Monthly Archives: October 2012

Happy 7th Birthday Afriena

Hari ni birthday Afrena plak.Dah 7 tahun dah siputeri yang manja mengada. sikit- sikit nangis. sikit sikit nangis. Sampai Ustazah Qiraati pun komplen. Ustazah marah orang lain dia yang tolong nangiskan. Haih pening kepala saya puan. Ustazah…. ustazah buat tak tahu jer. Dia memang manja. Mungkin sebab lama jadi anak bongsu kot.

Afriena ni, kalau datang dia malas macam macam alasanla dia bagi. Last Friday ada exam math. Dia suka math cuma dia cepat boring. Tanya dia how’s your math exam.

Sambil buat suara dah nak nangis…

” mama…. I don’t like exam, So many question to answer. My hand so sleepy.

Adehhh… pemalas kan

ni Afriena masa baru lahir. 7 years ago. Paling senang nak beranak sampai kena tahan-tahan dulu sbb kena doktor sampai. Doktor tak sempat pakai apron dia pun keluar.Patut keluar lagi 2 minggu tup tup 10 Ramadhan dia pun keluar. Pastu bermulalah kehidupan yang sangat tough.

Ni plak Afriena masa umur 2 bulan lebih. kena masuk hospital, sebab lung infection. Kecik-kecik dah kena Xray sebab paru-paru dia bengkak. Duduklah berhari kat situ, dengan berwayar bagai.Lepas tu umur 3 tahun lebih masuk hospital lagi sebab Athsma plak.

ANW, Happy birthday Afriena. Sempena birthday Afriena, nanti dia akan tidur bilik sendiri sorang sorang. No more room sharing with Ashraff sebab Rayyan akan join Ashraff.No more manja mengada.

Happy 8th Birthday Ashraff

Alhamdulillah hari ni genaplah Ashraff 8 tahun. Pukul 12.34 karang la. Teringat lagi, 8 tahun dulu masa nak beranakkan dia. Dah lah overdue pastu takde rasa nak sakit adehh. PAgi nak pi spital tu relax je maklum lah spital ngan rumah dekat. Masa tu dok Seputih. Dekat giler. Pi Midvalley boleh jalan kaki, pi KL Sentral lepak je jalan kaki. Best betul dok situ.Masa nak admit hospital boleh melenggang kangkung lagi cakap saya nak bersalin ni. Staf kat situ plak kelam kabut, amik wheelchair.

Ashraff masa  umur 6 bulan

Paling susah nak berank Ashraff lah…sebab masuk labour pukul 8 kena induce, sakit kul 9 sikit-sikit, kul 10 sakit banyak kul 12 .34 baru keluar. Lama gak tu. Anak first. Patut bersyukur sebab ada orang sampai 2 hari 2 malam sakit nak beranak. My sis la tu.Masing-masing ad bahagian masing masing. Keluar dari labour semua nurse dok puji dia, hensem la, lesung pipit la. MEmang pun hensem, mana pergi semua orang nak pegang dia sampai I rasa takut plak sebab strangers nak pegang anak kita kan. Ashraff kecik dulu pernah menang kontest baby dapat nombor dua. Masa tu tengah pregnant Afriena. Banyak gak hadiah masa tu.

Sekarang dah besar macam pemalu plak. He only rapat dengan uncle, auntie and cousins dia. Kawan pun memilih. Tadi pagi tak wish pun birthday dia…mama lupa, takpe kang masa lunch kita wish. Dia dari berapa bulan lepas dok kira bila birthday dia. Tadi cakap ngan Kheirul…ohh malam ni kita kena keluar kan.. dia pun nyam  yess we need to buy my bithday cake for tomorrow. Kita combine party kat Qiraati esok je.

ANW, Happy birthday Ashraff Segoa berjaya dunia akhirat.. Jangan malas belajar, Jangan banyak main , jadi abang yang baik and sila ringan buntut sikit bila orang cakap  Ashraff sembahyang!!!!!!!