Monthly Archives: March 2012

Floating Market Hatyai

Panjangkan sinopsis ? sampai ada part 2. Now let me stori mori pasal floating market plak. Floating market ni kira dekat je dengan city centre, dalam 15 minit je driving. Kalau naik tuk tuk, dorang charge 500Baht pergi balik so dorang tunggu la kita kat situ dalam 3 jam kot.Kiterang sampai check -in hotel pun dah pukul 12, so first thing to hit off course la shower.Gila melekit badan mesti kena mandi. Lepas mandi rest kejap, lepak tengok tv sementara tunggu Kheirul tidur. Bebudak ni? dorang ada ipad, notebook senyapla.Dalam kul 2 , kiterang pun mula berkumpul, tapi disebabkan GPS kat Hatyai ala-ala pening so, kiterang naik kereta je sbb tak jumpa geng konvoi lain.Naik kereta set GPS..tadaa dah sampai.

Hah.. gambar kat atas tu adalah gambar parking dia.. so kalau nak pergi ngan keter, kena datang awal baru dapat parking.. kalau lambat, parking full n sesak.. Parking free aja takde kene charge apa apa.. janji parking keter elok-elok dan takde blocking keter orang lain.

Inilah rupa floating market dari atas jambatan.

Ashraff and Afriena memang la excited sebab mana pernah dorang jumpa orang menjual atas perahukan.

Siap beli air sendiri lagi. Semua benda harga dalam 20 Baht – 25 Baht. Oklah. Beli makan and makan kat situ je.

Ni memang kena try sedap. Oh ya 80% makanan kat sini halal. So senang la.

Cute kan, Yang muka macamkucing tu actually fishball, Rayyan tak makan dia sayang. Dok pegang samapai bilik hotel.Rasanya banyak gak kiterang beli habis dalam 300baht. Memang kenyang kat situ je. Beli jagung (now terkilan tak try jagung kaler purple), pastu dessert yang dalam buah kelapa, ikan bakar, air 3-4 gelas sebab cuaca panas. Kalau you all ke situ, sila jaga bed ye sebab ramai sangat orang. Kalau nak drive ke sana sila awal dalam pukul 3 waktu tempatan so that you all dapat parking.

 

Steady je dorang dok masak atas perahu. Mana nak balacekan badan lagikan.Kalau perasan kat setiap perahu memang akan ada chop halal for those yang halal, kalau tak halal dia tak letak apa-apa. KAlau pat jual air , memang takde halal but normally air yang jual kat situ adalah teh susu, laici dan oren.

Kalau kat entrance tu dia ada pasar malam gak, ada jual baju, souvenirs, tit bits dan tak lupa juga makanan yang famous  cengkerik goreng, belalang goreng, ulat goreng dan segala macam serangga goreng.hahaha sapa berani try??? I lalu tengok pun dah rasa loya.

Cuma beli telur puyuh goreng. I memang tak makan kalau telur tak masak full, so tak tahu sedap ke tak tapi menurut kata pecinta telur tak masak iaitu Kheirul and Ashraff dorang kata sedap sebab dorang letak sos masin and pepper kot.Pastu apalagi balik la.. nak pi cari pulut ayam plak.

 

Voyage De Krabi – The Synopsis Part #2

Sambungan dari  Voyage De Krabi – The Synopsis Part #1

Kembali semula, ini adalah sambungan dari posting kami yang pertama. Kalau belum baca sila baca dulu. Kalau tak susah nak paham sambungan ceritanya.

Isnin – 12 Mar 2012 8:00am – Berkumpul untuk Island Hopping

Selepas sarapan, kami semua berkumpul dihadapan lobby hotel sementara menunggu kenderaan untuk ke pengkalan bot untuk ke island hopping.

Tak sah kalau tak ambil gambar bersama-sama untuk kenangan. 14 adults and 21 kids, tapi ada gaks yang tak termasuk dalam gambar ni sebab dok belakang kamera.

Isnin – 12 Mar 2012 9:00am – Island Hopping (Click Sini)

Aktiviti yang wajib sekiranya melawat Krabi adalah Island Hopping. Lebih kurang jam 9 pagi, kami semua menaiki tut tut dan sebuah van besar menuju ke pengkalan bot.

Sehari suntuk kami ke pulau-pulau sekitar Krabi dan jangan lupa untuk membaca Posting Island Hopping Krabi kami ya. Banyak gambar-gambar menarik yang sudah pastinya memukau pandangan semua orang.

