Dream Big , Princess

Afriena adalah satu-satunya puteri yang saya ada. Biasalah , kalau dia sorang je puteri, manja tapi penuh cita-cita. Sebenarnya banyak cita-cita dia. Dari kecik lagi katanya nak jadi princess, tapi bila dah besar, nak jadi doktor, lepas tukar plak nak jadi cikgu. Mungkin cita-citanya akan bertukar lagi agaknya. Seperti sekarang, Afriena dah menunjukkan minat dalam bidang sukan. Saya sebagai ibu suka menggalakkan anak-anak dalam bidang yang mereka suka. Dulu Afriena takut air, tapi sekarang berenang pun dah laju dah boleh kalahkan mama dia. Dah pandai buat kuak lentang. Selain dari tu, dia minat dengan Taekwondo. Alhamdulillah sepanjang perlawanan dia masuk, dia mesti menang pingat. Terbaru, minat pingat emas mewakili Selangor dalam acara Kejohanan Taekwondo Kolej Komuniti. Kecil-kecil cili padi… nampak je dia lebut lemah gemalai, tapi kaki dia , tangan dia laju mencari mata dalam pertandingan. Insya Allah… akan saya latih dia betul-betul semoga dia laju dalam sukan minatnya. Ada juga dia bertanya tentang sukan Iron Man… nampaknya kena ada Iron Princess lah kot sebab dia dan Ashraff mula berbasikal dan Afriena kata, dia nak berenang laju macam abang dia, Ashraff. Kiranya Ashraff adalah inspirasi dalam sukan renang.

afriena

Tujuan saya bercerita tentang Afriena, sebenarnya saya ingin berkongsi tentang kempen “Dream Big, Princess”.  Disney telah melancarkan “Dream Big, Princess”, satu gerakan antarabangsa yang mendorong gadis-gadis di mana jua untuk yakin pada diri sendiri dan mengejar impian mereka dengan keberanian, keazaman dan penuh kasih sayang. Kempen 3 tahun ini menonjolkan ciri-ciri murni setiap Disney Princess yang ingin diterapkan dalam gadis-gadis masakini.

Dream Big Princess logo

Disney Channel telah memilih empat gadis berbakat di Asia Tenggara yang menonjolkan kualiti unik ini. Dari Malaysia, Aaliyah Hanifah, juara luncur air berusia 13 tahun akan berkongsi kisah semangat dan kesungguhannya dan bagaimana Disney Princess kegemarannya Ariel (dari filem “The Little Mermaid”) telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencapai impian besarnya. Video ini akan disiarkan di Disney Channel bermula 8 Jun.

MALAYSIA-Aaliyah Hanifah_Dream Big, Princess (6)

“Disney Channel adalah tempat kelahiran filem dan siri televisyen Disney Princess kegemaran ramai dan cerita-cerita yang tak lapuk dek zaman tentang pengembaraan, keberanian dan kebaikan untuk mengajar gadis-gadis erti kecantikan sejati. Kami harap Aaliyah Hanifah, seperti juga Disney Princess kesayangannya Ariel, akan memberi inspirasi dan memperkasakan gadis generasi baru untuk mencapai apa yang mereka impikan,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Media dan Kandungan Berjenama, The Walt Disney Company Asia Tenggara.

MALAYSIA-Aaliyah Hanifah_Dream Big, Princess (7)

Aksi yang hebat dari Aaliyah

 

Siri video yang akan disiarkan di Disney Channel ini juga akan menampilkan kisah penyanyi/artis YouTube Jannine Weigel (Ploychompoo) berusia 16 tahun dari Thailand, peluncur ais bersemangat Sofia Guidote berusia 14 tahun dari Filipina, dan pemenang berbakat Junior MasterChef Indonesia berusia 14 tahun Syifa Hasan (Afaf) dari Indonesia. Mereka berkongi kisah dan puteri yang telah memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya mencapai impian mereka.

Kanak-kanak di Asia Tenggara juga boleh mendapat inspirasi daripada Disney Princess kegemaran mereka melalui pertandingan Disney Channel “Create a Dream”. Dari 1 hingga 30 Jun, mereka boleh melayari www.dreambigprincess.asia untuk mencipta ‘Dream Meme’, cara kreatif untuk mereka meluahkan inspirasi besar mereka menggunakan imej, ikon dan font Disney Princess. Semua ‘Dream Meme’ kemudiannya akan diabadikan ke ‘Dream Wall’ di laman web tersebut. Meme paling kreatif dan penuh inspirasi bakal memenangi koleksi lengkap patung Disney Princess oleh Hasbro setiap minggu dan juga Hadiah Utama – percutian sekeluarga yang menyeronokkan ke negara Jerman untuk 4 orang termasuk lawatan dan penginapan di istana.

BRAVE

#DreamBigPrincessAsia

Peminat juga boleh mendapat rangkaian lengkap produk patung Disney Princess oleh Hasbro di semua pusat membeli-belah di Malaysia. Pada 25 Jun, penonton Malaysia boleh menonton filem Tangled untuk melihat impian Rapunzel menjadi kenyataan di Disney Channel (Astro Ch 615).

TANGLED_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.