Yearly Archives: 2011

Afriena cabut gigi

Hari Khamis lepas kira macam hari ini dalam sejarahla untuk Afriena sebab dia kena cabut gigi. REason is, gigi dia goyang and ada gigi baru tumbuh. So , I buat appointment dengan dentist then pergi cabut gigi dia. Before cabut gigi dia, kiterang layan dia makan pa yang dia nak dulu. Dia request nak makan Mac n Cheese kat Kenny Rogers…so layankan je. Sepinggan besar habis licin dia makan. So lepas makan terus bawak pi dentist. Told the dentist, jangan cakap nak cabut, just cakap nak check.

Hehehe… so dentist cakap takde apa ni just cuci saja… sekali waaaa Afriena dah nangis. Rupanya dia gigi dah tercabut. Nangis punyalah kuat. hahaha biasalah Afriena, kena pukul dengan Rayyan pun dia nangis. So kena berdokonglah dengn papa dia. Yang paling kelakar gigi dia entah hilang kat mana. FYI Ashraff and Afriena sekarang banyak gigi tengah goyang. So maybe cuti sekolah ni, aktiviti cabut gigi kot. Gigi dorang takde yang rosak lagi cuma dah tiba masa untuk dicabut.

Tips untuk jaga gigi anak dengan baik…

  • kurangkan makan benda manis terutamanya gula-gula – yang ni gula-gula is no no kat rumah . Chocolate is ok sbb mama dia hantu chocolate
  • gosok gigi pagi dan sebelum tidur
  • minum air masak sebelum tidur
  • kurangkan minum air manis.

Macam mana nak buat laksam?

Satu lepas….dah tak tahu nak masak apa. Everyday masak nasi. tak nasi mee or roti. Check fridge tengok apa lauk yang boleh dimasak, tengok ada ikan sardin. Banyak dalam 3 paket.FYI kat rumah ni, lauk dibeli untuk sebulan dan siap di pek untuk sekali masak. senang. Ikan 3 paket tu dalam sekilo besar plak tu. So keluarkan ikan, gi kejut Kheirul.

Abang… jom keluar, nak cari tepung beras nak buat laksam ..

Kheirul jawab” buat apa sesusah, pergi pasar borong je beli yang dah siap…

yelah lupa ada yang dah siap

So berkuyun-kuyunlah 5 beranak pergi pasar. I suka sangat pergi pasar sebab boleh beli sayur fresh dan murah. Kalau kat supermarket mahal. So lepas beli laksa, ulam-ulam and sayur baliklah kiterang. Kat pasar, bebudak ni ni dok komplen dirty, dirty, dirty. Memang pun kotor dah nama pasar. Pasar yang bersih sikit kat sini ialah kat Taman Tun tapi harga mahal.

Balik rumah I rebus ikan sebab nak buat kuah laksam.Macam mana nak rebus ikan?  senang je nak rebus ikan. letak asam garam dah.Kalau ikan sekilo, garam dia 2 sudu kecil, asam dia dalam 6 keping. letak sikit air, pastu rebus dengan api kecil. tutup periuk tu ye. dalam 15 minit ikan masak.

Bila ikan dah sejuk, so kenalah buang tulang ikan tu. oopp tulang tu jangan buang sebab nanti tulang dia boleh di blend untuk air dia. Stok dia penting, buat pemanis kuah laksa.

Pastu blend bawang, masukkan santan, rasakan garam, gula and asam maka masaklah kuah laksam. Boleh lah makan.

Tapi nak makan tu mestilah ada ulam. Takde ulam tak sedap. Jenis ulam,kacang panjang, timun, daun salom, daun kesum, taugeh dan buanga kantan. pekena pelak dengan sambal belacan yang kow pedas. perghh meleleh.

Tell you, Rayyan makan sampai jilat mangkuk habis rambut bau ikan. siap tambah tuh. suka sangat dia dengan laksa. Ashraff mula-mula cakap taknak sebab kata tak sedap, pastu bila makan makan bertambah. So I sindir dia cakap, tadi kata tak sedap, now tambah-tambah lagi, dia cakap no mama it’s very tasty..sedap.. Afriena pun sama , memula nak sikit pastu bertambah. So next time, memang patut buat lagi.

Tips nak beli laksam… sila cium dulu laksam tu takut bau hapak…Mana nak beli laksam dah siap? Beli kat pasar borong Seri Kembangan. Dia sederet dengan kedai buah.Resepi untuk buat kuah laksam ada kat sini. SILA CLICK.So macam mana nak buat laksam? beli je yang dah siap…

 

Kemaruk Katil Sendiri

Lately, Rayyan dah menunjukkan simptom-simptom nak tidur atas katil sendiri. Asal boring je dia masuk bilik abang n kakak dia. Masuk bilik test katil Abang dia.Bukan takat test je, siap baring, on kipas, tolong sepahkan sekali, pinjam bantal busuk pastu panggil mama dia sebab nak suruh mama dia tengok apa yang dia buat.

atas katil Ashraff, habis disepah dia

So kiterang pun decided to survey katil yangsesuai untuk Rayyan. Katil yang sesuai adalah katil yang tak berapa tinggi dan yang pastu boleh muat letak dalam bilik tidur. Masih memikirkan nak baut bilik asing for boys or girl ke tak. Kiterang make a  visit to IKEA. mana lagi nak cari yang murah…. SO on Friday lepas sembahyang Jumaat, pergilah ke IKEA, sampai tu singgah ke Harvey Norman jap sebab nak cari vacuum. Dah berkenan mana yang nak baru ke IKEA. Apa lagi sakanlah Rayyan test katil.

Ni katil 2 tingkat. Yang ni yang kiterang berkenan. murah RM379 rasanya. bolehlah Ashraff tidur kat atas, Rayyan/ Afriena  tidur kat bawah then katil lagi satu Afriena /Rayya yang tidur.

bermulalah semua katil dia panjat. tak nak duduk dalam stroller…sebab nak panjat setiap katil. nasib baik Friday tak ramai orang.

siap baring

siap tarik selimut ok

another katil yang berkenan..

nanti nak buat bilik colourful macam nilah.

test kerusi plak….

hahaha meraung kejap sebab dia tak nak balik..sbb banyak lagi kerusi dia tak test. Kiterang nak cepat sebab nak pergi beli vacumm .


kasi chance ok…


dah dah jom jom ….

Penat tau pergi ke IKEA…. tapi I suka. terapi minda. So dah decideh katil mana yang berkenan . Insya’ Allah next year. tunggu dia 2 tahun dulu. Risau gak nak pisah tempat tidur, takut tengah malam tidur dia tersedak ke…  Ashraff n Afriena tidur bilik sendiri masa umur 3-4 tahun. Before that dorang tidur dalam satu bilik , kiterang bentang tilam. MAsa tu ada maid, so tak berani nak kasi anak tidur bilik asing. kang buat dia larikan anak ke (kuat betul imaginasi saya). Bila maid dah benti kerja baru asing bilik.

Tips nak kasi anak tidur bilik sendiri

  • Hias  bilik tidur supaya nampak lebih menarik – guna cadar yang berwarna warni, dinding warna warni, langsir yang menarik, lampu yang comel.
  • sistem perudaraan yang baik supaya tak sesak
  • buat satu sudut membaca dan bermain…