Dah lama tak datang sini. 2 tahun mungkin? NI bukan plan ni..ni kira mengejut lah jugak. Memula keluar rumah nak ke pasar malam, tapi tukar destinasi, ke Jeram makan seafood. Mula-mula macam berat hati lah nak ke situ, sbb masing-masing tak sihat. Ngan Ashraff yang tak habis lagi ngan muntah n berak dia, Afriena yang still sakit perut… ni muingkin dari masa camping kot and me yang period pain. Abuden, Papanya nak makan seafood sesangat… ok lah ikut je lah..Makan seafood sapa tak nak kan….
Pergi tempat biasa kat Jeram… bukan Aroma Seafood tapi Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Aroma Seafood, pernah makan kat situ but we prefer Medan Ikan Bakar Jeram. Sebab selalunya makan dia cepat sampai. Masa kat Aroma lambat, tak sesuai untuk kami yang ada anak yang jenis, kalau boleh dia letak buntut je.. mana makan ni, lambat nya tak samapi lagi…balik lah… hahahah Rayyan lah tu. Kiterang order tak banyak mana pun. Sekor ikan kerapa kecik , kerang sikit, ketam dua ekor,sotong 2 ekor dan sayur.
Dah lama tak datang sini, rupanya lain dah service dia. lambat sikit. Kena pergi follow up. Bila follow up, muka masam je… Kalau ikut hati yang tengah period pain ni memang orang tu akan nampak muka I yang #don’tmesswithme tapi I sabar. 20 minit selepas follow up akhirnya sampai jugak makanan dia tu pun sampai ikan, telur dan sayur.. diikuti kerang yang dah sejuk. Kan … kan … Sepatutnya kerang tu sampai dulu buat appetizer, sambil-sambil tunggu makanan lain, kalau kerang sampai dulu takdelah mata juling tgk dapur. Ok since makan dah sampai… kena suap Rayyan makan dulu. Rayyan semulut, mama semulut. Dia tak nak suap sendiri..malas tuh dia ni, dah lah tahun depan sekolah full day. Rasakan.
Ikan masak sweet sour. Rasa dia boleh tahan. Yang penting ikan dia fresh. Rayyan sukalah
Sayur dia so so je… Tak berapa sedap lah for me. Normally makan kat kedai siam Singgah D’ Klasik lagi sedap rasa dia.
Telur dia macam biasa je… nothing special tapi kena order telur sbb bebudak suka makan
Sotong goreng tepung. Memang sedap. perfect! Puas hati lah kalau makan. Berebut-rebut..Cicah plak dengan sos dia yang manis-manis
Kerang dia sedap. sedang elok je masak. Cuma yang suka, bila sampai ke meja dah sejuk. Tapi boleh lah. Cicah ngan sambal kicap dia.
Finally hero came last…Kalau orang kelate dia cakap ” Hero tok gadoh” maksudnya hero tak terburu-buru … Ketam ni kuah dia boleh tahan tapi isi ketam tu yang sedap. Manis segar. Ambik 2 ekor yang besar. Ingatkan bebudak tak suka sekali sekecik ni setengah ekor dia sorang. Mula-mula dia kata nak rasa… bila dah rasa dia cakap sedapnya… nak lagi mama… ni tak nak dah sambil tunjuk ikan… haih budak ni. Afriena pun makan ketam gak…Tapi tak sebanyak Rayyan lah. Ashraff je senyap je makan. Dia tak sihat lagi kan… Ketam ni kiterang suruh masak Black Pepper. Not bad but I prefer yang masak cili. Kalau yang masak black pepper I suka my own version. Tapi apa-apa pun pinggan ketam tu licin. Alhamdulillah
Lepas makan, tunggu dorang solat dan terus pi klinik lagi sekali. Dah 2 kali ke klinik dah Ashraff ni. Kalau tak ok jugak kena masuk wad doktor kata. Oh ya jumlah makan hari tu adalah Rm129. Dah naik harga makan tu. Harga dia adalah termasuk GST.
Sekian