Kesesakkan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adakah korang perasan tak dibulan Ramadhan ini kesesakkan lalulintas di KL semakin teruk terutama diwaktu puncak dari jam 4 keatas. Punca utama kesesakkan ini berlaku adalah kerana semua orang keluar serentak untuk persiapan berbuka dan tergesa-gesa untuk segera sampai kerumah sebelum waktu berbuka.

Kepada orang yang berpuasa takpe lah.. dah sememangnya itu lumrahnya ingin sampai awak dirumah tetapi yang menjadi persoalannya kenapa boleh jadi sesak?

Kat sini saya ingin mengurai punca kesesakkan berlaku:

  • Semua keluar serentak. Kat sini semua orang keluar serentak tak kira berpuasa ataupun tidak. Semua nak balik awal. Kepada non-muslim yang perihatin itu, kalau boleh tunggulah seketika dipejabat dan beri peluang kepada muslim yang berpuasa balik dulu. Jika non-muslim bagi laluan dahulu kepada muslim yang berpuasa balik dulu saya rasa sudah pasti dapat mengurangkan kesesakkan lalulintas.
  • Kereta parking tepi jalan ikut suka hati. Ini biasa berlaku berhampiran dengan Pasar Ramadhan. Memang ramai pengguna kenderaan meletakkan kenderaan ditepi jalan sehingga mengganggu pergerakkan lalulintas. Kat sini… jalan yang tiga lane tu dah jadi satu lane… mana tak tersangkut….
  • Sikap pemandu yang mementingkan diri sendiri. Minta maaf saya katakan disini kepada pemandu motokar yang tidak pernah bawak motor, sila bagi laluan sedikit kepada pengguna motorsikal dan tidak melintang jalan semasa menukar laluan. Ada kalanya kereta berhenti melintang jalan dan jalan tersekat sehingga motor tak boleh lalu.. kesian pengguna motorsikal…..

Langkah-langkah penyelesaian:

  • Bagi lalulan kepada muslim yang berpuasa balik dulu.
  • berteleransi semasa memandu.
  • bantuan polis trafik untuk membantu pergerakkan lalulintas

Sorrylah, isu ini amat pedas untuk ditelan oleh sesetengah pembaca… so baca dan fahami dengan waras…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.