Monthly Archives: September 2013

Mille Crepe

First time buat Mille Crepe. Adehhh jenuh nak melempeng satu satu. Patut lah sebiji mille crepe boleh mencapai harga RM70-RM80! Sebab leceh nak buat sesatu. Tapi hasilnya sedap untuk di makan.Buat sempena Anniversary hari tu.Jenuh buat sampaikan dinner terus ajak makan luar. Malas nak masak. Malas nak sepahkan dapur lagi.

photo

 

Chocolate Mille Crepe with fresh Cream and candied walnut. 

Kelas Taekwon-do

Dah 2 minggu Ashraff n Afriena oergi kelas taekwondo. Sambung balik kelas lepas 2 tahun tinggal sbb tak minat masa tu. Sekarang mintak nak plak. Kali ni kalau separuh jalan pun, kiterang hantar je. Pergi hantar kat kelas sama je. Kawan kiterang yang ajar bekas tok guru takewondo I le. Siap tanya, bila mak nya nak sambung balik? hahaha kalau tak berenti kemungkinan dah black belt 3rd Dan kot. Hehehe , I cakap tengoklah dulu. Kalau Rayyan dah besar , badan kuat boleh lah. Belajar gitu-gitu je kat rumah. Nak buat split macam dulu pun dah tak boleh. Tengoklah nanti nak jugak belajar sesuatu yang baru, ilmu pertahan diri yang tak buang tenaga. ada kot.

BTW, bebudak 2 orang ni malam sebelum nak pi kelas, mula lah buat perangai tak nak pi. Kata kaki sakit la, kaki takleh angkat la, tapi bila bangun pagi semangat. Bangun makan breakfast sendiri. Siap makan, masuk kereta sampai dah melompat-lompat. Masa hari pergi ada budak baru hahaha siap nangis tak nak join. Nangis teresak-esak la bukan meraung. Anak manja kot. Lepas tinggalkan dorang terus kiterang ke mamak kat bawah makan then pi Giant cari tombol pintu. Tombol pintu rosak on Friday. Masa sidai baju I terkurung kat luar. Yang Rayyan plak dok dalam. Suruh bukak pintu dia kata cannot…sambil nangis. Memang stuck. 10 minit gak lah dok pusing-pusing pintu finally terbukak.

Ok lah kita layan gambar budak bertaekwondo

image

macam nak main tomoi plak

image

eleh Ashraff slow nye

image

Style Bruce Lee

1175371_10151702065383089_1923924180_n

ni Afriena..not bad (gambar ehsan dari Synergy Taekwon-Do Club)

Next week plak. Sebenarnya bagus masuk apa jenis Martial Arts pun. Selain belajar ilmu mempertahakan diri dan menyihatkan badan , Ia juga bagus untuk mendisiplinkan diri dan meningkatkan daya keyakinan diri.

Sepuluh tahun sudah – 10th Wedding Anniversary

Hari ni 11 haribulan 9 kan? September 11 kan? hehehhe eh dah 10 tahun kta kahwin kan? Ye dah 10 tahun kita kahwin. Maknanya dah sepuluh tahun lah masing-masing mengenal perangai memasing. hehehe 10 tahun jugak lah menahan bebelan bini kat rumah kan bang? Membebel apa sangat pun, membebel suruh mandi cepat sikit (itu ayat biasa pepagi) , sbb semua jenis mandi lama dalam bilik air. Hish berapi je kalau nunggu semua orang mandi tau. Padahal toilet 2 tapi semua berebut nak toilet dalam bilik. heheheh membebel pasal mandi.

Apa pun… banyak pengalaman pahit, manis masam , masin yang dilalui. Yang pahit tu kadang-kadang ubat. Yang manis tu madu yang menjadi ubat yang terbaik.

Ok lah… Happy 10th Anniversary. Semoga kita bahagia hingga ke syurga.

image

eh bila nak amik gambar sanding nih? hahahah

I love you husband. Be my imam and guide me n kids to right path ya! Insya’ Allah