Monthly Archives: February 2015

ABC Fradoo Sek.2 Shah Alam

Kalau pergi Sek.2 Shah Alam, mesti teringat zaman study dulu. Heheheh… sini lah tempat makan atau lepak. Nak lepak shopping mall, takdelah nak merasa tu semua. Dulu masa study, KLCC pun belum bukak ke baru bukak?. Mid Valley pun belum ada kot. Lagipun zaman study  tak mewah amcam bebudak zaman sekarang.  Mana-mana nak pi, kiterang banyak jalan kaki. Paling hebat dapat naik bas. Je. Kalau naik bas 222 tu maka ke KL lah. Tu pun pergi CM kot tak pun paling hebat Bukit Bintang. Kalau dalam Shah Alam, naik bas mini kaler pink je lah. mana-mana banyar 60sen. Kalau bas mini no 2, masuk Uitm bayar 40sen. Selalu naik berenti depan seroja pastu jalan kaki ke kelas, tak pun tunggu  bas uitm utk ke School CS. Tapi most of the time, kiterang suka jalan kaki je. Lepas tu lalu short cut belakang Pusat ISlam. heheheh sempoi je. takde hal. Sekarang cuba suruh jalan kaki lagi…. huhuhu penat lah berpeluh lah…

anw, Dulu masa study..kadang-kadang petang lepas kelas, selalu lepak makan ABC. Itu e yang mampu. HArga dia RM1.70 rasa nye, nak kacang lebih. Kalau nak makan pun makan lah…nasi lemak paru RM1.20. Makan  masa tu tak sampai RM5 pun termasuk air. best masa study dulu. Astu jalan-jalan terjumpa duit RM50 tak tau sapa punya, me n friends letak duit tu kat surau.

Last 2 weeks, kiterang makan ABC lagi. Sebenarnya tak plan pun. Kiterang satu family pi Seksyen 2 cari stationary bebudak. Nak pensel khat, kertas warna bla bla…pensel khat taknak yang normal size nak bigger size, Alhamdulillah jumpa. Dapat pensel khat tu Ashraff and Afriena excited lah menulis khat. Lepas beli-membeli kat kedai alat tulis yang mama n papa dari dulu dok keluar masuk kedai tu…terus kiterang singgah gerai sek. 2 makan ABC. ABC paling sedap dah takde tempat lain lah leh awan.

image

Comot bekas dia tapi sedap.

image

Selain tu makan satay …order kat situ jugak

image

And I order koay teow goreng share ngan Rayyan

Best gak lah makan kat situ. feeling like a student kan…cuma kat situ lantai tak berapa bersih dah. I still suka suasana macam  15-19 tahun dulu sebab gerai dia terbuka tak terkuang. Sekarang ni tempat menggoreng pun kat tepi laluan…macam bahaya sangat kalau bebudak berlari sana sini. Lepas tu suasana sangat terkuang . Tertutup macam tu tak selesa..

 

Makan Budu lagi

minggu ni asyik citer pasal makan je kan… dah tu mmg asal keluar je pi makan. sabtu lepas kiterang satu family pi makan nasi budu. Ala kat Awan Besar nye RnR, A Hassan Ayam kampung. mmmmmm dah lama tak makan budu. Nama je orang kelantan tapi takde plak botol budu kat rumah. Since bebudak ni tak kisah makan nasi so, ke sana lah kami. Tu pun lepas singgah merata tempat.

Lauk fav bebudak kalau kesini ialah ayam kampung goreng dan gulai kawah. Tah lah ..makan sini je Ashraff and Afriena makan banyak. Lauk ni lah yang selalu kiterang amik. Lepas tu tambah dengan ulam dan nyelor cicoh budu. fuhhhhh memang makan tak ingat lah. Ye lah… hujung minggu ni nak melompat plak tuh. 8hb 2 ni ada grading untuk Black Tip. Nervous bila memikirkannya. Kali ni kiterang tambah menu, sbb ada siput sedut. Ingatkan siput sedut ni utk kiterang berdua je, tapi sangkkaaan meleset sebab, bebudak suka. Yang paling suka makan adalah Rayyan. Separuh pinggan dia makan siput.  Dia sub kat 3 orang untuk sedut siput untuk dia. Banyak cantik kan?

