Yearly Archives: 2017

Krabi: Snorkeling Time

Pasal budget snorkeling boleh refer kat Budget Pergi Hadyai & Krabi 

Pakej dia termasuk makan buffet halal kat Phi Phi Don. Makan sedap sampai kenyang. Meamng lapar lah kalau banyak berenang berendam dalam air. Kita layan gambar je lah ye. Biar gambar berkata-kata…

Tengah tunggu boat nak jalan..muka kena gangstar sebab lama menunggu. Benci tau tunggu orang yang tak reti hormat waktu orang lain

Budak ni pening-pening lalat kot…tapi bila turun air…kalah ikan yu. Merata nak pergi

Cantik kan pemandangan dia

Air jernih..crystal clear tapi too many people

Kalau Rayyan masuk dalam air…mesti kena duduk sebelah dia. Dia mana takut 

Main pasir… pasir dia halus

Tengah nak tanam Afriena… pastu kiterang yang tukang tanam cakap..lepas tanam kita tinggal je kat sini hahahaha

NI rasanya tengah nak tackle monyet kot

clear kan air dia? Tapi tak banyak dah macam dulu-dulu

Monyet sudah mari…

Berhenti makan… makan ah sampai puas. Sebab memang lapar gila.  Asalkan jangan membazir dah

Biasalah Rayyan ni…peramah sangat. Dia kat sekolah ..sessi petang punya budak sekolah pun ramai kenal. Budak darjah 2 pun kenal. Entahlah kenal dia sebab dia suka nangis tak nak masuk kelas ke? kenal dia sebab dia selalu share lunchbox dia ke atau kenal dia sebab dia peramah? Tapi memang lah dia ni peramah. 

Sempat amik gambar dorang bertiga dalam air. Dorang terjun dari belakang boat je. I tak boleh terjun, doktor suruh jadi budak baik. So turun ikut tangga.

Habis sudah snorkeling… Balik hotel.mandi, solat..lepak atas katil tengok TV..tapau food pastu tido. Sebenarnya bercuti tak semestinya banyak berhabis duit, pergi tempat memahal..tapi yang penting masa kualiti bersama keluarga. Like my kids, bawak dorang pergi naik boat , terjun laut, makan seafood..they happy enough

Weekend masak or tak masak

Weekend kalau takde apa-apa, memang saya akan masak. Ye lah…weekend je boleh makan lunch kat rumah makan satu family. KAlau hari sekolah/kerja, memang makan kadang dengan boys atau tunggu Afriena balik sekolah. Makan sorang kat meja makan rasa macam penuh kesunyian je. hehehehe

BEberapa weekend lepas ajak KHeirul pi pasar. Suka pi pasar sebab dapat pi berdua naik motor, peluk-eluk gitu..cewahhh. Beli lauk sikit tak lupa beli sayur untuk masak lunch. Pasar dekat je. JAlan kaki pun sampai. saja naik motor.MAhal ikan udang kat pasar. TEngok orang orang memebeli pun beli by slice dah bukan by whole fish gitu. mau tak nye, bawal sekilo RM35.  NAsib baik bukan ikan fav… tapi beli gak kekadang. KAli ni pi pasar beli Lala. Entahlah tetiba nampak lala nak beli. mahal jugak . Sekilo RM10, KAlau kat PEnang kata member cuma RM6.50sekilo siap jual atas motor.

HArga barang sangta mahal sekarang. Ayam tak tau berapa sekilo sebab sekarang beli ayam Ladangku. Kiterasng ni sensitif sikit, kalau ayam ada rasa ubat, muka macam…ayam ni rasa ubat lah…lepas tu Afriena plak sensitip. Beli ayam pasar je, esok mengggaru, lepas eczema datang menjelma. ha gitulah kaedahnya

Labu siam masak air…second time makan ni. Sedap rupanya sayur ni. Afriena suka. Siap hirup kuah sampai licin. Senang je masak, tumbuk bawang putih/merah n ikan bilis, tumis letak air, letak sayur. Kali ni campur lala sikit. Rasa manis sayur dan lala.

