Monthly Archives: April 2013

First train ride

CIMG0731

 

Hari Sabtu kat Singapore… kiterang tak join pun rewang kat rumah my unce, sebab kiterang dah cop untuk shopping sikit. Sikit je, giler nak shopping banyak kat Singapore. tercekik nasi lemak kalau tengok duit kena convert. Kheirul lah nak cari baju kerja. Macam kat KL takde kan. Tapi biasalah kat KL baju kerja tak kena RM200 sehelai memang tak sah lah.  So lepas breakfast kat Geylang Serai (nanti I update), balik rumah mandi lagi sekali and tukar baju then kiterang drove to Tampines Mall. Ingat nak shop kat situ je tapi punyalah ramai umat.

CIMG0732

 

So, we decided to go to Ochard. Haih I lagi rimas pi orchard nak nak kalau drive ni. Jalan sure jam, banyak trafic light. So I guna otak geliga I untuk suruh anak-anak hasut papanya naik MRT ke Orchard.  hehehhe. Apalagi belum hasut papa dorang , dorang dah melompat. suka kooo… mana dapat naik train selalukan. sempoi je pi orchard. Tengok Ashraff… pakai selipar je.

 

CIMG0733

Tapi sebelum tu, tunggu Kheirul top-up autopass. Autopass ni gunanya untuk ERP, parking dan sebagainya.  Syok plak 7E kat sini, macam-macam ada. Hotdog tu tak tau halal ke tak.. kiterang tak beli. Taksempat nak beli roti inti oreo.

CIMG0735

Inilah rupa anak saya yang penuh kejakunan. dok tepi tingkap. Dah berapa station baru dapat seat.

CIMG0736

Bukan first time naik train pun dah berapa kali naik train kat Singapore and KL, tapi tetaplah jakun

CIMG0739Ha budak ni…first time naik. terus tido. syok aircond kot. Tapi masa balik dia tak tido, still dia tak menunjukkan kejakunan dia. rilex je. Sampai Orchard, dapatlah Kheirul 2 helai baju kerja dengan harga SALE. And Afriena telah pow papa dia sepasang kasut kat H&M. Sebenarnya cari selipar kat Rayyan, tapi Afriena yang bersungguh. Pastu masa nak membayar, sempat plak dia amik hair clip kat counter and suruh mama dia bayar. Ashraff nak beli spek mata hitam, pastu sbb dia cerewet dia tak beli katanya macam pempuan.

Sekian cerita naik train. lepas dari Ochard, singgah masjid sat, then pi makan McD sbb bebudak lapar. Pastu ke Punggol untuk grocery shopping. Serious murah Nutella. Size paling besar baru SGD6.40. Kalau kat sini paling murah 24.99. Kat NSK I nampak RM18 tapi tengok expired date lagi 3 bulan nak abis,????Nampaknya Malaysia kena kurangkan monopoli, kena ada persaingan bebas, barulah pengguna bebas membeli.

 

Sekitar kenduri kahwin Nana

Sampai ke hari ni… belum lagi ok internet Unifi by TM. Sangat tak puas hati. Bila call dia cakap…. kita hanya dapat memulakan kerja membaik pulih bila Building Management dah siap pasang kabel. Alkisahnya…. Yang jadi mangsa pengguna. TM patutnya ambil berat kisah pekerja yang kena buang kerja datang ke premis berlagak seperti pekerja TM siap dengan ID card dan seragam TM yang kononnya nak check kabel tapi rupanya nak jahanamlan kabel. Yang tak puas hati TM tak mo bayar bukan bidang kuasa dia. So orang TM apa cerita??

Jadi untuk melenyapkan rasa gundah gulana takde inernet makanya.. suami saya beli U-mobile. Boleh lah pakai untuk FB n update blog. ok lah laju gak walaupun bantai untuk TV, ipads and computer. ANW, let me share gambar kahwin cousin saya. Gambar amik pakai camera casio lama…je.



CIMG0769

Ini bapa saudara saya yang hensem. merangkap bapa pengantin. And dah rupa macam pengantin.Kalau jumpa dia, salam mesti gosok kepala I and he makes me feel like a small girl. Sambil gosok kepala selit pesanan. heheheh

CIMG0768

 

Guestbook..amik gambar then sign

 

CIMG0770

 

Buffet aree. sedap makanan dia. esp sambal goreng. Nampak tak kakak sepupu baju hijau tu? dia tengah layan my kids dgn candy. Cuba kalau ngan mama dia?? confirm tak dapat.



CIMG0773

Senyum la Afriena dapat candy

CIMG0774

All sort of kuih. I tak makan sangat sbb first day period and rasa sangat dizzy

CIMG0782

Si hensem ni..tak nak keluar stroller and n tengah nangis nak kamera

CIMG0781

Patut amik gambar berdua, tapi sikecik ada jugak. pic taken by Ashraff

CIMG0778

Me and Afriena – by Ashraff


CIMG0776

Sedap lauk-lauknya… masa untuk makan. Air minum ada kaler hijau, biru dan oren. suka bebudak

CIMG0783

family pic -by Afriena

CIMG0786

 

Pastu Ashraff dok snap gambar

CIMG0792

Inilah pengantin nya. lawakan…bagai pinang dibelah dua

CIMG0794

Kheirul cakap silat ular…hahaha



CIMG0800

Ni family pengantin laki.sangat islamik cara dorang, ada selawat semua, diiringi paluan kompang. Pastu all cousins jadi penghadang. :)


CIMG0797

Lagi gambar pengantin


CIMG0809

Memang kalau berjumpa memang macam ni.