Isnin – 12 Mar 2012 5:00pm – Halal Food Krabi (Click Sini)

Setelah sehari suntuk penat pergi Island Hopping, perut terasa lapar la plak so start keter pi cari makanan. Yang paling best adalah banyak gerai-gerai street food halal ada disekitar pantai Aonang tu. Yang penting adalah SEDAP dan MURAH.

Selasa – 13 Mar 2012 9:00am – Masa untuk pulang

Hari Selasa, 13 Mar. Hari untuk pulang. Saya sekeluarga dan Che Din sekeluarga bertolak awal pada jam 9 pagi sebab saya akan menuju ke Penang sementara Che Din sekeluarga akan terus ke Kuala Lumpur oleh sebab urusan penting. So, 2 buah kenderaan sahaja akan balik awal sementara keluarga-keluarga yang lain akan ke Hatyai dahulu dan bermalam disana. Mereka bertolak sekitar 12 tgh kot.

Perjalanan dari Krabi ke sempadan Bukit Kayu Hitam sejauh 350km dan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Petrol kereta saya menunjukkan bacaan dibawah separuh tangki dan agak bahaya jika tidak diisi. Mendidih dada bila tengok harga petrol Ron-95 di Siam adalah RM4 seliter. Nak tak nak kena isi gaks la B500 (RM50).. tu pon dapat dalam 12 liter aja… Saya dan Che Din dah setuju.. kalau tak cukop petrol isi lagi janji sampai border kat Changlun kita baru belasah full tank.

Lebih kurang 3 jam driving dalam tengahari gitu, tibalah kami ke RNR  Na Yong (GPS N07 33.627 E099 42.921) yang sudah menjadi perhentian wajib untuk perjalanan dari Krabi ke Hatyai. Sampai disana, seorang driver van Siam teruja dengan kereta kami sebab jarang sekali  nampak kereta Plat W drive ke sana untuk sejauh itu. So borak-borak la dengan driver van tu yang fasih cakap Melayu dan saya plak teruja dengan van Toyota Komuter dia yang berharga lebih kurang RM150k yang cukop besar dan boleh bawa 15 orang dengan selesa. Mengikut kata dia, sewa van sebesar itu adalah RM500 sehari dengan driver sekali.. so sesiapa yang nak sewa van Siam, saya ada contact dia.

Saya kagum dengan masyarakat Thai yang cukup mementingkan kebersihan dan hampir semua tempat perhentian yang saya lawati di Siam kesemuanya adalah bersih-bersih belaka terutama pada tandas awamnya. Apa yang boleh saya katakan disini, tandas awam di Siam adalah SUPER BERSIH dan jauh sekali jika dibandingkan di tandas RNR Plus di Malaysia. Sikap warga Thai yang akan memastikan tandas bersih selepas digunakan adalah sangat dipuji.

Sesudah selesai lunch, kami menyambung perjalanan kami ke Hatyai. Perjalanan agak cepat kerana hanya dua buah kenderaan sahaja dan tak tahu kenapa perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam kami dapat buat dalam masa kurang 2 jam.. HEHEHHEHE… <- mana taknya,… bawak 120kmh, bas siam boleh horn lagi….

Setibanya di Hatyai, kami untuk beli kacang-kacang, biji gajus dan buah untuk bawa pulang ke Malaysia then refueling sekadar untuk lepas ke Danok dan Bukit Kayu Hitam. Dari bandar Hatyai ke sempadan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Alhamdulillah, tiada masalah untuk pulang ke Malaysia dan masa di sempadan itulah kami mengucapkan selamat jalan ke Che Din kerana beliau sekeluarga perlu pulang segera ke Kuala Lumpur dan saya akan terus ke Pulau Pinang untuk bermalam disana. So, sekarang sudah menjadi solo journey plak. Kami singgah di Petronas Changlun untuk refueling dan solat jamak sekejap. ALHAMDULILLAH LEGA!!!… harga petrol sudah menjadi normal… baru sedap refuel sampai full tank. Hari dah menunjukkan hampir jam 5 petang dan kami teruskan perjalanan menuju ke Penang.

