Monthly Archives: October 2014

Dating day….

Lama tak dating berdua…. asyik bertiga je dengan Rayyan. Last week dating tetap bertiga sementara lagi dua orang sekolah masa hari Deepavali lepas. Bermula dengan sarapa di Kelate Corner, makan nasi berlauk itik serati. bukan selalu sekali sekala. Ni masa menaip pun still terbayangrasa sedap dia. Sedap betul dorang masak. Alhamdulillah. Rayyan plak makan roti canai taknak canai. Nak makan sendiri tak nak orang suap. Bagus budak ni.

image

memang sedap makan kat sini

Lepas makan, Kheirul cakap nak ke rumah abang dia kat PJ, so ke sana lah kiterang dengan tak mandi apa pun lagi. Rayyan berbaju tidur lagi. Please… next time kena mandi dulu sebelum keluar rumah. Lepak sana sampai 11.30. Rayyan siap mandi lagi kat sana, sebab dia tengok sepupu dia mandi dia pun nak mandi. Sibuk tau sikecik ni. Bila masuk bilik air, cakap nak mandi sikit je sebab sejuk. plakkkkk. Itu kali ketiga dalam toilet sebab  masa sanpai terus nak masuk toilet, lepas tu masuk lagi toilet nak “melabur”. Hish macam-macam sikecik ni.

Habis lepak PJ, balik rumah lepak sampai zuhur, lepas solat terus ke Pavillion. Yeat bestnya macam jakun plak lama tak sana. Nak pi sendiri malas. Tujuan ke sana adalah untuk makan. Hajat di hati nak makan , makanan jepun.  Tapi semua beratur panjang dan penuh. Alaaaaa… so Kheirul cakap kita makan kat Ben’s je lah. Ok lah… Best jugak makan kat Ben’s tapi I lagi suka Ben’s kat Bangsar Village. Banyak pilihan. Hari tu I just makan Fish n’ Chip. Kheirul makan steak dan Rayyan makan mushroom soup.  Rayyan  amik mama dia punya chip buat harta sendiri, lepas mintak ikan sikit, makan soup lepas tu sup tak habis share ngan mama plak. Habis makan , terus ke  Carls Jr, tapau untuk bebudak nye dinner. Tak acilah mak bapak makan sedap anak yang lagi dua tu tak kan. 4.30 dah keluar Pavillion sebab nak kena amik bebudak kat sekolah. Kang lambat, muncung plak. Begitulah cerita dating bertiga. Nanti tunggu Rayyan sekolah lah baru boleh dating berdua.

image

bila lah nak sampai Jepun nih

 

 

 

Tournament Taekwondo di hari Sabtu

baru bangun tidur ni

baru bangun tidur ni

Tournament Taekwondo yang kedua untuk Ashraff. Sebagai ibu bapa yang begitu teruja haruslah pergi hantar anak and sokong kan. Tujuan hantar Ashraff masuk tournament TAekwondo ni adalah untuk bina keyakinan dalam diri dia. Takleh pemalu yang terlampau, kena berani dan kena kuat untuk hadapi cabaran getir. ceh ceh macam pakar motivasi. Tapi sebenarnya betul. I sendiri dah berapa kali masuk tournament taekwondo memang berkesan untuk motivasi diri. Insya Allah peluang Afriena tahun depan plak.  Tahun depan Insya’ Allah  kalau mama dah dapat black belt boleh training sparring sama-sama. Kalau Sparring je…pehhh bukan setakat peluh jantan segala mak nenek peluh keluar. So Sabtu tu pagi lagi semua dah bangun. Lepas solat subuh pukul 7.30 dah keluar. Tournamentnye kat UIA. Jauh jugak tuh. Pukul 8.15  dah sampai. Kiterang breakfast dalam kereta je.  Since kena ada sana pukul 8.30 kan… Tapi hampehhh… tunggu punya tunggu, pukul 10.30  baru nak start. Tu bukan start acara lagi tau, baru nak start bergerak. Bayangkan… pukul 11.45-12pm baru start acara pattern. Mana I tak marah. I hate waiting! seriously sapa suka kan? Dah lah dewan tu kecik, takde aircond…ayoooo. Pukul 12 lebih Ashraff habis buat pattern. Bangga dengan Ashraff, pattern dia buat nampak lawa. Walaupun tak menang takpe, tapi he improved a lot. Buat pattern dengan yakin. Ada budak yang berenti buat sebab tak ingat.  Tak pe long way to go. You gonna win something!

acara PATTERN

acara pattern….

