Ini Adalah Posting Berbayar.
Rumah. Kini rumah menjadi satu keperluan asas untuk kita semua. Dengan peningkatan harga rumah yang sekian meningkat dari tahun ke tahun dengan permintaan yang tinggi untuk memiliki rumah sendiri adalah menjadi satu idaman bagi kita semua. Jadi, apa tunggu lagi. Baiklah kita merancang untuk memiliki sebuah rumah idaman secepat mungkin sebelum harga rumah meningkat lebih tinggi.
Pada hari Ahad yg lepas, saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pelancaran satu projek taman perumahan yang baru yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.
Pada mulanya ingatkan Pajam ini jauh tetapi jangkaan saya meleset. Dengan menggunakan Lebuhraya PLUS dari Toll Sungai Besi, saya hanya perlukan kurang dari 45 minit untuk sampai ke Pajam melalui exit Nilai. Dan tapak perumahan Nada Alam ini betul-betul dekat dengan exit Pajam sekiranya melalui Lebuhraya LEKAS. Jadi akses lebuhraya memang mudah sekali.
Setibanya saya di Sales Gallery Nada Alam, kagum sekejap dengan konsep perumahan dalam taman yang berkonsepkan alam semulajadi ini. Seluas 160 ekar dengan 13 ekar khusus untuk mengekalkan kehijauan alam semulajadi dan berstatus “Pegangan Bebas” menjadikan lagi perumahan Nada Alam ini lebih bernilai tinggi untuk palaburan.
Saya tiba agak awal juga dalam jam 10 pagi tetapi sambutan pada hari pelancaran sungguh meriah sekali. Tak sangka ramai yang sudah berada disana dan berpusu-pusu untuk melihat sendiri perancangan perumahan yang telah dirancang rapi oleh Seri Pajam Development Sdn Bhd untuk projek perumahan Nada Alam ini.
Ini adalah model rumah 22×70 rumah teres yang ditawarkan dengan harga RM472K. Tentu ada yang bertanyakan tentang ciri-ciri keselamatan kan. Terdapat 3 tahap keselamatan iaitu Pengawal Keselamatan (Pak Guard), kedua kamera CCTV dipasang dimerata-rata tempat dan yang ke-3 Pagar parameter fencing disekeliling kawasan perumahan ini. Selain daripada itu di dalam rumah pula dibekalkan dengan system penggera atau Alarm System, smoke detector, pemadam api dan sebagainya.
Jangan risau pasal kemudahan awam. Semuanya sudah tersedia dan dekat-dekat belaka. Lebuhraya, pasar-pasar besar, sekolah, university, Nilai 3 untuk shopping. Semua dekat belaka.
Selesai sudah majlis perlancaran yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Apa lagi.. saya terus pergi melawat rumah contoh disana.
Tersergam Indah
Ruang Tamu yang luas
Kamar Utama yang selesa
Tidak Terkata… Dalam hati apa yang saya boleh ucapkan adalah “Alangkah untungnya kalau aku dapat memiliki rumah sehebat ini” itu saya yang dapat saya ungkapkan disini.
Jadi kepada semua yang ingin dapat maklumat lanjut lagi.. sila lawati www.nada-alam.com.my.
Cepat.. miliki rumah idaman anda dengan segera.