Gynea & Obs: A MUST visit

Sebelum timbul apa-apa spekulasi… no no I’m not pregnant. Ini adalah appointment setahun sekali. Untuk kengkawan sekalian, jangan lupa buat appointment ngan doktor untuk buat Pap Smear, Breast Check and scan  bla bla bla. Tu kira major check up untuk perempuan. I tau ramai yang tak buat. Ada yang lupa, ada yang malas dan ada yang malu. Senang je , kalau malu… pergi jumpa doktor yang biasa you all jumpa buat appoitment, tak pun kalau malu jugak, call klinik kat kat rumah, buat appoitment cakap kat nurse nak doktor perempuan …cakap nak buat pap smear. Kalau lupa plak, buat reminder kat calendar handphone untuk pap smear.

Mesti ada yang tak tau apa itu Pap Smear kan

 

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja

 

 

 

 

Pada yang yang berumur 20-65, pernah atau  aktif dalam hubungan seksual, haaa kena lah buat. I buat setiap tahun. Selain Pap Smear, buat sekali Breast Check. Selalu kita buat kat rumah setiap bulan kan, tapi kalau doktor buat lagi bagus lah. Diorang lagi pandai kan. Yang ni plak untuk check ada ketulan ke apa ke. Selalu masa pap smear, Doktor cakap lah kita punya internal sihat ke tak, ada yang abnormal ke, ada cecair yang pelik ke… Haaa orang laki yang baca, kalau dah ada bini sila remind bini-bini sekalian untuk buat ujian pap smear. Hari tu buat jugak, vaginal scan, doktor nak tahu kita hamil ke tak, ada fibroid, cyst  semua benda lah… Alhamdulillah semua sihat kat dalam.  So kengkawan jangan lupa setiap tahun tau.

Sebelum buat test di atas, consultation dulu. Nanti doktor tanya bila last period, ada amik supplement ke… Sabtu tu, doktor prescribe multivitamin plak. Ada lagi nak kena telan vitamin. Kheirul tanya boleh gemuk tak kalau telan benda ni? heheheh risau dia takut bini gemuk balik. Semenjak bulan puasa hari tu, Berat I dah turun almost 4kg. Sekarang dalam proses nak turunkan lagi 3kg. Supaya badan akan jadi lebih ringan kalau nak buat lompatan masa Taekwondo dan rasa lebih yakin lah. Kitarang sama-sama berusaha turunkan berat badan. Makan brown rice, more vegie and makan superfood. I ambil Chia Seeds,Makan Madu dan pilates kat rumah. Siap tanya doktor ok tak Chia Seeds, dia kata.. chia seeds bagus. Thanks to my mak long and cousins sebab introduced. Pada yang tak tau apa Chia Seed boleh cari info kat internet.  Pastu kalau nak belinya boleh cari kat Jaya Grocer, Cosway ke… Harga dalam RM40 untuk 388g atau RM59 untuk 500g. Ada macam macam brand dan ada yang dari South America dan OZ. Dia ada black Chia Seeds and White Chia Seed. Boleh tambah dalam makanan, minuman or dessert.  So makan dia, badan takdelah rasa penat sangat, proses pencernaan pun senang. You all cari lah info dia sendiri ye.

Oh ya yang pasal yearly check up tu… kot kot  ada yang tanya berapa ongkos nye… depends lah tengok kat mana you all buat check up kan. I buat kat Primanora with Datuk Nora. I dah 10 tahun  dengan dia. Sampaikan nurse kat situ boleh kenal bebudak ni. Jumpa dia dari pregnant kan Ashraff hingga sekarang. Senang ngan dia…gentle, motherly, penuh dengan nasihat. Ok ongkos dia dalam RM286 tak termasuk supplement. I ambik multivitamins dua kotak. Kalau tempat lain tak tau berapa harga.. mungkin lagi murah or mungkin lagi mahal. Kalau kat KK berapa ek?

chiaseed

Ini lah rupa Chia Seed. kalau rendam dalam air dia jadi macam biji selasih

4 thoughts on “Gynea & Obs: A MUST visit

  1. ana

    Kak, apa khabar, lama sungguh x masuk and drop comment sini…chia seed tu mmg bagus kan…my husband pun ambik chia seed ni but us beli kat kedai ubat cina je, dlm plastik dalam rm20++ je…

    Reply
  2. ana

    Akak,sorry, i bz sgt..x sempat reply ur comment…my husband beli kat kedai ubat cina nearest ofis dia kat jalan hang kasturi..rm24.80 for 250gm…now i pun dah consume chia seed ni..badan rs ok skit. .less penat..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.