Yearly Archives: 2019

Hong Kong Disneyland 2018

Kali kedua kami ke sini. First time masa 2009 bersama dua orang naka, tapi kali 4 orang anak. hehehe ada improvement.

masih seperti dulu… excited kan? budak dan mak budak. SUhu masa ni pun dalam 13 kot.

Sampai.. lepoas tu beratur masuk. Dia check beg. Tapi dalam beg ada susu bgaby.. so lepas.

Afriena tukang amik gambar. Dia memang suka amik gamgar. Take picture! take picture

Dah masuk terus pi beratu naik roller coaster lah. sebab masa datang dulu tak naik pun. pasal masa tu anak-anak kecik lagi. Sekarang dah bbesar. Cuma dua kali beratur lah sebab Aqilah takde orang jaga.. take turn. Dapatlah merasa naik roller coaster ngan suami.

Tapi sebelum tu kasi can kat Aqilah naik ufo dulu. Suka dia…
Barulah turn orang besar

LEpas tu dah lupa diri… banya jugak ride baru. Tapi tak lupa untuk beratur kat ride bebudak kecik.

excited giler dia… siap joget yang tak menahan

Kami naik ride sampai lahtengah hari then berhenti makan kat Tahitian Terrace . Lapar sudah.

Tiket HK Disneyland kami beli combo sekali ngan makan kat Klook. You all jengoklah ye. Murah.

Betul enjoy ini budak
BAyangkan makan Mee Kari dalam keadaan yang sejnuk…sedap gilerrr….

Lepas makan..teruskan perjalan ke surau. TApi sebelum tu singgah di Grizzly Mountain, MAgic Manor yang dekat surau..Mostly ride baru yang kami tak naik lagi lah… Best thing is masa hari kami kat HKD, waiting time paling lama 15 mins je. OK lah.. tak bosan. Sambil tunggu anak-anak..kami makan popcorn.

NI baru keluar ride Big Grizzly Mountain. Fuhh..ganas betul. Tengok muka masing-masing. Kids naik dua kali. One with mama, next with papa…. Aku rasa papa dia yang paling kuat pekik di antero ride tu sbb ride dia boleh keluar. MEmula dia main slow lepas tu dia boleh gustan..lepas tu pause lepas tu laju gila..hahahaha. TIme ni malam cepat. Pukul 5 lebih dah gelap. Paling lama tunggu naik parachute yang kat Toys Story land. LEpas bebudak main lagi ride kat situ. I tunggu jelah malas dah nak melayan naik ride bebanyak. Makan Churros lagi best.

PEngembaraan kami kat HKD berakhir pukul 5, sampai dia tutup. Masa ni Rayyan dah buat perangai. Mula lah dia tawaf semua orang. Sebabnya dia nak balik, dia lapar.. dia ulang benda sama…..Pastu dia buka jaket dia tengah tengah malam yang sejuk tu. Kau kena sabar.. last dapat naik train nak balik baru dia senyap. Cuma dalam train, Aqilah plak nangis, mungkin dia penat pastu dalam train orang dok tengok dia. Takut lah kot.

Sampay causeway BAy, terus pi makan. Mine bungkus, tak lalu nak makan time anak nangis. Balik AirBNB, aik dia boleh gelak-gelak sambil cilok makanan mama dia. Malam tu lepas mandi , solat semua tidur awal. Penat gilerr. tapi best..

Alhamdulillah.. bebudak sangat happy…

Halal Food In Hong Kong : Islamic centre Canteen

Ini adalah tempat yang wajip pergi kalau ke Hong kong. tak pergi nanti menyesal plak. unless anda bukan peminat dimsum. A day after disneyland trip kami ke Islamic canteeen Centre. Hari tu hari Jumaat. alang-alang sampai, fapatlah yang lelaki solat jumaat.Sebelum saya meneruskan ulasan mengenai makanan, moleklah kiranya, saya bercerita tentang suasana di masjid. Unutk pergi kesana, kalau dari Causewaybay, kami jalan kaki je. Dari Causeway Bay Station arah Times Square, jalan je teus cross he road heading to BOwrington Road, pastu jalan lah sampai ke masjid. Bila sampai masjid, jadi seorang yang beradab. Pakaian pun kena jaga. Jangan nak dedah sana, dedah sini. Kat situ dia dah cakap, be modest. Pakai lah yang menutup aurat. Kalau ke ruangan solat, Ramai jugak penduduk tempatan yang dah berusia yang islam. Alhamdulillah.

