Monthly Archives: May 2013

Apam Pisang

Semalam kan… dah habis kerja dah nak buat, makanya masa untuk buat kuih. Kat rumah ni mesti ada something untuk dimakan bila bebudak baru balik sekolah. At least roti with any spread. Tapi kalau terkena mama dorang terlebih rajin..akan adalah benda special untuk makan. So , semalam dapatlah dorang makan apam pisang. Resepinya, I google tapi macam leceh nak timbang bagai, jadi I sukat ikut suka hati. Macam buat cekodok pisang tapi tambah telur je. I guna gula perang sbb bau dia sedap bila bergabung dengan pisang. I adun guna tangan je. Tak pakai mesin pun. Masa ni lah amik peluang untuk bersenam hahaha. Kasi naik muscle sikit. I letak nutella sebagai inti dalam sebiji apam saja nak try sedap ke tak, rupanya memang sedap

1

Resepi Apam Pisang (12 biji apam )

INGREDIENT

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk serbuk penaik
  • 3/4 cawan gula perang
  • 3 biji pisang berangan -dilecek
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen vanila

METHOD

  • Panaskan kukusan
  • Ayak gandum dengan garam dan serbuk penaik
  • Bancuh telur dan gula hingga sebati – kacau sampai campuran telur naik double
  • Bila adunan dah sebati, masuk gandum kacau perlahan-lahan
  • Sudukan adunan dan kukus untuk 10 minit

2

 

Rayyan je makan 4 biji tanpa rasa bersalah. Senang je buat apam. Pastu makan banyak pun tak muak. Walaupun dah sejuk apam ni tak keras dan masih sangat lembut. Yang penting masa bancuh, make sure pukul telur sampai double.

window shop

Lagi 2 bulan nak puasa. Sekejap je kan?? Ni tengah audit diri ni. Puasa dah habis ganti ke belum? hahaha ada lagi 2 hari. Bila nak ganti, hari tu demam, pastu gastrik, pastu kalau hari sebelum tu lapar sangat..I tak puasa next day. hehehhe. OKlah…kita citer pasal window shopping nak?

Sejak unifi belum lagi nak dibaiki, masih lagi dok pakai Umobile. Not bad la Umobile tapi takleh lah pakai untuk tengok TV. Kat rumah ni semua benda bergantung pada internet. Jadinye sekarang takde internet, maka takde astro, maka kena tengok TV1, TV2,TV3,NTV7, TV8 dan TV9. Kalau pukul 8 berita…semua berita haih bosan kawan. Kalau berita yang betul takpe, ni dok citer pasal negatif. Kena off sebab bebudak nanti tanya..mama apa maksud ” itu”..maksud “ini”, Budak peringkat nak belajar kan. Jadinya window shopping lah menjadi pilihan saya.

Online window shopping. Kalau browsing internet, Kheirul tanya buat apa tu? windoww shopping. Dia gelak je sbb macam kelakar kot browsing barang kat internet ada dia. Actually browsing internet like window shopping sungguh menenangkan. I tengok apa barang mau beli. Ni ha kena tambah lagi koleksi seluar panjang kat Ashraff, sebab senang nanti kalau outing then dia nak solat. Kalau berseluar pendek, nak bawak kain lah apa.. nanti mama dia kena bebel. Kalau dah browsing untuk Ashraff, lagi 2 orang pun kena gak buat. Tapi kalau dah browsing untuk 3 budak tu.. mama dia pun join sekali. heheh. Pastu papa dia cakap..nanti dah beli claim ye. hohoho itu sudah tentu. Seriously, sekarang lagi suka beli online dari US dari beli kat shopping mall. sebabnya??? rimas lah dengan bebudak yang berlari sana sini, pastu rimas dgn dorang baru sampai nak balik, nak makan, gaduh-gaduh and lastly, beli online jauh lebih murah.

oshkosh

 

Suka beli kat sini..murah

Kita dah dapat pegang Samsung S4…..

Ini adalah posting berbayar.

S4-1

Hari Sabtu lepas (28/4/13) kecoh satu kampung pasal hari pelancaran telefon Samsung S4 yang teeeeerrrrrrbaru sekali… Nak dijadikan cerita… saya dapatlah jemputan untuk hadir ke majlis pelancarannya kat Blecube, Sunway Piramid… Kelas gitu beb.. pepagi buta pukul 8 dah terpacak kat sana dah…

S4-2

Sampai jer kat sana.. lepak kejap.. bersua plak dengan blogger-blogger GaNezzZzzZzz alam maya… Siapa yg tak kenal KakInaKL, Viruspadu, Shakiddo, Hazman Fadzil, Eyriqazz dan ramai lagi pon ada kat event tu.. seronok dapat jumpa mereka semua.. maklum la.. saya nih jarang sangat turun even nih…

S4-3

Orang ramai mula tiba dan kepada yang dah buat prebooking nak beli tepon Samsung S4 tu.. diorang dah start beratur… punye la semangat brader kita yg pegang jalur gemilang tu.. dia orang pertama yang beratur beb….psssttt… dapat S4 free ker????

S4-3a

Hehehe.. korang kenal tak… Awal & Liyana Jasmay pon ada sekali…. rugi kat sapa yang tak datang tu…

S4-4

Suasana makin meriah dengan adanya badut-badut professional nih… memang seronok tengok gelagat mereka sambil menunggu ketibaan VIP untuk pelancaran produk telefon pintar terbaru dari Samsung S4 ni.

S4-5

Hah itu dia dah sampai…

S4-6

Ni jer yg sempat dirakam sebab punyelah ramai reporter dan blogger yg hadir untuk buat coverage event nih…

S4-7

Yeaahh… Samsung S4 memang terbaik…

S4-8

Time untuk gode-gode telefon pintar Samsung S4 nih.. opppsssss.. takbleh bagi tahu sekarang.. kena tunggu posting saya akan datang kalau nak tahu apa keistimewaan dan kehebatan telefon ini…

S4-9

Masa saya tengah dok main-main ngan tepon Samsung S4 nih.. ada plak Bloggers yang lagi pemeZzZzz muncul.. Oklah. Promot skit Abang Nara ni dan RedDaddy serta KY pon ada sekali.. Bukan senang korang dapat promot free kat Sawanila.com ni.. hehehehhe

S4-10

Habis jerk at Bluecube, Sunway Piramid… saya bergegas pula ke Lowyat Plaza… Sampai kat Lowyat pon sama.. suasana memang meriah dok tunggu pelancaran telefon pintar Samsung S4 ini..

S4-11

Suasana memang cukup meriah dengan banyak aturcara sampingan yang diatur oleh pihak penganjur..

S4-12

Meriah sungguh.. tapi saya puas kerana dapat merasakan sendiri pengalaman mencuba gode-gode telefon pintar Samsung S4 terbaru yang ditunggu-tunggu oleh penggemar gadjet nih…. Tapi korang kena tunggu untuk baca posting saya yang akan datang ye.. sebab banyak cerita lagi yg menarik pasal telefon S4 ini yang saya akan ceritakan yang tak ada pada telefon pintar yang lain…. tunggu kemunculannyaa….

S4-13