Boleh rasa mengidam nak masak-masak. To be exact nak makan kot. Bulan puasa ni belum lagi berkesempatan masak makanan kegemaran keluarga. So far anak-anak takde komplen lagi makan lauk sama masa berbuka kat masjid. Nampak laju je makan. Habis je nasi dalam pinggan. Rayyan pun sama. Walaupun dia dah kenyang makan kat rumah, sampai masjid, mesti dia nak beratur amik nasi. Alhamdulillah, takde yang komplen dapat lauk banyak ke sikit. Moga-moga inilah adalah cara yang terbaik untuk kami merasa nikmat ramadhan. Merasa macam mana orang susah yang nak makan nasi satu hari sekali pun susah, apatah lagi lauk-lauk yang sedap. Nak makan buffet Ramadhan lagi lah jauh nak merasa melainkan ada orang sponsorlah kan. Harap cara ni berkesan untuk anak-anak tengok keindahan ramadhan. Bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga. Macam kata Ashraff lah..
Mama… bulan puasa ni kena sabar tak boleh marah-marah. Hahahaha pandai eh.. Ashraf oi… nak marah pun mama tak larat tau. Oklah sekarang ni I mengidam nak masak asam pedas ikan . Tak kira ikan apa. Ikan pari ke, terubuk ke atau merah. Pastu nak masak kari ikan. Itu lauk wajib I yang kena ada seminggu sekali.
Asam pedas terubuk…. my fav
Suka masak kari ikan, sebab memang hit. Semua suka.
Sedap nih… tapi nak buat dia banyak kerja. Nak masak kuah, nak buat kari ayam kering, nak buat sambal. Tapi berbaloi lah…
Selain tu teringin nak masak menu kegemaran suami.. Nyonya Laksa. Tuinggulah ye bang tunggu time takleh ke masjid.
budak-budak suka sangat makan laksam. Kalau beli tak berapa puasa hati.
Budak-budak plak… laksam dan roasted chicken. Dah ada dah plan ni. Macam sekarang ni since tak masak apa-apa yang menarik, I just buat kuih berbuka. Semalam buat cream puff. Pagi lagi dah buat filling dia. Baru nak buat shell dia sekali takde letrik. Lama plak tu. Pukul 2.45 baru ada terus panaskan oven buat cream puff shell. Takleh sbb dah janji ngan bebudak so tak sampai hati lah kalau tak buat. Nasib baik Rayyan ada boleh tolong rasa filling and dia tolong habiskan filling yang ada lagi semangkuk. Biasalah sikecik tu kan…
Apa menu buka puasa you all?
Oh ya kalau nak resepi masakan yang I mengidam nak masak tu, boleh lah click gambar dia