Yearly Archives: 2013

Mini Burger vs Big Burger

Sekali sekala ada jugak terasa nak makan burger. Bukan burger kat McD, kat Burger King atau Chilis, Tapi burger yang bermain dalam kotak imaginasi. Maksudnya, apa benda yang kita nak letak , kita letak. Hari Ahad Lepas untuk makan malam, saya (dan suami) buat burger. Roti beli je, Kang kalau buat sendiri tercabut gigi palsu susah pulak.Untuk anak-anak , saya buat saiz kecik, jadilah mini burger. Patty seberat 45 gram je. Burger besar plak, patty dia seberat 100g. I buat burger, Kheirul yang bakar.Sambil bakar burger, kami toast bun, buat bawang karamel, gril peperoni, potong sayur.

Seronok masak sama-sama, sambil melayan RAyyan yang suruh cepat masak, lapar!lapar!. Dia memang. Buatkan untuk anak-anak dulu sebab patty mereka kecil, cepat masak, letak cheese dan salad, bawang. Habis semua makan. Ashraff 2, Afriena1 , Rayyan 1 setengah.

OK , marilah kita tengok gambar burger

image

Mini burger. Yang ni saya punya takde cheese.

image

Big Burger. Daging tebal. Kenyang. Katanya taknak makan burger 3 bulan. hahaha, Bun-caramelised onion-peperoni-cheese-patty-tomato slice-salad. Sos, saya sapu sedikit mayonis je. Saya memang jenis tak suka, makan burger yang sos berair.

Kalau anda semua nak resepi dia, boleh klik disini. Burger untuk orang berpantang pun ada.

Burger Untuk Orang Pantang

Resepi Burger Membakar

Homemade burger

 

 

Pasar Tani MAEPS

Sabtu hari tu kami sekeluarga pergi ke Pasar Tani MAEPS. Pagi-pagi lagi, pukul 7.30 dah keluar. Jumaat malam tu dah google tengok apa barang yang jual kat Pasar Tani. Tujuan sebenar pergi pasara tani adalah untuk mencari Ayam. Selalunya ayam kami belik dipasar. Tapi setiap kali beli ayam, ayam tersebut ada bau ubat. Saya adalah sangt sensitif dengan bauan ayam. Ashraff pun sama. Dulu selalu beli ayam kat Tesco, Pun ada bau ubat. Jadi Kami memutuskan untuk ke Pasar Tani. Kita tengok dan bau macam mana.  Keluar rumah, terus ke MAEPS. Takdelah jauh mana, macam pergi ke sekolah anak-anak je. Sampai saja disana, pandangan sungguh menarik. Perkataan pertama keluar dari mulut Rayyan ialah rambutan. Rayyan ni suka sangat makan rambutan. Satu bekas tu rambutan yang dikupas, dibuang biji, memang habis dia makan sorang.  Tapi tak beli pun rambutan kat situ nampak dah kecut. Nanti kita cari tempat lain.Lagipun kena catu makan rambutan takut dia batuk dan lelah…susah plak.
image

Gerai Ikan. Lupa nak beli selar kuning tu. Goreng garing sedap tuh.

image

Bawang-bawang dia sangat lawa. Memang kena beli. 

image

Kerepek ! kerepek! kerepek!!!!

Maka, bila berada disana, kami menuju ke gerai ayam. Kat situ jugaklah saya hidu ayam satu-satu. Tuan punya gerai senyum. Agaknya tak pernah jumpa orang cerewet macam saya. Tapi itulah saya. MEmang semua ayam ada ubat, tapi sikit banyak, cara pembersihan ayam memainkan peranan. Ok set takde bau. Jadi 3 ekor kami beli. RM8.60 sekilo. Mahal ayam sekarang ni. Sebelah gerai Ayam ada gerai ikan air tawar. Ada Ikan Patin dari Sungai Pahang, Patin Sangkar, Patin Buah, Talapia, Keli Organik dan Ikan Krai yang berharga RM55 sekilo. Ikan Krai tu sedap buat masak tempoyak, masak asam pedas.PErnah lah makan dulu tapi bukan yang dibeli yang ditangkap kat sungai lah.

image

Gerai Ikan Air Tawar

image

macam-macam ikan ada. Patin Buah… dan keli organik. 

