Monthly Archives: March 2012

Lasagna, menu wajib

Last Sunday, selepas hari bergotong royong anak beranak, I made lasagna for lunch. Kat rumah ni, Pasta adalah makanan wajib yang kena masak seminggu sekali.Sebab semua suka makan.Kalau tak buat lasagna, kena buat macaroni n Cheese tak pun Bolognese Spaghetti.

 Masak satu bekas tu memang sekali makan. Memang takkan ada leftover.Nak buat lasagna senang je. Buat meat sauce, buat white sauce, ada lasagna dan cheese. Untuk cheese, I pakai mozzarela and cheddar cheese.Yang hijau tu I tabur parsley.One day nak try buat vege lasagna la pulak or mungkin vegetable casserole.

Ini rupa lasagna yang dah dipotong. untuk meats sauce, I lebihkan sayur, ada carrot, celery, mushroom and dice tomato. Memang time nilah nak paksa anak-anak makan sayur.

For those yang nak resepi bolehlah check kat resepi di sini.

Ada persamaan…

Tiga budak ni…perangai beza ,

Ashraff dah mula menunjukkan tanda-tanda boleh bertanggungjawab walaupun kadang-kadang suka menyakat.

Afriena masih ingat dia anak bongsu, sangat manja,malas buat homework tapi senang disuruh

Rayyan semua benda nak buat sendiri, kuat merajuk

Tapi dorang ada persamaan, memilih  makan dan suka main air.

Mee Udang Kuala Sepetang Mak Jah

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah bertahun dengar cerita pasal Mee Udang Kuala Sepetang ni tetapi belum pernah pergi lagi sebelum ni. Alhamdulillah, masa kami dalam perjalanan balik ke KL dari Krabi, kami berkesempatan juga untuk singgah di Kuala Sepetang untuk mencuba kehebatan Mee Udang Kuala Sepetang yang famous tu.

Sepanjang jalan ke Kuala Sepetang tu memang banyak gerai-gerai dan restoran-restoran yang menjual mee udang tetapi kami tertarik dengan Restoran Mee Udang Mak Jah sebeb kami tengok happening sangat so kami singgah la kat situ dan lagi satu restoran ni bersebelahan dengan surau dan mempunyai parking space yang luas.

Suasana Restoran Mee Udang Mak Jah ni memang happening, kalau agak-agak saya lebih seratus orang boleh makan dengan selesa. Kami sekeluarga ambil tempat makan bersila dan apa yang cukup kami puas hati adalah layanan dari pembabtu restoran yang cukup pantas untuk ambil order.

Sungguh menakjubkan, tak sampai 5 minit minuman yang kami order sampai. Saya dan Ashraff minum tembikai laici manakala Yatie dan Afriena minum Carrot Susu. Air tembikai laici dia memang superb class… pekat likat manis memang 5 star punye…. carrot susu pon memang terbaik…. puas hati minum….

Meh kita tengok apa yang kami order tempoh hari…

Mee Goreng Udang Special – RM11

Mee Goreng Udang Special memang sedap sekali. Udangnya sememangnya super fresh. Mee goreng yang digoreng sempurna, cukop rasa padas, masin, manisnya cuma mee itu rasa berkapur sedikit. Mengikut kata Yatie, oleh kerana udangnya bersaiz besar, ia kurang masak sedikit. Kalaulah udang tu digoreng lebih lama sedikit lagi ngam dan kalau dipecahkan telur sebiji digoreng bersama, memang meletop punya. Secara keseluruhan dia memang sedap gaks la……

Mee Udang Special – RM11

Sekarang ni saya nak bagi ulasan pasal Mee Udang Special ni skit….

Udang Bersaiz Giant

PUJIAN dahulu……

  1. Udang Bersaiz Giant – memang betul-betul besar dan betul-betul super fresh. tengok sendiri lah gambar kat atas tu… udangnya lagi besar dari tepon saya…
  2. Udangnya banyak – memang betul orang cakap.. selak udang baru nampak mee
  3. Kuahnya sedap – saya hirup kuah sampai licin.. kuahnya light taste tapi cukop semua rasanya.. Ada masam-masam skit, manis-manis skit, pendek kata secukup rasalah.

KOMEN skit

  1. Ada udangnya yang terkurang masak – maybe saiz udang yang giant tu menjadi penyebabnya. Udang yang bersaiz lebih kecil sedikit memang PERFECT masak.. cuma yang saiz giant aja yang terkurang sedikit masaknya.. apa apa pon masih boleh dimakan dengan dibiarkan terendam dalam kuah panas tu…
  2. Muncung udang tu kalau dipotong sedikit dan dibuang utak udang tu lagi NGAM.. sebab otak udang tu mengganggu sedikit rasa kesedapan udang yang fresh tu.. tapi kan.. itu tak jadi masalah.. kalau tak suka kepala udang tu… letak tepi jer… heheheh

Udang Goreng Tepung Special – RM12

Ok.. Untuk Udang Goreng Tepung Special… apa yang boleh saya katakan kat sini.. memang SUPERB terbaik lah…. udang digoreng PERFECT…. tepung dia memang super sedap, rangup sekali dan uummmppphhhh!!!! Apa yang boleh saya katakan kat sini… INILAH UDANG GORENG TEPUNG SEJATI

Secara keseluruhan memang sedap makan Mee Udang kat sini dan kami syorkan kepada semua untuk mencuba Mee Udang di Restoran Mak Jah ni… so kalau pergi ke Utara.. jangan lupa untuk singgah di Kuala Sepetang ya untuk pekener Mee Udang disana…….

Oh ya….. kepada yang nak pergi… ni dia panduanya

GPS : N4 50.316 E100 38.025


View Larger Map
Dan akhir sekali… inilah dia SawaScore dari kami