“Kurma” Termahal

Hari Jumaat lepas adalah seperti jumaat yang biasa tiada yang luar biasa cuma Jumaat lepas , I tak masak nasi..I buat roti jala. Haih lenguh kaki berdiri dok menjala. Tu pun pakai 2 dapur dah. Kari Ayam dah siap. Cuma kena menjala je. Sambil menjala sambil suap Rayyan. Dia tau mama dia buat roti jala, makanya dia buat muka cute datang dapur nak makan sambil peekaboo kat fridge. Last  Jumaat , I menjala 6 cawan  gandum untuk buat roti jala. Mana taknya, Afriena booking nak makan sepuluh, dia makan roti jala dengan madu. Pastu Ashraff cakap, tamaknya Afriena, Ashraff nak makan 9 je. 9 ? ada beza tak? sama je kan …Tapi takpe makan je lah nak tu memang kegemaran dorang jugak. Roti jala memang takleh beli pun kena buat sendiri. Lagipun kalau beli ada je yang tak kena. Kadang rotinya basi, kadang kuahnya air campur serbuk kari. Dari I kutuk situkang jual baik buat sendiri. Maka menu hari tu, cuma roti jala dan  Kari Ayam.

Sementara dok menjala, suami pun baliklah lah. Terdengar tapak kaki Afriena berlari bukak pintu untuk papanya. Sampai je I dengar..

“mama mana?” tanya suami

“in the kitchen, cooking ” jawab Afriena – bertuah punya budak orang tanya bahasa melayu dia jawab omputeh

“mama masak roti jala ” sambung Afriena dalam pelat cina hahahah

“Papa beli apa?” tanya isteri

“nothing la mama… it’s Ashraff ‘s shoe ” Ashraff tolong jawab

“Buah kurma je..nah mama buah kurma” kata si suami

“Oh ok…” jawab isteri sambil sibuk dok menjala

“Nah mama buah kurma…” kata suami

jap jap (dalam hati sambil berkata, awatlah tak simpan sendiri )

“Nah mama buah kurma..” kata suami lagi sambil menghulur beg plastik

I pun sambutlah buat kurma tu yang hampir nak jatuh, pestu tetiba rasa  macam ada kotak dalam, banyak nye kurma sempat lagi bisik yusuff taiyyob.. sekali nampak kotak satu lagi..what??? iphone 5? $^%&(*)($_)$ terpekik -pekiklah I kat dapur , hahaha pastu tanya apasal papa beli? tak payah lah beli. Phone lama ok lagi kan. Still boleh SMS, whatsapp, boleh call, boleh MMS…Dia cakap ala, phone yang lama tu bukan betul dah pun dah berapa tahun pakaikan.

hohohoho thank you , thank you sambil memeluk suami tapi masih menjaga batasan puasa ye. hahahaha. Lepas tu dia pun amik balik phone tu sebab nak setting kan macam-macam dalam tuh. biasalah . Pastu Rayyan pun datang buat-buat terkejut ..dia cakap hah iphone? mama? padahal abang dan kakak dia dah tau dah.

Thank you husband for the surprise <3

Tak payah lah tayang phone sama je mana-mana iphone 5 dan untuk pencerahan, ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, ini adalah untuk berkongsi rasa gembira saya je dan mengekspresi rasa penghargaan saya terhadap suami. Jadi bila dah ada iphone, maka rajinlah snap gambar makanan jeng jeng jeng

ayam-bakar

ayam bakar -sat lagi saya kasi resepinya

baked-pasta

Baked pasta-resepinya di sini, atau  di sini

sayur

 

dan resepi kangkung belacan di sini

 

Sekian

2 thoughts on ““Kurma” Termahal

Leave a Reply to Lyn Yusoff Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.