Dah habis beli ikan… merayap dengan Rayyan sebab dia nak beli air. Dia memang tau. Ok beli air untuk dia dan yang lain, beli keropok, beli murtabak pastu tengok-tengok. Lepas tu Afriena tanya, Kita tak jogging ke mama? Saya jawab ni tengah jogging lah ni. Dia cakap ni bukan jogging, ni jalan. Hahahaha memang sepatutnya Sabtu pagi kena jogging, tapi stok makanan sudah habis kena pergi beli jugak dan perlu pergi ke pasar tani.

pasar tani

Gerai Sayur

Kesimpulan, memang best pergi pasar tani sebab, semua nampak segar, lepas banyak sayur kampung dan yang penting bersih . Takde bauan yang tidak menyenangkan macam kat pasar. Kat situ sempatlah beli sayur pucuk paku, terung putih, dan sayur lain sikit.Sapa tak suka pergi pasar tani? semua suka tau. Ada tempat makan-makan kat situ tapi kami tak cuba sebab Rayyan cakap nak balik nak toyet (read:toilet). Dia memang… lepas makan mesti nak toilet. haih…

image

Tempat yang dituju Rayyan

Grilled Strawberry Granola Trifle

Ini Adalah Posting Berbayar

Bila bercerita tentang dessert, mesti terbayang dessert yang manis, yang banyak calori yang memang bila makan, lepas tu rasa menyesal. Betul tak? Semalam saya ada beli yogurt. Kat rumah ni yogurt memang benda yang sentiasa ada dalam peti sejuk, Sebab yogurt, memang digunakan untuk masak kari, buat ayam tandoori, buat smoothies, buat salad buah.

Memandang anak-anak saya suka sangat makan yogurt jadi saya cuba buat dessert yang sihat. Bukan seperti selalu, kalau dessert je mesti manis dan berlemak. Saya buat Grilled Strawberry Granola Trifle.Cara nak menyediakan dessert ni sangat senang. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.Dan yang paling penting, cepat disediakan. Cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit je.

Kita tengok apa bahan-bahan dia

photo 4

Bahan-bahan yang diperlukan

photo 3

Dari kiri: oat, bijiran sarapan pagi,oren, stroberi dan walnut.

Bahan-bahan

Masa penyediaan : 20 minit

Hidangan untuk 2 orang

  • NESTLÉ Natural Set Yogurt
  • 6 biji stroberi
  • ½ buah oren – ambil jus dan parut kulitnya
  • 1 sudu bijiran oat
  • 3 sudu bijiran sarapan pagi yang berkacang (saya guna banana clusted nut breakfast cereal)
  • 1 genggam walnut – tunmbuk kasar
  • 3 sudu sirap penkek
  • 2 sudu gula perang

Cara-cara

  • Panaskan oven dengan  suhu 180 darjah
  • Campurkan parutan oren, jus,bijirin oat, campuran bijirin, walnut , sirap penkek dan 1 sudu gula
  • Gaul rata dan bakar di rak atas sekali selama 15 minit untuk menjadikan granola
  • Sementara itu panaskan kuali gril
  • Salutkan stroberi dengan gula dan panggang diatas kuali sehingga berkaramel
  • Selepas 15 minit, keluarkan granola, sejukkan seketika.
  • Apabila sejuk, granola akan mengeras dan rangup
  • Hidangkan trifle, dengan cara melapis granola- yogurt-stroberi-yogurt-granola-stroberi
  • Taburkan sedikit gula perang diatas stroberi

photo 2

Stroberi yang sedang dipanggang

4

Tadaa dah siap. Senangkan. Boleh terus dimakan.Bayangkan keenakannya. Bayangkan rasa rangup granola bersama rasa lemak berkrim NESTLÉ Natural Set Yogurt yang sejuk bersama rasa manis  strawberi yang di panggang.

Sedap, cepat, senang ,ringkas dan sihat