 

 

Jom Tomyam Trip Hatyai & Krabi 31 May – 05 Jun 2013

Assalamualaikum,

Kami sekeluarga bercadang bercuti ke Haytai & Krabi dan ingin share kepada semua kalau ada sesiapa yang nak join trip saya kali nih…

Seperti biasa, trip kali ni kami plan semasa minggu ke-2 cuti sekolah mulai pada hari Jumaat 31 May hingga Rabu 5 Jun 2013 (6 Hari). Tengok 5 hari tu nampak gerun untuk ambil cuti kan.. tapi untuk makluman semua… cuti yang perlu ambil hanya 3 hari aja… Isnin, Selasa dan Rabu….

Ada yang tanya saya.. kenapa buat pada minggu ke-2 cuti sekolah dan tidak pada minggu pertama… sebenarnya minggu pertama cuti sekolah dicampur pula dengan cuti Hari Wesak pada Jumaat 24/5 tu.. berkemungkinan jalanraya akan sesak dengan orang balik kampung dan bercuti.. so saya taknak ambil risiko jalan jem dan kesesakkan maka eloklah plan pada minggu ke-2.

Trip Details:

Tarikh: Jumaat31/05/13 – Rabu 05/06/13 (6 Hari)

Requirements:
i. Sihat tubuh badan dan kenderaan berkeadaan baik
ii. Salinan photocopy Geran Kenderaan
iii. Insurans Thailand (akan dibeli di Changlun)
iv. Passport Malaysia
v. RM & Thai Baht yg mencukupi

Plan Schedule:

Jumaat – 31/05/13
– 10:30pm – Berkumpul @ Sg Buloh R&R
– 11:00pm – Tayar bergolek ke Changlun.
* 2 stops sepanjang ke Changlun (akan ditetapkan kemudian)

Sabtu – 01/06/13
– 6:00am – dianggarkan sampai di Masjid Changlun utk Subuh
– 7:00am – Beli insurans Thai & white card @NZ Enterprise (RM25)
*boleh tukar RM ke Baht kat sini.
– 7:30am – Refueling dan terus ke Border BKT/Danok (ni kena awal untuk elak kesesakkan kat Thai immigration / kastam)
– 9:00am – expected clearence ngan Thai Customs
– 9:30am – Breakfast @ Danok
– 11:30am – terus ke Hatyai (hotel)
– 12:30am – Check-in & rest
– 1:30pm – Lunch
– 2:30pm – Drive/tut-tut ke Floating Market
– 3:00pm – Free & Easy @Floating Market
– 5:00pm – Free & Easy @Hatyai Town
*Solat jama’ kat masjid terdekat
– 7:00pm – Dinner & go back to Hotel
*rehat secukupnye beb sbb esok drive lagi ke Krabi

Ahad – 02/06/13
– 7:00am – Breakfast
– 9:30am – Drive ke Krabi (325km)
*expected 3 to 5 hours of journey, depends on # of stops
*Route – Hatyai – Trang – Krabi
*Stops – R&R sebelum masuk Thanon Phet Kassim (TPK) highway
*Stops – R&R TPK Na Yong, Trang (Lunch)
*Stops – gerai buah, ayam goleks, etc… mid road to Krabi
– 3:30pm – expected arrive @Krabi
*Check-in – Free N Easy
*Discuss about Island Hopping Activities, Booking Boat bla bla bla

Isnin – 03/06/13
– 7:00am – Breakfast
– 8:00am – Island Hopping………
– ???pm – Return Free & Easy

Selasa – 04/06/13
– 7:00am – Breakfast
– 8:00am – Free n Easy
– 10:00am – Rolling Home (Hatyai/Penang)

*BIG NOTE… night stop hotel @Hatyai or @Penang. Will Decide Later!!!! Hatyai if you want

to repeat shopping / Penang if you want to have a goood nasi kandar)

Rabu – 05/06/13
– 7:00am – Breakfast
– 10:00am – Journey home!!!!!!!!!

BUDGET:

1. Hotel @Hatyai = Rm100-Rm150
2. Hotel @Krabi = (RM150-RM200)x2 (proposed Nadivana Apartment)
*for hotel booking will decide later.. normally I book via Agoda.
3. Island Hopping = RM80/pax (lebih kurang, nego kaw kaw ngan tokey boat)
4. Petrol = RM300-rm400 lebih ada.. kurang takde…. +petrol kat siam mahal oooo
5. Toll = RM100 KL-BKT-KL…

OK Guys… That’s my plan.. Cadangan dialu-alukan… buat masa sekarang nih saya sekeluarga memang confirm pergi….. kalau sapa-sapa nak join dan nak rasa drive kat Siam.. jomm laa ikut sekali….

Note: LATEST BY 10 MAY 2013 to Confirm….