Bila belek-belek gambar 2 – 3 tahun lepas… huhuhu nak nangis tengok diri sekarang yang agak gemuk. Gemuk ke? ke berisi? Diri ini sangat besar sekarang. Sejak masuk kelas Taekwon-do, Berat baru turun 2 kg dan maintain di situ sahaja. Makan ke tak makan ke, kat situ je. Kalau boleh nak lah shade another 3 kg. Baru selesa. Tapi sepatutnya saya kena bersyukur sebab, awalaupun badan berat sikit, tapi badan sihat , Alhamdulillah. Takde pening-pening lalat nak pitam sebab tekanan darah rendah. Walaupun berat, badan masih boleh lagi lompat buat kicking. Tapi saya nak shade 3 kg lagi.
Sekarang ni, saya takde catu makan, makan je apa yang di masak, cuma saya kurangkan garam dan gula. Air manis tu, limit sekali sehari kot. kadang tak minum langsung. Minum air kosong je. Pilates dan senaman dalam rumah dah lama tak buat sebab bila anak tak sekolah ni, kerja asyik masak, kemas dan monitor homework je. Sapa kata jadi surirumah tak penat. Penat tau. Buka mata je, buat itu buat ini.
Kena set dalam kepala, 3 kg untuk dibuang, untuk lebih sihat. Insya’ Allah.
Tapikan saya tengah teringin nak makan laksam lah….