Yearly Archives: 2015

Weekend yang panjang

Sangat pelik bila weekend yang panjag tapi tak balik kampung. Memang plan nak lepak kat rumah je. Lepak makanstudy..tiu jelah lagipun memang banyak plan. Ada kenduri kahwin, pi melawat anak sedara baru and so on…

image

pi kenduri sepupu Kheirul yang dia pun tak kenal… nasib baik SIL ada… haih pelik betul suami saya

image

Budak baju oren tu mana bleh duduk diam

So on Friday tu pukul 10 dah keluar pi Low Yat. Mencari barang komputer. Lama tak lama jugak tapi mengamuklah jgak Rayyan sebab dia mana boleh duduks etempata. Nasib baik ada jual ice cream kat situ so boleh lah kasi dia senyap sekejap. Habis membeli di lowyatt, Kiterang ke Time Square. Ada orang nak pi beli kasut kerja. Sambil-sambil tu Ashraff beli beli kasut. Kasut dia dah tak muat. Now kasut dia saiz kaki mama dia. Sampai mama dia kena cakap…nanti Ashraff tak muat kasut ni, Ashraff kasi mama je lah ye? Senang lah nak beli kasut nanti… ukur kaki mama dia je.

image

Lawa kasut kaler purple tukan.. nak penuhkan tin milo dulu baru dapat beli nih.

Habis membeli kasut, Boys pergi Soalt Jumat. Kheirul cakap Ashraff tersengih-sengih dapat naik ten. Adehhh satu stesen je pun naik tren. Cuma yang kepelikan..masa menunggu Ashraff n Kheirul pi Solat Jumaat, ramai plak lelaki-lelaki amcho yang uzur. Atau mungkin bermusafir? Mungkin kot…Tapi masjid cuma walking distance je dari Time Square. Pekerja KFC lelaki pun ramai yang uzur. Tuntutan kerja  kot… Kesian bila fikir macam tu. Bab solat tak nak ambik berat.

image11-600x450

baby tengah tido…tak nak kacau.. no pic. Nama dia Hanan

Kejap je pun solat jumaat. Pukul 2.15, dorang berdua dah sampai dah kat tempat menunggu . Kiterang  yang tak pi solat jumaat menunggu depan KFC je sbb phone abis bateri, tunggu je kat situ. Lepas tu pi makan. Lepas makan ke Seremban plak. Sebab melawat baby aka anak sedara baru. Anak my brother Faiz. Sampai malam gak lepak. Dijamu plak dengan nasi lauk kari ikan yang maveles sedap. Bagus lah Most of adik-adik ipar ni semua pandai masak. Lepas makan 9 malam baru bertolak balik KL. dengan jem bagai. Nama je highway kena bayar tol tapi jem. Rupanya ada accident.

Citer pasal accident, teringat kes accident kat DUKE. Ucapan takziah untuk keluarga mangsa. Kereta myVi memang..selalu je kalau bawak kereta terserempak ngan ngan Myvi main nak cucuk belakang orang je. Teringat masa kiterang ke Kuantan 2-3 tahun lepas, ada MyVi dok cucuk kereta dari belakang, kasi potong berdesup 140-160 kot dia bawak.. laju gila. Kheirul siap cakap..heii bebudak ni bawak kereta laju-laju kang accient kang…. 2-3 km kemudian….Accident sengsorang langgar divider. Muda-muda lagi lagi bawak kereta. Bawak kereta MyVi macam bawak Lamboghini. Main ikut hati je awak kereta tapi tak fikir orang lain. Masa balik dari Seremban pun ada hari tu.. Kereta Suzuki kot… bawak laju cucuk-cucuk belakang 160 kot dia…BAwak macam pelesit..celah kiri kana.. nak je balik bata (ish jahat kan) tengok plet rupanya dari Singapore. Ingat mai KL hangpa banyak duit boleh suka suka hati bawak kereta laju tak nak ikut undang-undang kami??? Ni biar kena saman… Mai negara orang biarlah respek orang sikit… Tapi laju-laju dia pu tak kemana… nampak dia stuck dalam jem gak..boohoo… Itu dia… tengok orang bawak kereta ni laju-laju tak ingat dah anak bini…nak bawak laju-laju masuk lah trek tak pun nawak laju-laju kat jalan takde kereta. Ingatlah orang tersayang. Takde orang tersayang..ingat orang lain ada lagi orang yang tersayang.