OK …sekarang kita citer pasal makan. KAli kedua kami kesini, dulu masa kesini adalah tahun 20o09. Boleh baca kat sini.. Rasanya masih sama.

Layan gambar je lah ye… Semua sedap. Nak nak masa makan tu, hari dia sejuk. Kena dimsum panas-panas, minum chinese tea panas..perghhh. Kami order jugak nasi dan mee untuk kongsi. Memang kena kongsi sebab quite a bid portion

Ada banyak lagi yang kami amik. Ada lebih kurang 15 bekas kot.. hehehehe, korang tengoklah anak-anak saya kalau makan, memang terkejut. Sekarang nak membesar, makan pun banyak dah masing-masing. Ini kira kena dengan tekak dorang. Chinese food, Japanese food, korean, western…ahhh semualah dorang makan.

Sekarang kita tengok muka masing-masing makan plak

Aqilah cakap best…. hahaha…Dia pun sama join suap makan.

Lepas makan, kami ke ruangan solat, Solat Jumaat. Lepas solat , patah balik ke Causeway Bay sebab nak pi Ladies Market, tapi sebelum tu kena panjat balik AirBNB dulu sebab Afriena tertinggal octopus card dia.

Keesokan harinya, .. Kheirul pi tapau nasi dan mee… yang tu takde gambar. Beli dua pack. Kenyang lah makan untuk supper.

Halal Food In Hong Kong: Wai Kee Duck Rice

Haa yang ni memang legend. Sebab sedap sangat. Patutlah orang cakap the best duck rice in Hong Kong. Kami makan tiga hari berturut-turut. Beli itik setengah ekor, cukuplah untuk kami berenam. OLeh kerana Bowrington Road Market cuma seberang jalan dengan AirBNB kami, panajnglah langkah.

Harus dicoba kalau ke Hong Kong.

Korang tengok gambar je lah…Jangan meleleh air liur sudah

Ni lah kawasan bawah dia… KAlau rajin boleh explore pasar dia. Best gak. Sempatlah beli few barang. Ada Pasar Indonesian jugak. Halal stuff ada kat situ. Kalau tak salah daging halal pun ada jual. Beli telur…5 biji telur harga HKD15, kau rasa. Pastu beli buah pisang. Ada gak buah-buah lain. BUah durian pun ada. Seulas dalam HKD75 kalau tak salah. Tapi pengalaman yang bagus. Saya suka pergi wet market kalau travel tapi dengan syarat pasar tu bersih tak berlendir lah.

Nampak kat atas tu dia tulis Cooked Food centre … situ lah. Naik tangga sisi tu

I

Inilah kedai makannya. NAmpak bersepah je… senang je cari..pergi pasar Bowrington, naik tangga atas tu. Dia ada tulis Cooked food centre. Pukul 11 pagi dah buka. PUkul 6 tutup tapi ikut nasib lah ada lagi ke tak lauk tu.

Ini menu dia…. korang boleh lah tengok tengok rega…Ni kira paling murah dah..

Masa tengah menaip ni..rasa macam air liur meleleh je tengok menu ni. Jangan lupa beli kari kambingnya. Tersedap lah.Lauk ni paling cepat habis.

Pada yang tak makan kambing dan itik, boleh beli yang ni. Sedap. Daging lembut, nasi wangi. Aqilah suka makan nasi saja. Makan cam gitu.

INi hero dia. Boleh menangis makan itik ni sedap. Selalu pi makan kat Chinese Restaurant kat Malaysia, Saya kurang suka. sebab ada rasa hamis tapi yang ni memang sedap. Ashraff yang tak suka itik, the next day mintak this menu. 3 hari kami tapau lauk ni. Tapi beli setengah ekor lah sebab lagi berbaloi. Sebab tukang makan ramai. Hari-hari ulang lauk sama dan tak lupa nasi kari kambing.. Lauk itik setengah ekor, nasi kosong yang wangi dua dan nasi kambing satu.

Balik Malaysia, berat badan naik. Adehhhh…

Tapi bukan selalu kan. Bukan senang nak makan itik yang sedap ni.