Monthly Archives: July 2013

Kari Kepala Ikan Merah

DSC_5917

Hari pertama puasa, I masak Kari Kepala Ikan. Sapa suka kari kepala ikan? Selalu I masak kari kepala ikan jarang pakai santan, tapi kali pakai santan. Resepi ni, resepi adik ipar I, wife kepada Fadli. Hari tu pergi rumah dia, dia masak kari kepala ikan. Pepaham jelah..kalau melaka seafood dia fresh kan..ha sedapnya. I kan hantu Kari. Kalau pi makan kedai mamak, mamak pun geleng kepala sbb kuah banjir. Sah sah darah India ke Pakistan ada sikit dalam badan nikan…Bila dah sedap makan kari SIL buat terus tanya, Yan sedap lah kari ni, nak mintak resepi boleh? Maka dia pun email lah resepi. Masak kari ikan kalau boleh nak bendi berlambak , tomato berlambak hahaha tamak

Resepi Kari Kepala Ikan

Bahan-bahan

  • 1 keping kepala ikan merah
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 serai- tumbuk @ titik
  • 3 Bunga lawang
  • 3 Bunga cengkih
  • 1 Kulit kayu manis
  • 3 Buah pelaga
  • 1 sudu kecil Biji sawi – resepi dia takde tapi I letak sbb I suka bau dia
  • 7 Bawang kecil -mayang halus
  • 3 Bawang putih   -mayang halus
  • seinci Halia -mayang halus
  • 2 sudu Cili kisar – bancuh dengan air
  • 2 pkt  Serbuk kari ikan – I pakai 1 cap Babas, 1 cap Adabi   – bancuh dgn air
  • 1/2 cawan santan pekat – dalam resepi pakai sekotak tapi I nak kena contorl santan kat rumah
  • 2 Asam keping
  • 2 tomato dan bendi ikut suka banyak mana
  • air 2 cawan

 

Cara-cara

  • Tumis daun kari , biji sawi dan serai sampai naik bau
  • Lepas tu masukkankan bunga lawang, cengkih, pelaga, kayu manis , tumis sampai naik bau
  • masukkan bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
  • bila dah layu masukkan cili kisar yang dibancuh dengan serbuk kari dan air – tumis sampai pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air dan santan,asam dan garam gula
  • bila dah mendidih, masukkan ikan
  • Masak lebih kurang 15 minit dgn api pelahan supaya kari masuk dalam ikan
  • Bila dah masak, masukkan sayur, nampak sayur bendi tukar kaler hijau menarik atau tomato dah nak lembik tutup api.
  • Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
  • siap untuk dihidangkan

Note: tujuan masuk garam dan gula sebelum ikan adalah untuk mengelak kita dari selalu mengacau kuah, takut ikan hancur.Thank you Yan for the resepi. Sedap. Rasa macam nak masak lagi

 

 

Ikan Keli Goreng pun ada resepi ye

DSC_5911

 

Ini adalah lauk favourite anak-anak. Senang anak saya kan. Makan ikan keli goreng je. Bila dorang tanya…mama what’s for berbuka?

I cakap ..Ikan keli goreng.. bersorak dalam kereta. Ikan keli kena goreng garing. Dorang fav ikan keli yang I ni tak suka menggoreng ikan keli. Takde resepi istimewa pun goreng ikan keli ni.. Tapi yang penting cuci bersih. Selalu I rendam dengan asam limau tak pun cuka. Kasi semua lendir keluar.

Resepi Ikan Keli Goreng

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan keli
  • 3 sudu serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk
  • 2 sudu kecik garam
  • 1 sudu kecil bawang putih yang dah ditumbuk – I guna garlic press IKEA je

Cara

  • Gaul rata dengan ikan keli
  • Perap untuk 2-3 jam
  • dekat nak makan goreng garing

Dapatlah sekor sorang, I dgn Rayyan share sbb kiterang ada lauk lain. Ni masakan hari pertama puasa. I follow menu planner yang I publish tu. Masak Kari kepala ikan. Yang ni resepi lain sbb resepi ni belajar ngan adik ipar.Kari orang melaka lain sikit. Selalu I masak kari Ikan jarang guna santan. Kali ni guna santan. Nanti I update ye

 

Rayyan puasa tak?

Rayyan puasa tak? Hehehe iyolah tu puasa. Bangun pagi je cakap nak makan…nak cereal dgn susu. Lepak sejam dua dah mintak nasi. Nasi kicap telur. Kalau tak nasi..nak roti, cheese, telur. Itulah Rayyan. Lepas makan, makan. Air nak sirap je. Air kosong kurang. Jadi terpaksa buat sirap cair asal nampak kaler. Kalau nak dia minum air kosong kena kasi air zam zam. Jangan tipu te sebab dia tau kalau tu bukan air zam zam.

selalu time buka, dia dah standby kat meja. Dia dah start makan dah Walaupun org belum buka. i bajet, nanti senang nak makan kalau dia dah kenyang, rupanya tidak. Orang dah habis makan dia dok makan lagi. Potion nasi dia , adalah sebanyak 3 senduk nasi bersamaan potion papa dia. Kalau ikan keli goreng, separuh tu dia punya.makan banyak, tapi badan dia steady je, takde gemuk maybe sbb dia aktif macam gambar kat bawah ni kot. Ni lepas makan …kenyang dia cakap nak tidur kat atas tu.

s d a

 

cute lah tu konon

Afriena dan Ashraff plak, puasa dorang nampak berjalan lancar. Ashraff ada cakap lah haus, tapi I suruh tahan. Biasalah kalau balik sekolahkan. Dia dah 9tahun, kenalah tahan. Ashraff dgn Afriena beza sikit. Ashraff balik sekolah terus buat homework sbb dia nak pergi Terawih. Afriena tak sebab dia akan buat homework malam. Lepas terawih, dorang tido. TV dapat sejam je, petang tu pun kalau tak berebut dengan Rayyan. Bab sahur plak sgt senang kejut compare dgn papa dia. Tu memang biasa. 3 hari sahur, 3 hari dorang makan cheese sandwich, cereal dgn susu. Nasib baik anak anak adalah sgt senang. Tak payah masak nasi lauk bagai.

f

 

To do list Ashraff. Sekolah yang sediakan.

anyway, hari ni hari jumaat, maka hari ni Insya’ Allah dapatlah join Terawih.Oh ya nanti I akan pos resepi mana tahu boleh memberi idea atau ilham memasak you all untuk berbuka. Konsep menu tahun ni mestilah healthy. Kata nak kuruskan!