image

Ni je yang kami makan

image

KHeirul cakap kalau dapat ilam budu n ayam goreng pun dia boleh makan, tapi kalau I masak kat rumah cam ni mesti dia tarik muka kan

image

Lauk fav Rayyan

image

Lauk fav semua orang – gulai kawah

Lepas makan tu kiterang balik rumah. Malam tu badan Rayyan naik gatal-gatal… tak pasti sebab apa, kiterang suspect alergik dari siput, maka untuk kepastian, I beli  siput  dan masak sendiri kat rumah. Masak kat rumah semua makan banyak tak ingat… srot srot… Semua suka, Ashraff yang tak berapa makan kat kedai punya, Yang mama dia masak bukan main lagi suka makan…Afriena  pun sama makan banyak..Rayyan siap hirup kuah. Memang puas hati lah masak

image

Tapi malam tu Rayyan menggaru lagi… hah memang sah dia tak boleh makan siput. Kena bawak gi klinik. Doktor cakap alergik , dah lah dia dia ada eczema…. I siap kena cakap kat dia. Rayyan takleh makan siput nanti gatal lagi.  Dia pun kata ok… .. Now alegik dia nampak ok.  Susah nak serasi ngan ubat lain… kena pi klinik yang biasa pastu suruh check ubat yang dia amik 2 tahun lepas… Terpaksa doktor belek satu-satu report dia. Nasib baik doktor nak melayan, dah dia suka mealayan Rayyan. Kelakar tau Rayyan, masuk jumpa doktor terus angkat baju tunjuk tempat dia gatal.

Busyuk boy :)

Hari yang dapat pi dating

Isnin anak-anak semua sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk pergi dating. Bila tanya Kheirul, mana kita nak pergi 2-3 jam untuk dating ye bang? Dia cakap kita pergi pasar cari lauk. Huhuhu sangatlah romantik ye. Pergi dating kat pasar. Walaupun cuti tapi banyak kerja kena buat. Mula dari hantar 3 anak pergi ke sekolah, lepas pergi bank buat bayar itu ini,lepas tu pergi sarapan. Hahahaha sarapan paling best lah sbb dapat makan kat kedai mamak tanpa kebisingan anak-anak yang berebut menu lah, berebut tempat duduk lah. Tapi dorang takde sunyi lah pulak. Tak dapat lah nak tukar tukar rasa makanan.

Menarik jugak menu sarapan kat maulana daun pisang ni. macam authentic indian cuisine je. Kiterang order idli vadai tapi vadai habis so makan idli je dengan sambar, lepas tu ada roti sardin dan poori set.  Share makan berdua. Sedap gak makan sarapan sini, bole lah bawak bebudak nanti. Air plak teh halia untuk Kheirul, I plak minum susu badam sbb nak try benda yang pelik. Menu pelik tapi sedap rasa dia. Rasa lemak manis pastu ada safron dalam tu. Kheirul tak suka tapi I sangat suka.Mamak tu siap tanya…kaka sedap tak itu susu badam? 2 kali dia tanya, masa hantar dari jauh tanya sedap ke tak? masa bayar pun tanya lagi… hahahah

idli set

idli set suka rasa dia masam-masam cicah kuah tuh

image

poori set, poori ni kalau buat kat rumah , bebudaklah paling suka makan. Yang ni makan dengan aloo gobi sedap

Susu badam... patut cuba sebab sedap.

Susu badam… patut cuba sebab sedap.

lepas sarapan, barulah ke pasar. mula-mula singgah Sri ternak sebab nak beli few things then baru pergi pasar borong. HArga ikan sangatlah mengarut…hish bebenor. Paling suka kalau ke pasar, duduk kat gerai sayur. Tak tau kenapa suka sangat dengan satur-sayur. ALangkah besntnya kalau ada kebun sayur sendiri, hari-hari dapat makan sayur fresh. Habis urusan di pasar bergegas balik ke rumah sbb nak kena amik Rayyan dari tadika dia. dia kalau lambat ah… hahah memang merajuk pun lambat mmg merajuk pun sbb lambat . Siap suruh carry dia dari sekolah ke rumah. nasin naik sekolah dekat je.