Yearly Archives: 2011

Akhirnya aku kalah gaks….

Sajer jer nak beritahu korang…. korang pernah termakan tak dek promotion kot tepon nih? Biasalah sekarang nih kan, bebudak marketing akan buat macam-macam untuk promosikan barangan diorang. Tapi kan, selalunye saya kan menolak dan tidak akan melayan sebarang marketing call ikut tepon nih.. hampir 100% panggilan promosi ikut tepon akan saya tolak.. or just off kan tepon ataupon saya akan permain-mainkan diorang <- jahat nih… tapi tak tahu apa jadi sat nih.. saya macam terpukau plak dengan promosi UNIFI plak tu…

So hari nih dah takbleh nak “berlagak” lagi ler tak layan marketing calls ikut tepon..Satu pujian kepada brader tu sbb dia memang cakap baik sangat dan dapat menjawab semua soalan saya dengan pantas dan tepat.. Dia tidak menggunakan scripts yakni ada sesetengah tele marketeer tu baca aja scripts yang dibekalkan dan bila orang tanya skit aja menggelabah tak tahu jawab. Tetapi brader nih memang cukup berilmu dan tahu apa yang pengguna macam saya ni nak dan tahu juga selok belok teknikal berkaitan dengan setup dan configuration nak pasang peralatan unifi tu kat rumah.. so satu pujian untuk beliau.

heheh.. bukannye apa… Sebenarnya memang saya dah dok terpikir nak upgrade internet streamyx line kat rumah tu.. lagipon wireless router stremyx kat rumah tu dah menunjukkan symptom-symptom mintak duit.. asyik kene restart aja..  so dalam kepala tu memang dah nak ganti wireless router tu.. tapi bila dah subscribe unify nih dah takyah nak keluar duit lagi ler sbb diorang provide yang baru.. pas tu plak macam-macam benda free diorang kasi… huhuhuh.. tu yang takbleh nak lepaskan peluang ni.. Kalu korang nak tahu dengan lebih lanjut pasal package upgrade ke unifi nih boleh cucuk sini untuk Package dan sini untuk Service tambahan.

Nanti bila installer datang, saya akan citer lagi pasal ni… ok lah buat masa nih.. tunggu kemuncullannnyyyyeeeee…..

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Continue reading