Selasa – 13 Mar 2012 7:00pm – Tiba di Penang

Hari sudah semakin gelap, Alhamdilillah lega bila melintasi jambatan Pulau Pinang. Anak anak teruja dan siap cakap lintas laut sebab nampak kapal-kapal kat sebelah menyebelah jambatan. Di Penang, kami tak booking hotel mana-mana just main terus call aja dan kebanyakkan hotel kat Penang dah fully booked sebab cuti sekolah. Alhamdulillah, hanya berpandukan GPS, search  hotel-hotel yang ada disekitar Penang, kami dapat secure di Hotel NewHope dekat Tanjung Bunga.

Kami cukop puas hati dengan NewHope hotel ini sebab biliknya yang agak luas serta toilet yang bersih dan masih baru serta ada Wifi free. Harganya cukop puas hati untuk RM125 semalam. Hotel ni takde la berbintang-bintang.. janji boleh tidur semalam sebelum sambung journey esok. So kalu ada yang berminat ni detailsnya ya.

Newhope Inn Hotel Tanjung Bunga – Penang
550g Jalan Tanjung Bungah, 11200
Tanjung Bungah, PNG
+60-4-890-0558
GPS N5 27.943 E100 16.883

Selasa – 13 Mar 2012 8:00pm – Cari Makan Di Penang

Perut dah lapar. Lepas check-in hotel aja terus pi cari makan. Orang cakap kalau pi Penang tak sah kalau tak makan NASI KANDAR dia. Hari tu perut dah sangat lapar dan dah tak kira apa dah.. janji jumpa restoran nasi kandar yang terdekat aja pon jadi. Tapi sebelum tu kena sattle bebudak dulu. Bebudak nak suruh diorang diam senang aja… bagi makan Mc-D sattle masalah.

Si Asfraff tu punye lah kemaruk nak makan Mc-D sebab kat siam takbleh makan. Dia siap order Tripple Cheese Burger tu manakala Afriena Double Cheese burger… Just nice Mc-D drive-in kat Petronas Tg Bunga tu berhadapan dengan Restoran Nasi Kandar Khaleel… ok la tu…

Sorry la, gambar tu nampak berterabur skit.. Sungguh sedap sekali nasi kandar kat Restoran Khaleel nih.. saya order ayam goreng, kari ikan keli, sayur kobes dan kari perut kambing manakala Yatie order Ayam Madu, sayur kobes dan telur ikan kari best best best… So kitaorang tak sempat nak pi Nasi Kandar Beratur or Nasi Kandar Line Clear.. just Nasi Kandar Khaleel ni pon jadilah… kitaorang bungkus dan makan kat hotel jer….

Rabu – 14 Mar 2012 11:00am – Rehat kat Teluk Bahang

Dalam jam 8 pagi kami sarapan dan dalam jam 11 pagi check-out kami pergi rehat jap kat Teluk Bahang sambil pekena Laksa Penang dan ABC kat situ. Memang best sekali. Tapi lepas makan tepi pantai tu kan, ada plak sorang budak kecik nih yang tak puas mandi laut lagi dan pergi berendam tgh hari panas-panas tu…..

Selesai makan Laksa Penang, kami berangkat untuk ke destinasi seterusnya. Kali ni nak try naik ferry plak. Sebab dah berpuluh tahun kot kami tak pernah naik ferry. Agak sesak skit masa tiba di pengkalan feri tu tapi nak naik punye pasal redah la juga. Best bila baca sign yang cakap tambang percuma tu… so takyah bayar untuk ke Butterworth.

Untuk pertama kali saya respect Garmin ni.. sebab dia dah pandai skit, naik feri pon ok.. kalau tak… asyik dok “Recalculating…” aja… Bebudak bila naik ferry sakan abis… Siap taknak balik lagi tu.. suruh pusing satu round lagi.. mana boleh..

Cuma satu budak tu jer yang missed the fun kat dalam ferry tu sebab tido nyenyak sangat. Masa dok dalam ferry tu… set dalam GPS untuk next destination.. Mak Jah Mee Udang <- Click Untuk Baca Posting tu nanti ya…

Rabu – 14 Mar 2012 4:30pm – Mee Udang Kuala Sepetang (Click Sini)

Kami tiba di Kuala Sepetang selepas 2 jam driving dan jam menunjukkan 4:30 petang memang sesuai sangat untuk minum dan makan petang. Saya diberi arahan oleh Yatie jangan cerita banyak kat sini dan kalau nak tahu lebih lanjut pasal Mee Udang Kuala Sepetang nih boleh click sini ya..

