Jumaat malam lepas, malam lepas terawih tu, kiterang satu family pergi pasar. Sebab musabab kena pergi satu family adalah sbb I nak ikut pi pasar sbb nak beli sayur sendiri. Nak cari sayur pelik yang nama dia murangai sbb nak campur dalam kari ikan. Dah lama tak pi pasar. Bebudak pun sama, sampai lupa bau pasar. Sampai je..ayoyo sangat busuk nya. Mungkin dah lupa bau pasar kot. Kitarang, pi beli ikan dulu. Ikan pun dah mahal harganya. Bukan ikan jelah…ayam pun sama. Ni apa kena semua mahal harga ni????
Sangat suka pergi ke gerai sayur. Tapi I lagi prefer kat Pasar Malam Taman Tun kalau beli sayur. Segar dan takde bau
Sayur-sayur kampung pun banyak. Cuma yang pelik kenapa ramai warga asing yang meniaga? LEsen alibaba ke semua. Sampaikan dah habis membeli, pi pat kereta, I boleh cakap kat Kheirul..welcome back to Malaysia. So not homely kat pasar tadi. Patutlah pasar borong nampak lagi kotor abb it was handled by foreigner. Senang jer, bila foreigner yang handle, dorang akan set the standard macam tempat dorang. Tak suka tau suasana macam tu
Ni kawasan ikan. Terubuk ni baru naik kot..RM18 ke RM20 sekilo. Mahal gila babas. Rayyan kat pasar hari mulut terlopong je sebut fish, fish,fish sbb banyak fish
Gerai Ayam. RM7.50 ke RM7.80 sekilo tak ingat sbb Kheirul yang bayar. Ayam pasar besar sikit dari ayam supermarket.
Udang ada macam jenis udang. Besar-besar dan duit pun kena besar. Tapi kat rumah udang tak berapa laku kecuali buat rencah masak mee atau sayur.
Ni plak gerai kambing pastu gerai lembu. Tak beli pun kurang makan daging dorang ni. Kambing tu nampak sedap plak.
rumah eliss udang tu menu harian dah. hehehe. semua suka udang. memang dah naik harga skang ni. 50 tu padan beli sayur jer kot.
Eliss hari pi beli bodo bodo pun dah seratus. ayam 2 ekor, ikan bawal sekilo, ikan merah sekor, ikan keli 2 kilo pastu sayur
tmpt wajib gi..hehe..mmg tak murah sgt..tp nk compare ngan bli kt kedai runcit…lg mhl…huhu..
pastu kalo nk bli brg kering..bli kt balaji,..bg sy situ agak murah nk banding ngn giant/tesco..hihi
Memang tempat wajib husband ke pasar borong untuk beli barang basah. KAlau sayur selalu ke Pasar malam taman tun. kalau groceries, sekarang ni prefer beli online kat tesco je http://sawanila.com/v10/2013/07/online-shopping-di-tesco/