Cuma Ashraff and  sorang budak depan dia je wakil kelab kiterang. Yang lain ramai demam

Cuma Ashraff and sorang budak depan dia je wakil kelab kiterang. Yang lain ramai demam. Tapi I kenallah few budak dari kelab lain

Thank you to my sister and her family sbb datang bagi support. Ashraff lagilah excited sebab sepupu dia datang tengokkan. Dorang lepak sekejap, lepas tu dorang ke tempat lain plak. So, habis event pattern, kiterang pi cari makan.  Jauh jugak nak mencari makan. Lepas tu katanya pukul 2.30 kena balik ke dewan.  So sempatlah makan, solat semua pukul 2.30 kumpul balik. Bayangkan…memang kena banyak buat bayangan nih, dari pukul 2.30 kiterang kena tunggu berejam-jam untuk acara sparring.Ashraff dari excited nak sparring dah jadi malas. Pukul 4.30 baru panggil ke dewan tu pun Ashraff pergi solat dulu. Dari pukul 4.30 solat sampai masuk maghrib masih lagi dia menggu dalam ring. Masa tu lah nak panggil peserta, masa tu jugak buat table sapa lawan sapa, sampailah masuk maghrib , Ashraff pergi solat dulu, balik ke ring balik masih belum lawan. Baru je susun peserta. Hati dah membara. Mak bapak lain ada siap marah-marah lagi. Katanya punyalah lama tunggu, budak lapar, bayar yuran tournament mahal plak tuh.. Betul tuh, sepatutnya sediakanlah makan or air minum. Memang rasa macam nak sekolahkan je penganjur nih. Tapi siapalah I nak komplen kan, Serahkan pada suami saja. Tapi dalam orang dok sok sek tak puas hati ada terdengar oraqng puji tournament kat Shah Alam hari tu… hahaha tournament sapa tu?  hehehe I was one of the commitee.  Seriously kalau buat event tak kira apa event, benda yang perlu dia ambil berat adalah time management. Ini jadual event pun takde. Apa lagi benda-dbenda lain. takpe… we take it as lesson. Sapa yang nak buat event ke apa ke, should learn from this event. Time management and jaga hati budak-budak.

image

ni dah bosan menunggu ni… Jeling instructor Ashraff tengok dorang main glove ni

 

Champion!!!!

Champion!!!!

Till 8.45 , bebudak ni tunggu lawan. I can see muka Ashraff dah frust. Sakit jiwa untuk budak yang takleh duduk diam, Mana boleh duduk setempat. Dia siap cakap tak nak sparring lah dah penat tunggu. Ada budak nangis sbb stress tunggu, nak balik and lapar. Finally dia lawan. Tak seperti yang dia lawan masa training. Mungkin lapar, frust atau stress atau mungkin letih menunggu. Tapi memang dia cakap…penat tunggu dan bosan.  Habis event je, sebab dia kalah… dia ada cakap malas lah menang kena tunggu lagi… terus balik, eh bukan, singgah Bangsar makan kat Chilis dulu. Kena amik hati bebudak sebab tunggu lama. Oh ya gambar sparring tak amik pun sebab iphone dah abis bateri…dah tu lama sangat tunggu..grrr

Sekian laporan saya, tapi tournament hari tu memang tournamat yang sangat teruk. ever. Sepanjang I masuk tournament Tae kwondo , inilah tournament yang paling sakit hati.

 

Citrus Roasted Chicken

Saja nak share resepi untuk surirumah eurirumah jelita yang tetiba rasa malas nak masak bila husband takde kat rumah.   I masak roasted chicken je. Kat rumah ni, ni kira masakan paling malas, tapi sedap , berkhasiat dan sangat simple tak payah nak cuci kuali perouk bagai.  Normally kalau Kheirul balik lambat ke, dia akan cakaplah, dia tak makan malam ke kan, so I mula lah malas nak masak. So masak bendi gini je lah. Pastu buat mashed potato. senang kan?

image

 

Ini adalah citrus roasted chicken. Guna lemon dan orange  untuk bakar ayam. Resepi dia senang je.

Bahan-bahan

  • Ayam setengah ekor
  • 1 orange
  • 1 lemon sebiji
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • 3 sudu minyak zaitun
  • pepper and salt

 

Cara-cara

  • Bersihkan ayam – potong kepada saiz yang anda gemar, taknak potong pun takpe
  • campurkan garam dan pepper bersama minyak zaitun , rosemary dan mixed herb
  • perap ayam dengan miyak campuran dan citrus yang di hiris nipis
  • tabur bawang putih sebij-sebiji macam tu je
  • perap selama 2 jam ke
  • Lepas tu bolehlah bakar dalam suhu 180-200 untuk setengah jam

 

image

Macam I , pukul 4 dah perap, pastu amik budak sekolah, pukul 6 sampai rumah, terus bakar. Lepas maghrib boleh makan dah. Sos  plak, sbb I  malas, I just beli serbuk sup cendawan, tu, lepas tu tumis bawang dengan butter then letak mushroon sup  tu, talaa jadilah gravy. Itu kalau malas. Tapi sebenarnya kalau tak nak buat buat gravy pun takpe sebab , jus ayam yang diabar tu pun sedap. Rasa masam-masam gitu.

image

Lepas tu buat, mashed potato dan makan dengan romaine lettuce ni. Senangkan?