Rabu – 14 Mar 2012 8:00pm – Yik Mun Pau Tanjung Malim (Click Sini)

Next destination Yik Mun Pau. 161km dari Kuala Sepetang.. hehehhehehe budget untuk berhenti makan malam disana. Tapat jam 8 malam kami tiba di Tg Malim dan terus ke Restoran Yik Mun Pau yang terkenal tu.

Kami order Pau Kari Daging, Pau Kari Ayam, Pau Kacang dan Pau Kaya. Jangan risau sebab Restoran Yik Mun nih memang sah Halal. Takut la nanti ada orang tanya halal ke tak kan… Kebanyakkan pekerjanya kat sini juga beragama Islam.

Tapi kan… kalau singgah disini.. JANGAN LUPA ORDER LAMB CHOP dia… this is a really DIE DIE MUST TRY punye…. OPPSS!!! kalau nak tahu apa lagi yang kita orang makan kat Pau Yik Mun nih CLICK SINI ya….

Rabu – 14 Mar 2012 10:30pm – Tiba Di Rumah

Alhamdulillah…. kami selamat kembali dirumah dalam jam 10:30 malam dan sekali lagi syukur kerana telah selamat sampai dari perjalanan yang jauh dan percutian yang tidak dirancang.. Cuma kami ikut gerak hati aja nak pergi kemana dan kami terus tuju. Kami tidak dapat huraikan dengan perkataan tentang percutian kami kali ini dengan perkataan dan apa yang kami boleh ungkapkan adalah KORANG MESTI CUBA baru korang tahu sendiri betapa seronoknya percutian macam ni.

Dengan bermodalkan lebih kurang RM2500, kami dapat pergi ke beberapat tempat yang menarik. Ada orang tanya saya… selamat ke pergi ke Selatan Thai… saya cakap… ENTAHLAH…Setiap kali saya pergi melancong dan memandu di Selatan Thai.. saya rasa cukup aman sekali tanpa sebarang rasa gusar.

Kami juga cukup berpuas hati dengan kenderaan kami, Naza Citra, masih mantap untuk perjalanan jauh walaupon sedikit mencekik petrol jika dibandingkan dengan Toyota Wish. Tapi apa apa pon, syukur kerana selamat pergi dan selamat kembali. Kalau ada orang nak sponser kenderaan lepas nih dialu-alukanlah…. tapi kena MPV laa.. hehehehehhe

Kepada rakan-rakan yang bersama-sama kami semasa percutian ni tak kira di Hatyai or Krabi, korang memang BEST… lain kali kita repeat balik ke destinasi lain plak. Phuket or Koh Samui plak hendak nya ya… so boleh start kumpul duit dah sekarang nih….

Kepada yang nak buat konvoi ke Selatan Thai, kami sedia untuk membantu dari segi infomasi dan kaedah perjalanan. Jangan segan untuk tanya ya kalau ada apa-apa kemusyukilan sila ajukan.

Lastly, jangan lupa untuk baca posting yang lebih detail lepas nih ya dan jangan muntah plak seminggu dua nih posting kat Sawanila.com nih berkisar dengan cerita percutian Krabi kami ini ya………

Sekian….

 

 Gambar percutian Krabi boleh dilihat disini!!!

 

Voyage De Krabi – The Synopsis Part #1

Assalamualaikum dan Alhamdulillah kami telah selamat kembali dari percutian ke Krabi pada hari Rabu (14 Mar 2012) dan sekali lagi syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Untuk percutian kali ini, pada mulanya kami cuma merancang untuk ke Hatyai sahaja sepertimana posting kami tempoh hari tetapi perancangan berubah 2 hari sebelum kami bertolak atas perlawaan rakan-rakan kami untuk ke Krabi dan tanpa fikir panjang kami set aja sebab kami belum pernah bercuti di Krabi, sebelum ini kami hanya singgah sebentar sahaja di Krabi semasa percutian kami ke Phuket 2 tahun lepas.

Alhamdulillah, walaupun masa agak suntuk untuk kami tetapi kami masih lagi bernasib baik kerana dapat secure dan booking hotel di Krabi bersama-sama dengan rakan yang lain.

