Berbuka di rumah

Alhamdulillah finally, baru dapat berbuka di rumah. Sebabnya .. biasalah pempuan mesti ada off daykan. So ahad tu, tak masak pun, kiterang beli je kat Bazar. Usaha gitu..pi bazar ramadhan kat Cheras semata-mata nak beli Nasi kat Tok Deng Kitchen. Apa yang speselnya adalah sebab dia pumya lauk goreng kunyit dia memang sedap, pedas berasap… Dah 2 mingu berturut-turut pi Tok Deng nih. Kat Bazar tu… Kheirul je yang pi, I tunggu dalam kereta ngan bebudak. Panas kan kat luar so…dorang nak aircond je. Nasib baik tak banyak yang heirul beli. Nasi untuk 2 orang, Nasi goreng sebungkus untuk kids, ayam goreng sorang satu and kuih 2 bekas kecik dan seekor ikan keli.Eh sat sat… murtabak sekeping…. Alhamdulillah habis  tak membazir. Hari ahad dapat rasa dok atas kerusi kat rumah berbuka…image

image

Nilah rupa Nasi Tok Deng…Pedas berasap… selalu makan, kalau time Kheirul balik rumah time lunch, dia singgah beli …

And semalam hari isnin, baru dapat masak untuk berbuka. Takdelah spesel mana pun, I buat Mee Soto, pastu kuih puteri mandi dan potong buah tembikai. Senang je masak.Masala nak dok lama kat dapur ngan senggugut bagai nih. Lepas masak boleh lepak tengok bebudak buat homework.

2 thoughts on “Berbuka di rumah

    1. Yatie Post author

      bazar tu kat Taman Tasik Permaisuri… selalu parking kat tasik tu… pastu turun bawah kat surau…then naik tangga…situ lah Bazar nya.Kalau tak jumpa cuba guna foursquare

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.