Penang Har Mee

 

1Dah lama tak makan mee udang semenjak foodcourt yang kat Lot 10 tu tutup. Kat situ mee udang dia sedap. Mee udang penang .. ada yang panggil Penang Hokkien noodle, Har mee.  Bercerita pasal mee udang pun dah rasa macam menitis dan tertelan air liur. Mee Udang biasanya kena ada rasa manis udang, ada rasa pedas sikit..

Sabtu lepas pergi spermarket saja cari barang dapur, so Kheirul lah tetiba cakap, kita masak mee udang nak? perkataan “kita” mengambarkan sesatu yang harmoni iaitu masak bersama. Tapi takdenya hahaha I masak sorang je.  Bahan utama untuk masak Mee Udang ialah udang. Carilah udang yang sangat segar

2

udang kena segar. Beli yang hidup..sampai rumah dia dah mati hahahah

3

anak-anak suka fishball so letak fishball

Berikut adalah bahan-bahan

  • 10 ekor udang besar yang segar
  • 15 biji fishball (nak pakai fishcake pun boleh)
  • isi ayam
  • telur ayam 3 biji
  • stok air rebusan udang
  • air rebusan ayam
  • segenggam udang kering
  • 2 sudu petis
  • bawang merah 5 biji – hiris
  • bawang putih 2 – hiris
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 sudu kecil gula merah
  • garam secukup rasa
  • sedikit kangkung – anggangan dalam setengah mangkuk
  • mi kuning

Cara- cara

  • tumis bawang, udang kering (yang telah ditumbuk) ,serbuk cili dan bunga lawang sampai naik bau yang wangi
  • masukkan air rebusan udang dan ayam
  • masak hingga mendidiih
  • rasakan garam gula
  • biarkan kuah mendidih dan masukkan fishball. Biarkan selama 10 minit
  • sementara kuah mendidih, celur mee, udang, ayam dan sayur dan rebus telur
  • Bila semua dah selesai, hidangkan
  • Cara menghidang, Letak mee kuning, diikuti kuah dan disertakan separuh tel;ur rebus, isi ayam, udang, fishball dan sayur dan tidak lupa sambal cili

Cara buat :

Stok air rebusan udang – ambil kepala udang, kulit udamg, tumis sedikit lepas tu letak air 3 mangkuk, rebus dalam 10-20 minit, lepas tu kisar kepala udang bersama air rebusan dan tapis

Stok ayam – rebus tulang ayam bersama 2-3 mangkuk air selama 1 jam

sambal cili – tumis cili kisar dengan minyak, letak belacan sikit rasakan garam gula . Tumis sehingga garing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.