Gaji minimum swasta RM900

Semalam kan, PM mengumumkan hadiah istimewa kepada lebih tiga juta pekerja swasta sempena sambutan Hari Pekerja hari ini dengan menetapkan kadar gaji minimum masing-masing RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan. You all tengok tak?

Pada pendapat saya la kan, surirumah yang tak bertauliah, diploma pun kena extend kan, RM900 adalah tak cukup.  Seingat saya, masa  first job dulu tahun 2000 kerja sebagai Admin Executive, my starting salary was RM900. Cer kira cer kira, tolak KWSP tinggal RM700 lebih kot. Pastu cer kira duit tambang bas, dulu tambang bas ada gak 70 posen, sekarang cer kira berapa. Duit makan, cer kira, dulu boleh la makan lunch dengan RM3.50 termasuk air sekarang tidak lagi yoo.. Pastu duit gaji tu kan takkan la hanya nak menampung perbelanjaan harian je kan, mesti nak menabung, hantar kat mak bapak. Kalu dok ngan mak bapak lega sikit mungkin, tapi yang kalau tak tu kan… nak makan malam lagi. Cuba kira berapa. Pastu kalau yang dah beranak pinak? Pergi beli barang dapur kat Tesco pun satu trolley paling cikai pun dah RM300. Tak cukup derr…

Apa yang sya tulis ni cuma dari pengalaman saya 12 tahun dulu, tapi I cuma kerja tak lebih dari 7 bulan je, first job cuma untuk menimba ilmu,lepas second job terus gaji double and so on . Tapi masa first job, gaji sebanyak tu pada 12 tahun yang lepas memang tak cukup.

SEKIAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.