Ok malas nak citer panjang… ni sinopsis percutian kami ke Krabi tempoh hari:

  • Jumlah Kenderaan : 6 buah = 1 x Naza Citra, 1 x Toyota Hilux, 3 x Toyota Wish, 1 x Honda City
  • Pit Stop : Kuala Lumpur – Changlun – Hatyai – Krabi – Hatyai – Changlun – Penang – Kuala Sepetang – Tanjung Malim – Kuala Lumpur
  • Jarak Keseluruhan : +- 1845km
  • Jangkamasa Perjalanan : 6 Hari
    • Jumaat (9 March 2012) – Kuala Lumpur – Changlun
    • Sabtu (10 March 2012) – Changlun – Hatyai
    • Ahad (11 March 2012) – Hatyai – Krabi
    • Isnin (12 March 2012) – Krabi
    • Selasa (13 March 2012) – Krabi – Hatyai – Penang
    • Rabu (14 March 2012) – Penang – Kuala Sepetang – Tg Malim – Kuala Lumpur
  • Perbelanjaan : +-RM2500

Jumaat – 9 Mar 2012 10:00pm – Perjalanan Bermula

Tepat jam 10 malam, kami bertolak menuju ke RNR Rawang untuk bertemu rakan kami Che Din pada Jam 11 malam. Jalan pada hari itu agak sesak kerana orang ramai mengambil peluang cuti sekolah. Dan tepat kam 11 malam, kami dan Che Din bertolak menuju ke Changlun. Perjalanan ke Changlun pada malam itu hanya kami berdua sahaja sebab rakan-rakan yang lain telah bertolak lebih awal lagi. Menurut Che Din, diorang semua bertolak dalam jam 3 petang lagi dan bermalam di homestay kat Changlun.

Kami berhenti sejenak di RNR Sungai Perak untuk minum sebentar untuk melepaskan mengantuk dan sejurus lepas itu menyambung perjalanan kami semula. Perjalanan agak perlahan dimana hujan yang agak lebat sepanjang perjalanan kami dan jumlah kenderaan yang agak sesak juga.

Sabtu – 10 Mar 2012 5:30am – Tiba di Changlun

Tepat jam 5:30 pagi, kami tiba di Changlun dan terus ke Masjid Changlun untuk menunaikan solat Subuh. Alhamdulillah, sesudah selesai solat Subuh, saya sekeluarga dan Che Din pun terus parking kenderaan kami untuk seketika di Kedai NZ yang bersebelahan Masjid Changlun sementara menunggu untuk kedai NZ itu buka. Apa lagi kalau dah parking tu, sempat lah tidur dulu sejenak untuk melepaskan mengantuk sementara menunggu rakan-rakan yang lain.

Dalam jam 8:30 pagi, kesemua 7 keluarga bersama kenderaan masing-masing berkumpul di Kedai NZ untuk proses membeli insuran Siam dan mengisi white card. Saya awal-awal lagi dah beli dan kali ini Insuran Siam berharga RM22 dan white card RM1 so in total RM27. Oh ya, kepada sesiapa yang nak tahu proses kemasukkan kenderaan Malaysia Ke Thailand, boleh rujuk posing saya disini ya!.

Saya telah diberi kepercayaan orang semua untuk menjadi unofficial leader sebab saya pernah memasuki Thailand dengan kenderaan dan hampir kessemua yang join kali ini adalah pertama kali membawa kenderaan ke Siam. Selesai proses membeli insurans dan white card, kami semua singgah untuk mengisi petrol di Petronas Changlun dan menyerang gerai Selera Changlun untuk sarapan pagi.

Paling best kat situ adalah nasi lemak bungkus tujuh posen dia… memang best, sampai licin kitaorang rembat. Pada mulanya just nak beli kueh aja… last-last semua start duduk dan order air… alasan just nak alas perut jer.. hehehehheheh

Jam sudah menunjukkan jam 9:30am, selesai sarapan dan mengisi petrol penuh-penuh, kami semua menuju ke sempadan. Perjalanan memang sesak sekali sebab ramai orang Malaysia menuju ke Siam dan bersesak-sesak sama-sama dengan bas persiaran. Jadinya kami terpaksa beratur panjang di sempadan Siam.

Maaf ye, tak dapat nak amik gambar semasa kat sempadan sebab kalau ambik gambor kamera kena rampas.. so takde gambar yer semasa kat kastam tu… Hari tu punyalah ramai manusia, hampir 2 jam beratur untuk chop passport dan ambil declaration form untuk kenderaan kami. Alhamdulillah, semuanya selesai tanpa sebarang masalah yang rumit.

Jam dah menunjukkan pukul 11:30 pagi dan perut telah berkeroncong balik, kata mejoriti untuk mencari makan, so saya pun menyusur ke pekan Danok dan singgah di Restoran Pakku Seafood. Sekali lagi macam orang kelaparan kami menyerang restoran Pakku ni.

