Cara senang nak perabih aiskrim kat rumah, dan cara yang terbaik nak suruh bebudak makan buah di bulan puasa. Buatlah salad
Bahan-bahan
- 1 cawan epal yang dipotong dadu
- 1 cawan orange yang dipotong dadu
- 1/2 cawan jus orange
- 1 cawan strawberi yang dipotong 4
- 1 cawan mangga potong dadu
- 1 cawan ice cream perisa vanilla – I rasa kalau dapat perisa pudina lagi sedap
- 1 genggam cornflake atau crushed walnut atau raisin
Cara-cara
- gaul sebati semua bahan
- sejukkan selama 2 jam
- sedia untuk dimakan
- boleh juga nak tabur dengan daun pudina yang diracik . I tabur dengan cornflakes je
Note: Kalau tak nak aiskrim, boleh guna yogurt. Buah boleh guna ikut suka apa yang ada dalam fridge