Budget Pergi Hadyai & Krabi

This week ada beberapa orang yang whatsapp dan PM kami tanya pasal budget pergi Hadyai dan Krabi. Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang merundum, Ringgit Malaysia pun jatuh, memang terasa sangat bila nak travel. Kalau nak ke Singapura tu memang kami kena pendam jelah. Harap takdelah yang mengidam nak makan makanan Singapore tu. Masa kami ke Hadyai dan Krabi banyak lagi kereta orang Malaysia, Tapi tidak sesesak dulu. Mana pergi nampak orang Malaysia. Masa kami ke sanam cuti sekolah, dengan cop passport kurang orang banyak. Mungkin tukaran wang banyak mempengaruhi. Mana taknye, dulu pergi duit RM100 boleh dapat THB1200, lepas tu pergi, RM100 dapat THB1000m sekarang pergi RM100 baru dapat THB783 itu masa kami pergi lah… Banyak ohhh beza duit dia. Nasib baik kat sana makanan masih murah. Beli baju kat Tesco (kat Tesco je mampu sbb baju bersih habis) pun dia buat harga Siam dan Malaysia. Bila convert balik harga Malaysia masih mahal.  Betul lah Malaysia ni ..negara berpendapatan tinggi. Kalau sesapa pergi, pergilah survey harga beras, makanan harian kat sana, you won’t get that their price here. 

Alhamdulillah makanan halal senang kat sana. Sekarang kalau kat 7E, siap ada rak makanan n chiller untuk Halal Food. Jadi kalau pi beli roti ke, even hotdog, tengok kat Halal sections. KAlau you all pergi ke Hadyai atau Krabi, untuk penjimatan makanan (kalau nak save budgetlah, kalau korang kaya, duit makan tak habis tak payah follow tips ni) cari tempat makan away from hotels n tourist area. Contoh kat Krabi pergi ke area masjid, harga makanan boleh jimat 30%-40%. Kalau setakat banana pancake, tepi jalan depan hotel jual THB50-60, kat area luar jual THB30-40. Nasi goreng pun cuma THB50. Tu nasi goreng seafood  tau. Beli 3 bungkus je , dorang punya portion besar.

Hatyai-Krabi-7839

Day 1, BEli 4 bungkus nasi, jenuh nak perabih. Nak buang berdosa membazir. Esok tu beli tinga je. Nasi goreng ayam, Nasi goreng Daging dan Nasi goreng sotong. Harga sebungkus cuma THB50

 

 

Breakfast kami, banyak save sebab kami sekeluarga bukan jenis kena makan nasi lemak, kami just beli roti, butter, jem dan Tuna spread takpun drive jauh sikit cari Pulut ayam goreng. NI semua hantu pulut kan…so bila makan pulut semua senyap

So tengoklah budget kat bawah ni. Harap membantu. Perbelanjaan kita mungkin tak sama sebab mungkin ada yang guna kereta Hybrid atau kereta diesel, 4WD, Macam kami kereta Toyota Wish. Pandai-pandailah bajet dan harap membantulah.

psst… beras kat sana murah weh.. sini beras yang sama harga RM42/5kg, sana baru THB179. ye ye tau, beras dari Siam, import punya. Tapikan (saja nak bakar), Beras paling murah pun THB79/5kg masih good kualiti oooiii. kami tengok jelah..

Budget:

  • Perbelanjaan : +-RM2500 hingga RM3000 bergantung kepada ketebalan poket
  • NOTE: Exchange Rate RM125 = THB1000
    • Tol : +- RM100
    • Petrol : +-RM400 (RM2.30/liter) – Based on Toyota Wish 2009
      • RM100 KL
      • RM80 Changlun
      • RM125 (THB1000) Krabi @THB27.0/l
      • RM80 Changlun
    • Hotel : THB4350 (RM543.75) – Booking.com untuk:
      • Hatyai : (1 malam)
      • Krabi : (3 malam)
    • Makan: +-RM 700
      • Songkhla (buffet utk satu family 5px) = THB700 (RM87.50)
      • Krabi (Seafood Lunch) = THB2000 (RM250)
      • Krabi lunch = THB300 utk sekali makan  satu family
      • Krabi Dinner = THB400 utk sekali makan satu family
    • Island Hopping : THB5100 (RM637.50)
      • Dewasa: THB1100 = 3pax
      • Kanak2: THB900 = 2pax
      • Note: Termasuk tiket National Park
    • Belanja + Shopping : THB6000 (RM750)
      • Hatyai : +-THB200
      • Krabi : +-THB300
      • lain2 : +-THB100 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.