Masakan kat resrotan Pakku ni memang sedap-sedap belaka terutamanya daging gulai kawah dengan rebung, masakan panas dan goreng-goreng. Saya syorkan untuk cuba kuehtiaw Hong Kong dia… memang terbaik…. Pada malam hari pula ada buffet RM 10.90 aja.. so melantaklah apa saja sampai pengsan pon boleh.. cukup murah….

So sesapa yang nak pergi Restoran Pakku di Pekan Dannok nih senang aja… Selepas kita cop passport kat imegresen Siam, susur aja jalan pekan Dannok tu menuju jalan ke Hatyai dalam 2.5km. Restorannya just before the checkpoint / gate kastam Siam.  GPS Restoran Pakku N6 32.574 E100 24.929

Sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk lead konvoi ke Bandar Hatyai. Pejalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Setibanya kami di Hatyai, kami sekeluarga berpecah dimana kami terus ke Hotel Regency Hatyai manakala rakan-rakan yang main menetap di hotel yang lain tetapi masih lagi berdekatan.

Sampai jer di hotel, check-in dan mandi dan rehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti kami di Bandar Hatyai seperti yang dipersetujui majoriti. Mengukut perancangan dan persetujuan ramai, kami semua akan pergi melawat Pasar Terapung (Floating Market ) dekat  Klonghae dan selepas itu aktiviti bebas bershopping disekitar bandar Hatyai.

Sabtu – 10 Mar 2012 – Floating Market  Klonghae Hatyai (Click Sini)

Kalau singgah di Bandar Hatyai, memang tak sah  kalau tak pergi ke Floating Market  Klonghae ni. Macam-macam ada jual disana, suasana yang tak ada kat Malaysia ni, memang meriah sekali. Pendekata, memang heaven untuk makanan disana. Sila click sini kalau nak tahu apa yang ada kat Floating Market Hatyai tu.

Sabtu – 10 Mar 2012 – Street Food Hatyai (Click Sini)

Sebelah malamnya pula, kami bershopping pula di pekan Hatyai kat area Lee Garden tu dan tak lupa untuk membeli pulut mangga dan pulut ayam untuk makan malam. Hatyai ni memang terkenal dengan street food yang best best so kalau singgah ke sana jangan lupa untuk mencubanya. Kalau nak tahu lagi tentang Street Food Hatyai ni.. Click Sini ya….

 Ahad – 11 Mar 2012 8:00am – Morning Market Hatyai

Sebelum ke Krabi, pepagi lagi kami dah pi jalan-jalan kat pasar pagi Hatyai. Adalah beli barang sikit-skit macam kacang-kacang buat bekal semasa perjalanan nanti. Kacang gajus memang murah, satu paket besar tu cuma RM10 jer, selain drp tu jangan lupa untuk beli ikan bilis goreng pedas tu ye.. sedap untuk buat kunyah-kunyah… sedar tak sedar dekat RM100 gaks abis duit beli kacang ngan ikan bilis nih.. heheheheh

Sarapan pagi pada mulanya nak pergi ke Restoran Hamid aja sebab dekat ngan hotel, tapi hari tu Restoran Hamid tutup plak dah.. so terpaksa jalan jauh skit ke Restoran Salma. Hari tu kami pekene American Breakfast…. sedap gaks.. boleh lah untuk mengalas perut sebelum mengharung perjalanan jauh ke Krabi jap lagi…

Ahad – 11 Mar 2012 11:00am – Konvoi Ke Krabi

Macam dah diduga, saya sekali lagi menjadi lead untuk konvoi 6 buah kenderaan menuju ke Krabi. Kami berkumpul di hotel sebelum memulakan perjalanan dan saya bagi sedikit briefing tentang perjalanan dan perhentian yang akan dituju.

Perjalanan hari Hatyai ke Krabi sejauh lebih kurang 320km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam termasuk berhenti. Kepada sesapa yang nak buat perjalanan dari Hatyai ke Krabi, korang boleh ikut panduan ini untuk merancang perjalanan.

