Monthly Archives: August 2011

Dia pun busy!

Orang ada homework dia pun busy nak buat homework. kasi buku kat dia to conteng conteng

tak cukup buku lantai plak

pastu main toys plak…now dia dah pandai bukak baju sendiri so, kejap pakai kejap bukak…. Geram dengan budak kecik ni. Satu hari berapa kali kena cium and now dia pun dah pandai kiss orang.Kejap-kejap kiss :)

Resepi Percik Ayam

INGREDIENTS

  • 1/4 ekor ayam – sapu garam kunyit
  • santan satu kotak
  • 7 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bwang putih -kisar
  • 1 inci halia- kisar
  • 2 btg serai – kisar
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • asam keping

METHOD

  • Panaskan Santan
  • masukkan bahan kisar dan asam keping
  • rasakan dgn garam , gula dan serbuk lada hitam
  • masak hingga pecah minyak
  • bila kuah  masak, bakar ayam sehingga 3/4 masak
  • bila 3/4 masak, lumurkan kuah percik semasa membakar, supaya kuah dia meresap dalam isi ayam
  • bila dah masak, hidang dengan kuah percik.

Note: Nak bakar pakai arang boleh tapi saya bakar dalam oven

Ramadhan 23 – Masak Tempoyak dan Percik

Semalam berbuka masak tempoyak ikan keli. Ni Favourite Kheirul. Tempoyak. Resepi masak tempoyak ada kat sini, sila tekan di sini. Ikan tu boleh ganti ikan kesukaan , contohnya ikan Keli , patin or baung.

Ni plak, ayam percik versi Kelantan. Kuah dia putih. My Kids sukalah sebab tak pedas. Rayyan makan nasi sampai bertambah. So as Afriena and Ashraff. Ashraff kejap-kejap I want skin, I want skin. Afriena, I want chicken with no bone.

Pastu pelengkap dia sayur goreng….. Resepi Ayam percik karang sikit eh…sbb berkejar nak amik Ashraff…