Pasal budget snorkeling boleh refer kat Budget Pergi Hadyai & Krabi
Pakej dia termasuk makan buffet halal kat Phi Phi Don. Makan sedap sampai kenyang. Meamng lapar lah kalau banyak berenang berendam dalam air. Kita layan gambar je lah ye. Biar gambar berkata-kata…
Tengah tunggu boat nak jalan..muka kena gangstar sebab lama menunggu. Benci tau tunggu orang yang tak reti hormat waktu orang lain
Budak ni pening-pening lalat kot…tapi bila turun air…kalah ikan yu. Merata nak pergi
Cantik kan pemandangan dia
Air jernih..crystal clear tapi too many people
Kalau Rayyan masuk dalam air…mesti kena duduk sebelah dia. Dia mana takut
Main pasir… pasir dia halus
Tengah nak tanam Afriena… pastu kiterang yang tukang tanam cakap..lepas tanam kita tinggal je kat sini hahahaha
NI rasanya tengah nak tackle monyet kot
clear kan air dia? Tapi tak banyak dah macam dulu-dulu
Monyet sudah mari…
Berhenti makan… makan ah sampai puas. Sebab memang lapar gila. Asalkan jangan membazir dah
Biasalah Rayyan ni…peramah sangat. Dia kat sekolah ..sessi petang punya budak sekolah pun ramai kenal. Budak darjah 2 pun kenal. Entahlah kenal dia sebab dia suka nangis tak nak masuk kelas ke? kenal dia sebab dia selalu share lunchbox dia ke atau kenal dia sebab dia peramah? Tapi memang lah dia ni peramah.
Sempat amik gambar dorang bertiga dalam air. Dorang terjun dari belakang boat je. I tak boleh terjun, doktor suruh jadi budak baik. So turun ikut tangga.
Habis sudah snorkeling… Balik hotel.mandi, solat..lepak atas katil tengok TV..tapau food pastu tido. Sebenarnya bercuti tak semestinya banyak berhabis duit, pergi tempat memahal..tapi yang penting masa kualiti bersama keluarga. Like my kids, bawak dorang pergi naik boat , terjun laut, makan seafood..they happy enough