Pernah makan ikan jelawat tak? I ni baru makan… so far baru dua kali masak. Not bad jugak rasanya. So far masak dua kali ni, I buat asam pedas rebus je. Resepiorang kelantan. Nakbuat masak tempoyak tapi tempoyak takde plak. First time masak ikan, masak dengan buang sisik nya. Bila baca blogresepi dorang cakap jgn buang sisik sbb sisik dia sedap. So kali kedua masak tak buang sisik, memang sedap rasanya. Lemak-lemak gitu. Oleh kerana yang kalai kedua masak ikan nya besar sikit, maka I goreng masak asam pedas rebus dan goreng jugak. Goreng garing. Memang laku lah…
Resepi dia ada di sini
INGREDIENT
- 3 ketul ikan jelawat
- 1 inci lengkuas
- 1 inci kunyit
- 1 genggam beras- direndam air 10 minit
- 3 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 2 biji cili merah- nak pedas tambah cili padi
- 1 keping asam keping
- 3 cawan air
- garam dan pati ikan bilis secukup rasa
METHOD
- Tumbuk beras sampai lumat, lepas tu tumbuk, cili, bawang, lengkuas dan kunyit sampai lumat
- jerang air , masukkan bahan tumbuk
- kacau sampai mendidih dan rasakan garam ,pati ikan bilis dan asam keping.
- BIla sebati, masukkan ikan,
- Masak seketika sampai ikan masak
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan