Hari tuh tengok masterchef ada kena masak masakan siam, Ary sorang je buat tomyam. Naper tak ramai buat tomyam ek? Sebab penangan tomyam yang Ary buat terus esok tu masak tomyam. Buat tomyam udang dan ayam, letak sikit santan. Rasa dia sedap . Mesti ada rasa masam, pedas,manis dan lemak. Posting ni bukan nak citer resepi tapi nak share gambar-gambar tomyam yang telah dimakan masa kat Thailand.Antaranya adalah….
Yang ni tomyam bangkok-ada letak santan sikit. sedap rasa dia. Tomyam seafood.
Tomyam merah yang kiterang makan kat phuket. Berair hidung makan tomyam ni. sedap. Kalau boleh nak pergi Siam lagi just makan the tomyam.
Yang ni plak tomyam putih makan masa kat Hadyai….perghh sedap.
Apa-apa pun ketiga-tiga jenis tomyam ni semua ada rasa tersendiri dan I suka sangat makan tomyam dengan telur dadar. Rasa macam satu padanan yang sangat sesuai. Sambal belacan jangan lupa. lapar lapar lapar
sumi kureng sikit makan tomyam ada santan..hehehe
suka yg putih atau merah … perghhhhhhh….lama gak tak makan tom yam..
nak masak tom yam pula tak berapa reti..pernah buat.. tp tak sesedap kat kedai la kak…huhuh
masak sumi jangan tak masak..akak suka semua…yang santan tu kalau letak santan sikit je baru sedap
Banyak yang jual online…ce buka FB Pes Tomyam Brand Madam Pum…
ada jual tomyam merah…tomyam putih pun ada…
sedap macam kedai…jimat
hmmm ok tq.. nanti nak pergi jengok. insya allah
Jangan beli yang kiub2 tu, x jadi rasa tomyan kat kedai tu. Sedap yang pes yang dalam botol. Lebih2 lagi yang tulis tulisan thailand. Ada tanda halal Thailand. Cuba yer! Akan rasa berbeza. Bukan sahaja cam kat kedai tapi juga rasa cam dari Thailand.