Voyage De Krabi – The Synopsis Part #2

Sambungan dari  Voyage De Krabi – The Synopsis Part #1

Kembali semula, ini adalah sambungan dari posting kami yang pertama. Kalau belum baca sila baca dulu. Kalau tak susah nak paham sambungan ceritanya.

Isnin – 12 Mar 2012 8:00am – Berkumpul untuk Island Hopping

Selepas sarapan, kami semua berkumpul dihadapan lobby hotel sementara menunggu kenderaan untuk ke pengkalan bot untuk ke island hopping.

Tak sah kalau tak ambil gambar bersama-sama untuk kenangan. 14 adults and 21 kids, tapi ada gaks yang tak termasuk dalam gambar ni sebab dok belakang kamera.

Isnin – 12 Mar 2012 9:00am – Island Hopping (Click Sini)

Aktiviti yang wajib sekiranya melawat Krabi adalah Island Hopping. Lebih kurang jam 9 pagi, kami semua menaiki tut tut dan sebuah van besar menuju ke pengkalan bot.

Sehari suntuk kami ke pulau-pulau sekitar Krabi dan jangan lupa untuk membaca Posting Island Hopping Krabi kami ya. Banyak gambar-gambar menarik yang sudah pastinya memukau pandangan semua orang.

Isnin – 12 Mar 2012 5:00pm – Halal Food Krabi (Click Sini)

Setelah sehari suntuk penat pergi Island Hopping, perut terasa lapar la plak so start keter pi cari makanan. Yang paling best adalah banyak gerai-gerai street food halal ada disekitar pantai Aonang tu. Yang penting adalah SEDAP dan MURAH.

Selasa – 13 Mar 2012 9:00am – Masa untuk pulang

Hari Selasa, 13 Mar. Hari untuk pulang. Saya sekeluarga dan Che Din sekeluarga bertolak awal pada jam 9 pagi sebab saya akan menuju ke Penang sementara Che Din sekeluarga akan terus ke Kuala Lumpur oleh sebab urusan penting. So, 2 buah kenderaan sahaja akan balik awal sementara keluarga-keluarga yang lain akan ke Hatyai dahulu dan bermalam disana. Mereka bertolak sekitar 12 tgh kot.

Perjalanan dari Krabi ke sempadan Bukit Kayu Hitam sejauh 350km dan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Petrol kereta saya menunjukkan bacaan dibawah separuh tangki dan agak bahaya jika tidak diisi. Mendidih dada bila tengok harga petrol Ron-95 di Siam adalah RM4 seliter. Nak tak nak kena isi gaks la B500 (RM50).. tu pon dapat dalam 12 liter aja… Saya dan Che Din dah setuju.. kalau tak cukop petrol isi lagi janji sampai border kat Changlun kita baru belasah full tank.

Lebih kurang 3 jam driving dalam tengahari gitu, tibalah kami ke RNR  Na Yong (GPS N07 33.627 E099 42.921) yang sudah menjadi perhentian wajib untuk perjalanan dari Krabi ke Hatyai. Sampai disana, seorang driver van Siam teruja dengan kereta kami sebab jarang sekali  nampak kereta Plat W drive ke sana untuk sejauh itu. So borak-borak la dengan driver van tu yang fasih cakap Melayu dan saya plak teruja dengan van Toyota Komuter dia yang berharga lebih kurang RM150k yang cukop besar dan boleh bawa 15 orang dengan selesa. Mengikut kata dia, sewa van sebesar itu adalah RM500 sehari dengan driver sekali.. so sesiapa yang nak sewa van Siam, saya ada contact dia.

Saya kagum dengan masyarakat Thai yang cukup mementingkan kebersihan dan hampir semua tempat perhentian yang saya lawati di Siam kesemuanya adalah bersih-bersih belaka terutama pada tandas awamnya. Apa yang boleh saya katakan disini, tandas awam di Siam adalah SUPER BERSIH dan jauh sekali jika dibandingkan di tandas RNR Plus di Malaysia. Sikap warga Thai yang akan memastikan tandas bersih selepas digunakan adalah sangat dipuji.

Sesudah selesai lunch, kami menyambung perjalanan kami ke Hatyai. Perjalanan agak cepat kerana hanya dua buah kenderaan sahaja dan tak tahu kenapa perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam kami dapat buat dalam masa kurang 2 jam.. HEHEHHEHE… <- mana taknya,… bawak 120kmh, bas siam boleh horn lagi….

