Baru 2 hari sekolah dah buka. Idea nak masak takde. susahnya kalau kehabisan idea nak masak. Nak masak apa ni? Nasi? nanti tak laku . bebudak ni tak nak makan. Kalau suap laju lah. Tapi takkan asala makan nasi je kena suap?? So, lepak-lepak pikir-pikir akhirnya, I buat makaroni bakar je lah. Senang. Rebus makaroni, buat sos daging, buat bechamel sos. Kali ni bechamel sos, I letak pinch of nutmeg. Rasa lagi lemak.

Ini lah rupa yang belum dibakar. I buat siap, siap simpan dulu kasi dia rest sebab budak-budak sampai rumah pukul 6.30 kan, so elok dorang sampai, I pop in the makaroni dalam oven. So nanti masak boleh makan panas-panas. Dorang kalau nampak makanan macam ni, sukalah. I love you mama. Makan pun banyak. Masak sebekas ni, cukup 3 beradik makan.Memang senang nak kasi dorang kenyang.Ingatkan boleh simpan sikit untuk esok…hahah yelah dorang dah membesar makan pun banyak. Alasan, makan banyak sebab nak tinggi.

Ini rupa yang dah masak dan dipotong. I buat with less cheese. Rayyan makan bertambah. Macam orang tua punya portion dia makan. Ashraff and Afriena tak yah cakap memang suka sangat makanan ada keju, berlemak macam ni. Yang kaler hijau tu parsley. I tabur before nak bakar.
You all nak resepi ke?
INGREDIENT
- 1/2 pack of makaroni
- 300g daging kisar
- 1 tin tomato kisar/diced
- 10 biji cherry tomato – potong 4
- 1/2 biji capsicum
- 1 biji besar bawang kuning – dadu
- 2 ulas bawang putih -dadu halus
- 1 sudu kecil rempah bolognese – oregano, daun parsli,bay leave
- 3 sudu mentega
- 2 sudu tepung gandum
- 2 gelas susu segar
- 100g mozarella cheese yang telah diparut
- 2 sudu minyak zaitun/jagung
- sedikit air
- garam dan lada hitam
METHOD
Sos Daging
- panaskan minyak
- tumiskan bawang putih sehingga layu
- masukkan bawang besar
- masak sehingga layu
- selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak
- tambahkan tomato kisar , rempah dan sedikit air
- rasakan dengan garam dan gula, letak tomato ceri dan capsicum
- bila masak tutupkan api
Sos Putih
- Cairkan mentega
- masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih
- selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil
- letak secubit garam dan serbuk buah pala
- bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju
Cara melapis:
- Lapis secara alternate pasta, meat sauce, sos putih, pasta, meat sauce, sos putih.
- Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
- Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
- Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan
Note: boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan












atty
13 June , 2012 at 10:03 am
sedapnya…bila nak rasa airtgn yatie :)
Posting from atty : Ww. Tak boleh minum coffee
Yatie
13 June , 2012 at 2:16 pm
Kena mai rumah le nampaknya kak atty
nadiah
13 June , 2012 at 2:58 pm
akak nak tanya….kalau nak bg baby nak masuk 2tahun coloring yg sesuai pakai pencil color or caryon..jenama apa ye yg sesuai dan tak effect pada kanak2 sebabnya anak saya tu masih masukkan barang dalam mulut….huhuhu
Yatie
13 June , 2012 at 4:02 pm
Try crayola…de jual online kat bbstore
Lyn Yusoff
14 June , 2012 at 10:55 am
okey kak..
sgt terliur..
mau buat weekend ni. slurppppppppp!!!
Posting from Lyn Yusoff : Sambal Bacang
Yatie
14 June , 2012 at 2:04 pm
Happy baking
sha
16 June , 2012 at 4:47 pm
tq dear for the recipee….
anyway it looks tasty :)
Posting from sha : First Page in Google Search
Yatie
18 June , 2012 at 8:06 am
boleh try masak