Monthly Archives: February 2025

Our First snowfall in Seoul

Part 8, Jumaat 20 Dec 2024

BAlik dari Itaewon, dah kenyang kan semua.. maka balik tu tidur kor sampai petang. Masuk maghrib , solat. Semua macam tak nak makan, so dorang makan je apa yang ada. Ada yang makan roti,buah2 and noodle cup.

Dried persimmon. NI sapa kalau ada sembelit, memang patut makan. pelawasan yang menakjubkan

antara strawverry yang tersedap. manis, juicy dan besar

Lepas selesai makan, keluar kejap ngan Afriena and Ashraff, Keluar pergi Daiso and Olive young. Daiso depan airbnb je, hahahah senang sangat, Sapa nak pergi Seoul, duduk lah sini… dekat dengan Train, bus, Daiso, tempat makan, supermarket..Nak night stroll pun dekat. boleh layan street dance, buskers…

So kiterang pergi Daiso..look look see see… tiba-tiba balik bilik, barang dah banyak. Daiso yang best, murah lah..2-3 kali pergi Daiso, akhrnya banyak arang terbeli. skincare, mask, hair care..ahh macam-macam. terus tak masuk Olive Young. Kami sedar kami siap hahahaha…

Balik airbnb, lepak sekejap tepi tingkap..sekali budak-budak ni..eh eh I can see.. its snowing..

Masya Allah…its snowing…bdak dua tu..first time nampak snow..melompat-lompat nak turun..padahal masa tu dah pukul 9.30… Dah kena sarung baju, warmer jacket, turun bawah, mulanya..turun nak lepak depan je…mmmm dorang ajak sampai ke seberang jalan, sampai street market.

Dah sampai situ siap video call cousin doran glagi

Siap video call cousin dorang lagi sbb nak sampaikan khabar berita. Pastu dorang siap bersembang ngan local lagi.. so lepak layan satu dua lagu… lepas balik lah esok ada tempat nak lawat lagi

dia macam, dream come true. first time dorang experince snowfall, walaupun tak lebat, tapi seronok. termasuklah mama dia..