Ni lala masak serai. potong hiris dan ketuk. MAsakan yang simple. sesuai untuk ibu-ibu yang nak cepat.

Selain tu masak jugak ikan cencaru bakar sumbat kelapa, gambar takde, lupa nak snap makan dengan kicap cili.

Petang plak, saya buat cekodok pisang campur kelapa. Sedap. Anak-anak memang lah suka. Dorang ni pantang nampak cekodok. Normally cekodok yang manis je dorang suka, kalau yang ada ikan bilis ke apa dorang tak berapa lah. Itu papa n mama lah yang sangat suka.

N last Sunday memang tak masak. Penat sebab Sabtu seharian kat Shaha Alam sebab ada tournament taekwondo. Tahun ni dah dua tournament Afriena masuk, Ashraff baru satu. Both tournament n them dapat pingat. Semoga satu hari nanti, dpat wakil Malaysia seperti yang diidamkan oleh Afriena. Cuma bakat Ashraff belum jumpa lagi. Nampak macam dia suka swimming. Tapi untuk swimming compers, susah nak jumpa club kat kawasan rumah ni. Laju dia swim, nak nak badan besar panajng macam dia. Selain tu, anak-anak sekolah tahfiz tmpt saya ajar taekwondo pun masuk tournament. Alhamdulillah emas, perak dan gangsa semua dapat. Suka kemain dorang.

So Ahad lepas kami makan nasi daun Pisang kat Bangsar. Jeng jeng jeng heheheh fav ni esp kalau ada telur ikan

Nasi daun pidang, kuah kasi banjir. NI makan macam ni pun dah ok kalau untuk saya tak payah request lauk dah. But saya mengidam nak makan telur ikan temakul goreng. Nasib baik ada.

Dapat 100g je telur ikan. Dia goreng perfect. moist n juicy and still fresh. Makan dendiam,amik seketul besar simpan tepi pastu makan yang dalam pinggan hehehe. teruk perangai. Tapi yang lain takde nak makan sangat telur ikan tu, dorang ada ayam goreng. Lepas makan, kita pergi pasar malam Bangsar. yeayyyyy Quality time with family doesn’t need to be in expensive place. Bawak pi makan nasi daun pisang, pergi pasar malam, semua dah senyum. Shopping ke apa ke, sekarang banyak buat online. Kalau takde benda nak buat kat luar, lepak rumah.main PS4, homework,sapu laman rumah, gardening and cook.

Alhamdulillah…. itu pun rezeki.

 

Halal Food Krabi: Kanabnam View Seafood

Halal Food Krabi: Kanabnam View Seafood: Restaurant & Fish Farm

Masa hari kejadian ni, adalah pada 21 March 2017 bersamaan dengan hari jadi Rayyan yang ke 7. Kira celebrate birthday dia lah. Kasi celebrate special sikit sebab Nak pi makan ni kena naik boat. Dia tau birthday dia hari tu, kat luar chalet dah nyanyi lagu birthday kat dia. Dia request tak nak lagu Happy Birthday, dia suruh nyanyi lagu “Allah selamatkan kamu”. Macam-macam sikecik ni tau.

Kiterang keluar dalam pukul 10pagi waktu Malaysia rasanya, hari pun dah panas. Keluar untuk ke Jeti kat bandar Krabi dari Aonang beach kira 30 minit lah untuk ke sana dan jauh jugak kan. Apa nama tah jeti tu tak ingat…

GPS coordinate:

8.062962, 98.919015

Sampai je kat Jeti parking kereta , memang dah ada boatman yang menunggu. Dia tanya nak pi mana, kita cakap nak pi makan nasi halal seafood.. Tambang bot pergi balik untuk ke tempat makan cuma THB300. Kira satu bot tu kiterang je satu family. Muat la dalam 12-15 orang untuk satu bot. Nak gelak ke nak lompat ke takde hal asalkan jangan terjun sungai dah lah. Boleh jugak arrange ngan dia untuk round round kawasan naik boat. Tapi kami tak round pun, yang kami nak makan seafood je

Dari parking ke Jeti. Panas…

Tunggu bot… tengok tu kasih sayang abang dan adik, padahal asyik gaduh.