  1. Checkpoint #1 – RNR Thanon Phat Kasem Hatyai – GPS N07 00.432 E100 24.823
  2. Checkpoint #2 – RNR Thanon Phat Kasem Na Yong – GPS N07 33.627 E099 42.921
  3. Checkpoint #3 – Fuel Station Thanon Phat Kasem Huai Nam Khao – GPS N07 52.242 E099 09.819

Checkpoint #1 – RNR Thanon Phat Kasem Hatyai

Memang menjadi lumrah sebelum masuk Highway Thanom Phet Kasem, kami akan singgah dulu di “RNR” so called kat Hatyai untuk stocked up snacks dsb. Yang paling saya suka pasal RNR kat Siam ni adalah toilet dia adalah SUPER BERSIH. Satu tips yea, untuk kurangkan mengantuk mesti ada Lays Tomyam Shock nih… memang sesuai untuk hilangkan mengantuk…. mesti cuba HEHEHEHE

Checkpoint #2 – RNR Thanon Phat Kasem Na Yong (kiri), Surau (kanan)

Setelah driving lebih kurang 2 jam, checkpoint kami yang kedua adalah RNR Na Yong (GPS N07 33.627 E099 42.921), sebelum sampai Bandar Trang. RNR ini merupakan MUST STOP RNR sebab ianya besar dan segala kemudahan ada disini seperti Surau, Restoran Halal, kedai serbanika, gerai-gerai jualan dan tidak lupa tandas yang double super bersih. And 1 more thing, ada free WiFi lagi tu .sempatlah nak update facebook.

Kedai Serbanika (kiri) dan Restoran Halal (kanan)

Kalau singgah ke sini jangan lupa makan mee celop dia.. memang sedap sekali… saya makan kueh tiaw sup.. memang super sedap. Lagi satu, kat sini tak risau pasal cakap melayu.. diorang memang fasih cakap melayu.

Checkpoint #3 – Fuel Station Thanon Phat Kasem Huai Nam Khao

Lebih kurang sejam setengah driving, tanpa dirancang untuk berhenti dari rancangan asal, kami berhenti juga oleh sebab ada nature’s call. Checkpoint #3 – Fuel Station Thanon Phat Kasem Huai Nam Khao – GPS N07 52.242 E099 09.819 adalah fuel station kecil aja tetapi beroperasi 24 jam dengan kemudahan kedai serbanika, bengkel dan juga tandas yang bersih.

 Serang gerai nenas kat – N07 52.832 E099 09.551

Selepas tunai hajat kat Checkpoint #3 tu, tak sampai dalam 1 km… berhenti lagi sebab majoriti kata berhenti kalau jumpa gerai nenas. So apa lagi…. kenduri nenas la kejap.. Lepas tu sambung balik perjalanan ke Krabi…

Penat terus hilang bila nampak signboard “WELCOME TO KRABI” tu.. dah hampir 5 jam driving macam rasa takde penat bila nampak permandangan tepi laut yang cukop indah. Kami agak terpukau dengan permandangan tepi pantai Aonang Krabi sebelum tiba ke Srisuksant Resort dimana kami menginap.

SriSuksant Resort betul-betul terletak dihadapan pantai mengadap Laut Andaman. Kira reasonable price untuk 2 malam dengan harga RM560. Hotel dia cantik dengan kemudahan yang lengkap dan paling saya suka ada playroom for kids, gym, sauna, bla bla bla….. you name it….

Bilik dia agak luas juga dan setiap bilik ada verandah sendiri yang mengadap ke swimming pool or laut… memang cantik sekali. Bila dah check-in tu.. and bebudak nampak swimming pool, apa lagi… terus berendam ler

Ahad – 11 Mar 2012 8:00pm – Keluar Cari Makan Krabi (Click Sini)

Tepat jam 8 malam, kami sekeluarga terus tahan tut-tut untuk cari makan. Kami bagi kepercayaan sepenuhnya kepada driver tut-tut untuk membawa kami ke tempat makan halal di Pantai Aonang, Krabi tu dan akhirnya dia bawa kami ke Sareefah Seafood.

Kalau nak tahu cerita pengalaman kami mencari Halal Food @Krabi ni, click sini ya….

Oklah dah panjang sangat ni… TUNGGU SAMBUNGAN Voyage De Krabi – The Synopsis Part #2 dan apa yang menarik pada Part #2 ni secara ringkasnya:

  • Island Hopping Krabi
  • Perjalanan pulang dari Krabi ke Penang
  • Jalan-Jalan Cari Makan Penang
  • Mee Udang Kuala Sepetang
  • Yik Mun Tanjung Malim

Click SINI untuk Sambungan Voyage De Krabi – The Synopsis Part #2