Setibanya di Hatyai, kami untuk beli kacang-kacang, biji gajus dan buah untuk bawa pulang ke Malaysia then refueling sekadar untuk lepas ke Danok dan Bukit Kayu Hitam. Dari bandar Hatyai ke sempadan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Alhamdulillah, tiada masalah untuk pulang ke Malaysia dan masa di sempadan itulah kami mengucapkan selamat jalan ke Che Din kerana beliau sekeluarga perlu pulang segera ke Kuala Lumpur dan saya akan terus ke Pulau Pinang untuk bermalam disana. So, sekarang sudah menjadi solo journey plak. Kami singgah di Petronas Changlun untuk refueling dan solat jamak sekejap. ALHAMDULILLAH LEGA!!!… harga petrol sudah menjadi normal… baru sedap refuel sampai full tank. Hari dah menunjukkan hampir jam 5 petang dan kami teruskan perjalanan menuju ke Penang.

Selasa – 13 Mar 2012 7:00pm – Tiba di Penang

Hari sudah semakin gelap, Alhamdilillah lega bila melintasi jambatan Pulau Pinang. Anak anak teruja dan siap cakap lintas laut sebab nampak kapal-kapal kat sebelah menyebelah jambatan. Di Penang, kami tak booking hotel mana-mana just main terus call aja dan kebanyakkan hotel kat Penang dah fully booked sebab cuti sekolah. Alhamdulillah, hanya berpandukan GPS, search  hotel-hotel yang ada disekitar Penang, kami dapat secure di Hotel NewHope dekat Tanjung Bunga.

Kami cukop puas hati dengan NewHope hotel ini sebab biliknya yang agak luas serta toilet yang bersih dan masih baru serta ada Wifi free. Harganya cukop puas hati untuk RM125 semalam. Hotel ni takde la berbintang-bintang.. janji boleh tidur semalam sebelum sambung journey esok. So kalu ada yang berminat ni detailsnya ya.

Newhope Inn Hotel Tanjung Bunga – Penang
550g Jalan Tanjung Bungah, 11200
Tanjung Bungah, PNG
+60-4-890-0558
GPS N5 27.943 E100 16.883

Selasa – 13 Mar 2012 8:00pm – Cari Makan Di Penang

Perut dah lapar. Lepas check-in hotel aja terus pi cari makan. Orang cakap kalau pi Penang tak sah kalau tak makan NASI KANDAR dia. Hari tu perut dah sangat lapar dan dah tak kira apa dah.. janji jumpa restoran nasi kandar yang terdekat aja pon jadi. Tapi sebelum tu kena sattle bebudak dulu. Bebudak nak suruh diorang diam senang aja… bagi makan Mc-D sattle masalah.

Si Asfraff tu punye lah kemaruk nak makan Mc-D sebab kat siam takbleh makan. Dia siap order Tripple Cheese Burger tu manakala Afriena Double Cheese burger… Just nice Mc-D drive-in kat Petronas Tg Bunga tu berhadapan dengan Restoran Nasi Kandar Khaleel… ok la tu…

Sorry la, gambar tu nampak berterabur skit.. Sungguh sedap sekali nasi kandar kat Restoran Khaleel nih.. saya order ayam goreng, kari ikan keli, sayur kobes dan kari perut kambing manakala Yatie order Ayam Madu, sayur kobes dan telur ikan kari best best best… So kitaorang tak sempat nak pi Nasi Kandar Beratur or Nasi Kandar Line Clear.. just Nasi Kandar Khaleel ni pon jadilah… kitaorang bungkus dan makan kat hotel jer….

Rabu – 14 Mar 2012 11:00am – Rehat kat Teluk Bahang

Dalam jam 8 pagi kami sarapan dan dalam jam 11 pagi check-out kami pergi rehat jap kat Teluk Bahang sambil pekena Laksa Penang dan ABC kat situ. Memang best sekali. Tapi lepas makan tepi pantai tu kan, ada plak sorang budak kecik nih yang tak puas mandi laut lagi dan pergi berendam tgh hari panas-panas tu…..

Selesai makan Laksa Penang, kami berangkat untuk ke destinasi seterusnya. Kali ni nak try naik ferry plak. Sebab dah berpuluh tahun kot kami tak pernah naik ferry. Agak sesak skit masa tiba di pengkalan feri tu tapi nak naik punye pasal redah la juga. Best bila baca sign yang cakap tambang percuma tu… so takyah bayar untuk ke Butterworth.

Untuk pertama kali saya respect Garmin ni.. sebab dia dah pandai skit, naik feri pon ok.. kalau tak… asyik dok “Recalculating…” aja… Bebudak bila naik ferry sakan abis… Siap taknak balik lagi tu.. suruh pusing satu round lagi.. mana boleh..

