Tarikh Camping : Christmas 2020
- Nama tempat ; GG Retreat BTS, Serendah
- Harga Tapak :- Kami bayar RM160, harga mungkin berubah sebab ini adalah harga promosi.
- Jenis Khemah :- khemah unta saiz L
- Website/FB if got :- GG Retreat @BTS
- Waze :- taip je GG Retreat
Review:
Tandas ✅ 5/5 ,tandas bersih, cuma berpasir sbb ramai pwngunjung main masuk je tanpa tukar selipar yang tersedia, Masa pergi air kurang, toilet gelap, takde lampu, Kita takut wak. Supply air kurang nak nak time maghrib, Ha apa lagi, pi sungai la…kat tepi Surau pun Ada toilet, tapi jauh untuk Ku tinggalkan khemah dengan budak kecik.
Plugpoint ✅ ada
Kitchen and sink ✅ takde, tapi campers cuci pinggan Kat Sinki cuci tangan tepi toilet. Oleh kerana time lepas makan selalu je takde air, kami cuci sebelah khemah je sebab ada camper shower. Kadang 2 pi bilas Kat sungai. Sisa makan tu bersihkan le siap2 buang dalam tong sampah. Jangan buang kat sungai.
Fire pit ✅ Ada, macam Kat oversea plak gayanya. Crew Kat situ akan pasang api. Boleh lepak sambil petik guitar, minum kopi
Sungai ✅ sungai dia best. Kena cari port bestlah. Kami main Kat atas. Sapa rajin boleh pergi lagi atas cari air terjun. Tanya crew Kat situ. Dorang sangat friendly .
Parking distance to Campsite? Tempat parking disediakan, jangan parking sebelah khemah, dalam 100 meter. harga Parking RM15
Entrance for Normal Car, Jalan agak mencabar sebab Jalan licin kalau lepas hujan dan berbukit. Tapi nampak ada 2-3 buah Alphard, Velfire, BMW..jadi jalan masuk Kira bolehlah untuk dilalui oleh kereta biasa. Kena watch out dengan cyclists
Phone Coverage? Kirim Salam lah..puas ketuk– ketuk phone, Celcom, Digi kejap ada kejap takde, Umoble takde bak kata ore kelate selok teruhhh
Security/safety? ✅(gated n guarded)
Insya Allah lagi dua tahun tempat ni famous lah kot..Bila pokok yang ditanam dah meredupkan tempat, facilities terbaik, bersih, ada crew yang banyak membantu, Ada surau yang cantik. gazebo pun ada,toilet pun banyak dan bersih. kami ni Kira antara yang bertuah sebab Masa ni GG Retreat BTS baru dirasmikan.
malam² ada campfire, boleh lepak sambil layan kopi ke coklat panas ke, bakar marshmallow ke, harap2 cepatlah COVID-19 berakhir supaya kita boleh melepak macam ni.
Bagi saya yang Ada anak2 kecil, Dorang suka sangat dengan sungai. Air Sejuk macam ais. malam memang sejuk, cuma malam pertama tu panas. Tapi bila bangun pagi huhuhu sejuknya. Tengah hari sangat panas, sebab takde pokok untuk teduhan lagi. Jiran camper Saya best.happening. malam2 dorang sembang gelak tak sunyi.Pagi dah dengar dia tumbuk batu lesung buat rencah nàsi goreng. Pastu dengar dia pekik, Ayam celup tepung mana?… Sempoiii.
Oh ya.. Kat GG Retreat BTS boleh sewa khemah. You all boleh tanya camana charge. Internet ada kena beli data ..tapi ambo Tak perlu semua tu. Tak pegang phone pun. Selain camping Ada jugak day trip, piknik, boleh sewa ATV, motor, boleh berbasikal Dan boleh mancing. Bagi saya memang best camping sini. insya Allah akan repeat.
Bab makan..
asal camping je mesti lapar. Kerja nak makan je. Macam biasa kami bawa buah-buahan, roti,maggi,titbits Dan air kotak. Air Kotak kami bekukan dulu jadi kat sana, semua sejuk.
kali ni menu camping kami adalah
Day 1
lunch nasi bungkus
teatime cheese toast
dinner bbq ; bbq ayam, garlic butter prawn,lamb kebab
supper..bebudak ni layan marshmallow lah apa benda lagi
Day 2
breakfast – big breakfast
lunch – nasi ayam
teatime -Maggi
dinner – mee goreng basah
supper – tak layan dah..malam tu hujan tidur awal
Day 3
breakfast- mee sedap and french toast
Makanan semuanya dah disediakan, dibasuh, dipotong Dan dibekukan di rumah..senang untuk mengurangkan pelupusan sisa makanan and seperti lebihan sayur, lemak ayam. buat macam ni senang untuk suruh anak-anak masak..Ajar dorang masak, common sense
Okay..next nak camping mana plak???
untuk campsite ni, kami bagi 4.75⭐ sebab lagi 0.25⭐ tu, masalah air Kat toilet je. yang lain..memang best no complaint. crews sangat membantu. Siap tolong encik suami lipat khemah kecik lagi. Heheheh…Satu lagi, masa kat sana hujan, crew semua sibuk suruh pengunjung keluar Dari sungai. Siap dengan announcement..Terbaik lah