Sudah naik bot. sapa tak tahan masuk lauyt jangan naik. sia-sia kang..pergi muntah, balik muntah

Pandangan dari tengah sungai ke Jeti.  Untuk ke restoran cuma 15-20 minit je kot

Sampai sana syokk…orang dok tunggu semua. tanya nak makan apa. Dorang tak reti cakap melayu english little little…hahahaha standard lah dorang.

Inilah restorannya. 

Fish farm. Rayyan sambil jalan sambil tengok-tengok kolam. Tapi dia behave sbb dia teringat yang dia pernah jatuh ala-ala terjun dalam kolam kerapu rasanya

Sampai je sana misi pertama kena pi toilet dulu. Toilet dia bersih gila. Memang tak terbanding toilet kat Malaysia. Entahlah kenapa orang kita susah nak jaga toilet  awam kasi bersih kan. Settle hal kat toilet sekali keluar orang tu cakap..woman toilet there…hahahaha salah masuk toilet dah. Rayyan masuk toilet lepas makan dia cakap Mama…toilet bersih gilerrrrr… satu restoran boleh dengar sebab dia pekik kan..

Ok lepas tu order makan. Kiterang amik pakej. Senang ikut birthday boy sebab dia nak makan ketam. Dia pantang nampak tulisan crab. mesti nak makan ketam kan.

 Kiterang pilih set 4

yang ni saja nak share gambar menu lain

menu ikan plak…

ni seafood salad. Sapa tak tahan pedas memang berdesing telinga keluar api dan air hidung. giler pedas. wa talak tahan tapi habis kita ngap ngap. sambil taip ni air liur meleleh

Tomyam dia. Tak payah cakap banyak. tomyam dia memang sedap.Masam ada manis ada masin ada.semua jenis binatang dalam laut dia letak. 

Sudah di isi dalam mangkuk kecil…cuba tengok apa isi dia. Rasanya masa kitarang pergi, macam tengah musim sotong kot. Sotong doa besar dan gebu. Apa apa menu yang di order kat krabi mesti banyak sotong. Musim sotong barangkali.

Dorang served nasi perang. Sedap. Tapi masa kat Tesco sana cari beras perang takde plak.

Udang bakar. Nampak sikit tapi sebenarnya cukup ..sebab lauk banyak. Udang ni dia punya fresh, memang tak payah nak marinate ke apa, angkat dari laut, terus bakar hidup-hidup. Bau dia pun lain, teringat zaman kecik dulu, kalau menyauk udang kat sungai, dapat je terus bakar, rasa dia memang sedap manis je.

Ketam masak dengan rempah kari rasanya sedap. Rayyan lah makan banyak sebab dia nak sangat makan ketam. YAng lain dapat seketul sorang je.

Ni nama dia apa tak tau… tapi dia tulis mussel. Rasanya sedap manis. Bila masak macam ni haih…rasa nak jilat pinggan dia. sedap  sangat

Ada lagi lauk ikan . Ikan jenahak ke ikan merah tak perasan. Masak tiga rasa. I tell you…you just shut up and enjoy it. Sedap. . Rasanya kiterang lupa order sayur hahahah… itu pun meja dah penuh tu. Sambil makan, kasi makan ikan kat tepi tu…not me, Rayyan… dia ni tak serik pernah jatuh dalam kelong tu..nasib baik ada pukat tau. 3 tahun lepas kat Phuket  hahahaha…dia ingat lagi.

Dah habis makan…gaya gambar tu macam aku sorang je makan semua tu kan? Lepas makan, tunggu boat untuk ke darat hehehe

Bayangkan suasana lepas makan, dapat tengok monyet, orang tangkap ikan melompat-lompat, Ashraff kata dia nampak ular kat pokok bakau…

Amacam best tak?

Kot kot kalau ada yang nak roadtrip macam ni dan memerlukan guide ke boleh je email or komen,,,

ok kita bye dulu ye