Cuma satu budak tu jer yang missed the fun kat dalam ferry tu sebab tido nyenyak sangat. Masa dok dalam ferry tu… set dalam GPS untuk next destination.. Mak Jah Mee Udang <- Click Untuk Baca Posting tu nanti ya…

Rabu – 14 Mar 2012 4:30pm – Mee Udang Kuala Sepetang (Click Sini)

Kami tiba di Kuala Sepetang selepas 2 jam driving dan jam menunjukkan 4:30 petang memang sesuai sangat untuk minum dan makan petang. Saya diberi arahan oleh Yatie jangan cerita banyak kat sini dan kalau nak tahu lebih lanjut pasal Mee Udang Kuala Sepetang nih boleh click sini ya..

Rabu – 14 Mar 2012 8:00pm – Yik Mun Pau Tanjung Malim (Click Sini)

Next destination Yik Mun Pau. 161km dari Kuala Sepetang.. hehehhehehe budget untuk berhenti makan malam disana. Tapat jam 8 malam kami tiba di Tg Malim dan terus ke Restoran Yik Mun Pau yang terkenal tu.

Kami order Pau Kari Daging, Pau Kari Ayam, Pau Kacang dan Pau Kaya. Jangan risau sebab Restoran Yik Mun nih memang sah Halal. Takut la nanti ada orang tanya halal ke tak kan… Kebanyakkan pekerjanya kat sini juga beragama Islam.

Tapi kan… kalau singgah disini.. JANGAN LUPA ORDER LAMB CHOP dia… this is a really DIE DIE MUST TRY punye…. OPPSS!!! kalau nak tahu apa lagi yang kita orang makan kat Pau Yik Mun nih CLICK SINI ya….

Rabu – 14 Mar 2012 10:30pm – Tiba Di Rumah

Alhamdulillah…. kami selamat kembali dirumah dalam jam 10:30 malam dan sekali lagi syukur kerana telah selamat sampai dari perjalanan yang jauh dan percutian yang tidak dirancang.. Cuma kami ikut gerak hati aja nak pergi kemana dan kami terus tuju. Kami tidak dapat huraikan dengan perkataan tentang percutian kami kali ini dengan perkataan dan apa yang kami boleh ungkapkan adalah KORANG MESTI CUBA baru korang tahu sendiri betapa seronoknya percutian macam ni.

Dengan bermodalkan lebih kurang RM2500, kami dapat pergi ke beberapat tempat yang menarik. Ada orang tanya saya… selamat ke pergi ke Selatan Thai… saya cakap… ENTAHLAH…Setiap kali saya pergi melancong dan memandu di Selatan Thai.. saya rasa cukup aman sekali tanpa sebarang rasa gusar.

Kami juga cukup berpuas hati dengan kenderaan kami, Naza Citra, masih mantap untuk perjalanan jauh walaupon sedikit mencekik petrol jika dibandingkan dengan Toyota Wish. Tapi apa apa pon, syukur kerana selamat pergi dan selamat kembali. Kalau ada orang nak sponser kenderaan lepas nih dialu-alukanlah…. tapi kena MPV laa.. hehehehehhe

Kepada rakan-rakan yang bersama-sama kami semasa percutian ni tak kira di Hatyai or Krabi, korang memang BEST… lain kali kita repeat balik ke destinasi lain plak. Phuket or Koh Samui plak hendak nya ya… so boleh start kumpul duit dah sekarang nih….

Kepada yang nak buat konvoi ke Selatan Thai, kami sedia untuk membantu dari segi infomasi dan kaedah perjalanan. Jangan segan untuk tanya ya kalau ada apa-apa kemusyukilan sila ajukan.

Lastly, jangan lupa untuk baca posting yang lebih detail lepas nih ya dan jangan muntah plak seminggu dua nih posting kat Sawanila.com nih berkisar dengan cerita percutian Krabi kami ini ya………

Sekian….

 

 Gambar percutian Krabi boleh dilihat disini!!!

 

5 thoughts on “Voyage De Krabi – The Synopsis Part #2

    1. Kheirul Mohamed

      w’salam…..

      Ni no van.. tapi ni no tepon siam ye… 086-2928656 (Abang Ya)
      kalu tak dapat.. jangan risau.. pi jer mana mana tempat kat Bukit Kayu Hitam tu… ada jer tokan teksi siam tepi jalan…. nego sendiri

      Reply
  1. Kita Holidays Travel & Tour Indonesia

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.