menyayat hati. Mangsa-mangsa bergelimpangan kaku tidak dapat menyelamatkan diri daripada letusan Gunung Merapi di Kampung Argomulyo, Cangkringan, Sleman, 5 November, 2010. (REUTERS/Aditia Surya)
*AMARAN – GAMBAR AGAK KETERLALUAN
Penyelamat mengangkat mayat mangsa yang terkorban di Argomulyo, Yogyakarta, Indonesia, Jumaat, 5 Nov. 2010. (AP Photo/Trisnadi)
Pegawai veterina memeriksa binatang ternakan yang selamat dari letusan Gunung Merapi di Kampung Umbulharjo, Sleman, Jawa Tengah, 29 October, 2010. (ADEK BERRY/AFP/Getty Images)
Kilauan larva Gunung Merapi dari Klaten, Jawa Tenga,2 November, 2010. (SONNY TUMBELAKA/AFP/Getty Images)
Aliran larva Gunung Merapi dilihat dari Kampung Sidorejo, Klaten. 3 November, 2010. (REUTERS/Beawiharta)
Hujan abu di Yogyakarta. 30 October, 2010. (CLARA PRIMA/AFP/Getty Images)
Umpama bernafas di dalam lumpur. Seorang wanita menunggang basikal yang diselaputi abu tebal selepas Gunung Merapi meletus di bandar Yogyakarta. 30 October, 2010. (REUTERS/Andry Prasetyo)
Sedih. Penduduk kampung melarikan diri dari rumah masing-masing apabila Gunung Merapi meletup semula di Klaten ,Indonesia, Jumaat, 5 Nov. 2010. (AP Photo/Achmad Ibrahim)
Gunung Merapi meletus lagi, dilihat dari jauh. 4 November, 2010. (REUTERS/Beawiharta)
Bagaikan dibakar dan ditoreh. Begitulah kesan yang ditinggalkan dari letusan Gunung Merapi dekat Kampung Kinahrejo di Sleman, Indonesia pada 27 October, 2010. (Ulet Ifansasti/Getty Images)
Menyelamatkan diri. Penduduk kampung tiada pilihan selain daripada berpindah di Balerante, Klaten pada 1 November, 2010. (ADEK BERRY/AFP/Getty Images)
Manusia durjana. Masih mencari kesempatan untuk mencuri. Polis dan penduduk membelasah dan menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri harta benda penduduk di kampung Sleman berdekatan dengan zon bahaya Gunung Merapi pada 1 November, 2010. (ARYA BIMA/AFP/Getty Images)
Tentera membantu memindahkan seorang nenek yang enggan berpindah di Umbulharjo, Sleman on 30 October, 2010. (ADEK BERRY/AFP/Getty Images)
Hanya mampu berserah kepada Allah yang Maha Kuasa. Keimanan masih lagi utuh walaypun musibah melanda. Keadaan di penempatan sementara di Stadium Maguwoharjo Yogyakarta, 5 November, 2010. (REUTERS/Beawiharta)
Masih ada yang sudi membantu. Bantuan pakaian dihulur di pusat penempatan bencana di Yogyakarta, Jawa Tengah. 7 November, 2010. (REUTERS/Sigit Pamungkas)
Hanya tangisan membasahi pipi. Bawukan, Indonesia, Jumaat, 5 Nov. 2010. (AP Photo/AK Hendratmo)
Berlindung daripada hujan di pusat pernempatan bencana selepas letusan berulang Gunung Merapi, Kampung Keputran, Klaten, Jawa Tengah, 4 November, 2010. (Ulet Ifansasti/Getty Images)
Larva dan debu dari puncak Gunung Merapi dilihat dari Klaten, Jawa Tengah sebelum subuh pada 6 November, 2010. (BAY ISMOYO/AFP/Getty Images)
Pandangan dari ruang udaraYogyakarta. Kelihatan debu dan asap tebal menyelaputi ruang angkasa sejauh 10 km dari Mount Merapi, semasa ia meletus pada 4 November, 2010. (CLARA PRIMA/AFP/Getty Images)
Para pencari dan penyelamat mengusung mangsa yang terkorban dari kampung Ngancar di Sleman pada 8 November, 2010. (CLARA PRIMA/AFP/Getty Images)
Sengsara. Mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat pengumpulan mangsa yang terkorban di sebuah hospital di Yogyakarta, Indonesia,Jumaat, 5 Nov. 2010. (AP Photo/Slamet Riyadi)
Kerugian yang tidak dapat ditafsirkan. Peladang jagung hanya dapat meratapi tanamanya yang musnah diselaputi debu letusan Gunung Merapi di Muntilan, Jawa Tengah, Indonesia. 8 Nov. 2010. (AP Photo)
Gunung Merapi,dilihat dari Kampung Sidorejo, Klaten. 1 November, 2010. (REUTERS/Beawiharta)
Sumber: http://www.boston.com/bigpicture/2010/11/mount_merapis_eruptions.html
insaf ,.sedih , pilu ..tgk gambar nie.
bersyukur sebab negara kita tak ditimpa bencana mcm tu..
dahsyat.. memang dahsyat….
Minta izin di copy gambar nya. Boleh?
boleh…..
menakutkan bencana alam skrg, moga2 dijauhkan sampai ke nagara kita
semoga mereka yang d timpa bencana ini terus tabah, ini musibbah pada yang jauh…………… berdoalah kita agar kita d lindungi
Masyaallah, syukur kita di Malaysia tk diuji sebegitu rupa. Gerun dan insaf tengok gambar-gambar ni. Kita di M’sia ni plak jgn lah leka kerana kita disini pun sedang diuji dengan nikmat yang berlimpah-limpah. So, marilah sama-sama kita bersyukur apa adanya.