Sekian bebelan hari ini

 

 

School Trips

Minggu ni minggu school trips. Sekolah Ashraff and Afriena buat school trip pergi Pesta Buku PWTC. Excitedlah dorang sebab dapat naik bas

image imageNaik bas..akan menjadi suatu yang unik kot. PAgi lagi dah bangun lepas tuh suruh papa cepat-cepat takut kena tinggal. makan pun tak nak sebab nak makan kat sekolah. Katanya 5 buah bas untuk ke pesta buku ni dari budak darjah 2 hingga tingkatan 5. Cikgu-cikgu pengiring pun ramai, Alhamdulillah suka dorang. Dorang just bawak bekal duit RM !0 … hahahah… dah tau sangat bukan nye baca buku pun nanti. Tapi  pandai plak dorang belanjakan duit tu. Afriena beli buku Ana Muslim, dengan pensel tekan. Buku-buku lain memang pesan tak payah beli sbb Cik ta dorang baru hadiahkan sekotak reading book kat dorang. Ashraff plak beli komik… komik dia beli. Takpe asalakan dia baca. Komik Apo ..lepas buku word Search. Dorang ni suka sangat main Word Search esp Rayyan. Macam budak besar tapi memang dia pandailah buat.

Rayyan plak ada school trip jugak… iaitu hari ni lah 29.4 pi Balai Bomba. wah wah suka dia pukul 6 pagi dah bangun.Naik bas naik bas… tapi yang sampai nye van. Ok lah tu. Cuma sebelum nak pergi tu… ngada-ngada sikit.. I pun tunggu sampai dia naik van.

image

Can’t wait to see him…

Last minute job

Mesti dalam kalangan kita ni suka sangat buat kerja last minute. I memang tak suka last minute. Dulu masa kerja report  dengan japanese lain cara dia, dgn malaysia lain and dengan european lain. Kalau japanese (ni boss aku lah… boss kau aku tak tau), kaalau dia cakap within 3 days, memang on the dot tu dia nak. No earlier no later and make sure kerja yang kita submit takde salah sikit pun, even a dot. Dok ghaso strehh dok nga oghe gini… mau stress  tak leh ada mistake sbb dia perfectionist. Tapi ok lah sbb bila kita practising perfectionist, kita yang untung. Pastu bila time dia buat mistake, memang laju-laju I cakap ada salah… hahahah amik kau… dia pun oh sorry..yatie san.. I’ll make new one.. besar kecik besar kecik. Kalau european boss,  kalau tanya soalan by email, mungkin esok dia balas. Kalau mintak report kita bagi report esok lusa baru dia feedback. Kalau email kat dia…after 5 mmg dia takkan balas.. tu belum kerja kat opis sana, hari jumaat esp..pukul 3 semua dah hilang. Kalau boss malaysia… report nak hari jumaat, hari khamis I dah kasi..sebab apa… suka tukar idea. jadi ada room for correction. Bila dah bekerja (dulu-dulu lah) reporting to 3 different person with 3 different working culture and same time, lama-lama jiwa kacau tapi leant lot of things lah. eh eh.. pernah report kat US boss .. dia asal kerja settle, dia sanggup bayar berapa… I like.. Takde birokrasi, tak puas hati ngan our superior, go directly to CEO…

Awat dok citer pasal kerja ni… huhu dah 6 tahun jadi housewife, tetiba semalam mimpi kerja kat office balik. Entahlah nak kerja balik ke tak… Kalau kerja tak sampai hati nanti balik kerja muka penat, biarkan anak-anak buat homework sendiri, spend wholeday ngan cikgu-cikgu. Tunggulah dorang besar-besar dulu. I kalau boleh nak kerja sendiri. Kuli sendiri boss sendiri supplier sendiri hahahaha banyak lah angan -angan…

Ni tengah cari idea business apa nak  buat. Macam nak bisnes makan-makan lagi cuma, nak cari yang affordable untuk customer. Lasagna, harga dia sangat mahal so tak boleh buat bisnes tu tapi kalau ada yang minta tempahan … I buat je.

BTW, nak tengok orang yang betul-betul buat kerja last minute?

Ha tengok ni sikecik ni, Dah nak sampai ke sekolah, baru teringat yang homework dia belum siap. Dalam stroller tu jugak dia tulis sambil mama dia tolak jalan ke sekolah…Haaa tau takut… tapi good job for him sebab dia tau tanggungjawab dia. Semalam dia tak nak buat sebab dengan harapan,kalau dia tak buat homework dia tak payah pergi sekolah..

image

silang panggung budak nih.. dah lima tahu stroller dia. MAsih nak duduk stroller

image

mama… P Q R lagi :( tak suka dia tulis banyak…