Yearly Archives: 2011

Denda sama dia

Rayyan sekarang dah pandai tau..Pandai and paham apa orang cakap. Either bahasa melayu or English. Chinese je belum diajar oleh abang dengan kakak. So kalau kita suruh dia buat something mesti dia buat tanpa rungutan. Contoh..

Rayyan, take your shoe, nak keluar ambik abang… menonong je amik kasut

Rayyan off TV for mama please… menonong je dia off

Rayyan jom mandi… ni tak payah cakap, bisik kat orang lain pun dia dah standby depan pintu bilik air. Nak main air je. But I ada cara baru untuk kasi dia cepat habis mandi, hahaha off water heater, kasi mandi air sejuk terus dia cakap, nish (finish) , dah dah dah , juk(sejuk). hahahahaha. Kalau bukak heater lama lah dia main mandi siap pakai gayung.

Dah pandai dah, asal orang bangun from kerusi kat meja computer ni cepat je dia amik alih.

Sekarang kalau nakal, I dah denda dia. Suruh berdiri ngadap pintu. Untuk 5 minit je lah. I letak depan pintu pastu dia ngadap pintu silently. Bila panggil baru datang then dia kiss mama and ask for milk. So I will tell him slowly, tak boleh buat itu dan ini nanti kena denda lagi.Dulu masa abang and kakak dia, I takde peluang nak didik macam ni sebab kerja kan so now abang and kakak kena didenda cara lain.

muka budak kena denda

ANW, nak ucapkan selamat Hari Raya Aldiladha untuk semua.

 

Saturday @KLCC

Rayyan gayat ke?

Macam dah lama tak ke KLCC, last rasanya bulan 5 kot. Bukan apa malas nak bersesak. prefer ke Bangsar or yang dekat-dekat rumah. But this time memang kena pergi sebab ada Tea Event kat  SK-II counter. Harus pergi membeli sebab ada promotion. So kiterang sampai pun dalam pukul 10 lebih then pergi brunch dulu kat Dome. Citer pasal Dome ni… service dorang very bad lah. Lambat dah satu hal tak friendly plak tuh. ANW I dah complained and they called and emailed for apologies. I bukannya nak ngengada complain for attention, tapi sebab ni bukan first time macam tu…off course kita nak orang layan kita elok, dgn penuh keramahan setanding dengan apa yang kita bayar. betul tak?

Makanan sedap tapi service KO, terus tak SYOK. Lepas makan terus ke SK-II counter while Kheirul ke Men’s dept carik belt. Beli belt terus buang yang lama pakai yang baru….

Yang ni pantang ke playground 

Habis shopping terus ke playground plak. sebab nak bebudak dah bising cakap nak ke playground. Panaslah anak-anak… oklah pi sekejap. 10 minit je terus dorang ajak balik. Rayyan pun tak happy sangat layan  swing.

Before balik I singgah kat Durian-durian beli durian pancake and Durian chiffon cake. menakjuban rasa. Lagi menakjubkan sebab bebudak tak nak makan sebab ada durian. mengada tak?

Durian tipu ni..plastik

Durian chiffon cake yang lembut dan wangi. RM4.30 je.

Wonton Noodle

Lately rasa macam kehabisan idea tau nak masak apa. mungkin sebab malas gak kot. Hari tuh…. I buat Mee Wantan. Terlebih rajin, buat dumpling and sup dumpling. Masak simple macam ni memang terangat, makan panas-panas semasa hujan.

Budak-budak memang sukalah. Nanti I letak resepi ye, now nak kena masak untuk lunch dulu sebab dah pukul 10 kena bawak makanan untuk Ashraff plak.

 

UPDATE: Resepi Mi Wantan

INGREDIENT

  • Sepeket mi sanggul – dicelur
  • bawang putih goreng dan bawang merah goreng
  • minyak bawang putih / minyak bawang merah
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1 keping Ayam bahagian dada – dicelur
  • 1 ikat sayur sawi – di celur
  • 10 ekor udang – bersihkan dan dicincang halus
  • 1 mangkuk daging ayam cincang
  • 15 keping kulit wantan
  • 1 pokok daun bawang
METHOD
cara buat wantan
  • gaulkan udang dan ayam cincang bersama daun bawang
  • rasakan dengan garam dan serbuk lada putih
  • isikan inti kedalam kulit wantan
  • buat bentuk 3 segi, sapu air kat kulit wantan supaya lekat (refer gambar)
  • goreng separuh wantan sehingga garing
  • lagi separuh boleh buat sup dengan air yang rebus ayam tadi
Cara buat mi
  • mi yang telah dicelur di gaul dengan kicap pekat,minyak bawang dan bawang goreng
  • hidangkan dengan sayur yang telah dicelur, daging yang yang telah dicelur dan sup