Monthly Archives: February 2013

Dera lambung-lambung budak

Ni kes dera yang paling popular kot tahun 2013.  I tengok video tu sikit je pastu dah tak sanggup rasa macam nak je amik bibik tu… lambung-lambungkan dia macam citer The Avengers masa The Hulk lambung-lambungkan Loki. Sakit hati nye. Mental ke apa maid tu? Banyak komen-komen kat facebook ada yang positif ada yang negatif. Biasala manusia suka sangat judge orang tanpa usul periksa. Yang maid ni satu hal… bawak masuk Malaysia ni dah cek ke kepala otak dia? Memang .. I pernah dengar banyak citer, pasal maid maid yang bawak masuk sini , kesihatan mental tak berapa. hish takutnya.

Dulu pun I ada maid , 4 tahun je guna pastu dah lah pening kepala. Tahun ketiga dah macam-macam hal. Walaupun dia ok dgn bebudak tapi hal-hal lain memang mengundang rasa nak marah. Geram tau. sikit nak cuti, bergayut kat telefon jangan citerlah kalah operator, sampaikan kena sound..

kamu kalau nak pakai phone, pakai lepas pukul 10 , sekarang time kerja. Saya kat ofis pun tak macam ni tau!

Dulu masa baru-baru dapat maid.. seminggu jugaklah kiterang hantar dia ke rumah SIL so that my SIL nye maid boleh ajar dia, monitor dia jaga Ashraff. My SIL nye  maid sayang giler dgn Ashraff jadi anything dia akan tegur. Lepas seminggu, my MIL plak datang monitor. seminggu jugaklah dia monitor maid. Haaa gitu la gayanye masa baru dapat maid. Takde lepas satu hari  terus percaya. Pakai CCTV memang bagus tapi masa kejadian tu, kita bukannye boleh ghaib tetiba terus sampai rumah. Lepas abis kontrak, dah takde dah malas dah amik maid.. biarlah rumah sepah tapi kepala tak pening, hati tak sakit.. Lepas tu bab aurat satu halkan. Yang maid ni tak paham bahasa, jangan pakai short pakai gak short sampaikan bila balik kampung pun still nak pakai short. Jadinya baiklah hantar bebudak ke daycare. Bila pregnantkan Rayyan terus decide jadi full-time housewife. Ada gak komen dari FB cakap kenapa perempuan nak kerja, bukan ke tanggungjawab dorang jaga anak kat rumah? Senang je komen macam tu. Negara kita ni semua benda mahal. Kalau laki je sorang kerja gaji 4 ribu sebulan, mana cukup. Cuba kira kalau anak 3,4 ke 5.. gaji 4 ribu cukup? Kalau anak sekolah lagi banyak belanja. Kalau yang dok daycare pastu transit, pastu tambang bas, mau sorang belanja 6-7 ratus sebulan. Tu yang ramai, pilih untuk ada maid. pembantu  rumah. Bayar RM700 jaga anak-anak kat rumah while laki bini kerja.

Penyelesaian?

Entahlah… dah banyak tahun dengar kononnya nak buat daycare kat tempat kerja, tapi tak jugak ada  ke ada. Dulu masa kerja takde pun. Sepatutnya, kalau company takleh provide, buat lah satu rules, setiap business centre, mesti ada satu daycare. Harga janganlah mencekik darah. I rasa kalau ada orang bukak daycare kat Business Centre contohnya kat Mid Valley kan, mesti ramai yang setuju. Senang… lunch time boleh jengok anak, yang tengah breastfeed pun senang.Bila anak dok dekat dengan kita hati ni rasa tenang je kan.

Pastu maid-maid yang masuk sini… janganlah maid grade E. Mental tak berapa sihat. Kesian bebudak yang kena dera.

 

Oklah sekian bebelan saya pasal maid…I prefer maidless buat masa ni :)

 

 

 

 

Pesta Bunga Api

Assalamualaikum…..

Ngantuk pagi ni, balik hantar budak pi sekolah, kemas rumah jap, terus sambung tido dengan Rayyan. ni kes semalam la ni, jiran sekeliling main bunga api. dari mercun biasa sampaila mercun besar tu.Pukul1 pagi ke pukul 2 pagi still ada bunyi lagi. Semalam dorang start main lepas maghrib tapi light je la, tapi bila pukul 10 keatas rancak dah. bising sana-sini. Bebudak yang nak sekolah esok sure takleh tido bila boleh nampak je bunga pai depan tingkap. Seronok tu seronok la. Lepas habis first show I paksa gak dorang tido. Yang susah nak tido nye Rayyan la. Dah elok lelap, kebakebom… dia boleh plak bingkas bangun pi tepi tingkap sambil jerit

mama…yook ewek (read : look firewook) dia tunggu sampai habis  pastu cakap ewek habishhh

Haih macam tu la setiap kali bunyi bunga api. Pukul 1 gak dia tido. tu pun siap dia selubung satu badan dengan selimut and tido peluk-peluk. Pastu semua orang tido syokk..sekali I bangun tengok kenapa ada bunyi kereta turun parking.. pi tengok jam

herkkkk ya allah ..papa kita dah lambat. Kite orang terbangun 6.30, iaitu terlambat 1 jam. terus la Charlie Chaplin. kerahan tugas. Ashraff mandi macam pap dia lama pepagi, Afriena mandi kejap je, Kheirul gosok baju, I siapkan air botol dan bekal, bekal tu untuk tea time. Sempat gak rupanya bangun 6.30, 6.45 baru solat and pukul 7 baru turun. Breakfast dalam kereta, tu kira nasib baik buku bebudak, dorang dah susun semalam and lagi nasib baik, sekolah cina dekat rumah tak sekolah lagi..so jalan tak jam. cuma nak harung traffic light byk je la.

Alhamdulillah…lagi 5 minit nak masuk, kiterang sampai. rupanya ada lagi yang lambat. hehehe lego. Rayyan pun still tido lagi as at 11.15. :)

siap share kat FB, semata-mata nak tunjuk kat cousins yg kat singapore. Sana strict kan..pop pop pun tak boleh. Yg ni dah separuh baru teringat nak record. pastu dah berapa byk bunga api cam tu kuar malas dah nak record. Imagine punya bising n jiran I sebelah rumah ada newborn? sian kan?

 

 

Mama.. I’m so pretty

120220131288

Sejak potong rambut ni, asyik dok depan cermin je. Dok perasanla.. mama so pretty sambil dok main rambut depan cermin. Balik sekolah ngadap cermin, mama my friends said, my hair sangat cantik. ye I knew….

Masa nak potong hari tu, tak nak pendek. Bila dah potong doklah perasan cantik heheh. Memang macam tu kot budak pempuan. Rambut pendek senang sikit nak siap pepagi sebab dia pakai tudung pi sekolah.