Monthly Archives: July 2011

Suasana Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Salam semua, walaupun sedih dengan kekalahan Malaysia tetapi suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam amat meriah sekali.. Jarang sangat kita lihat peminat bolasepak negara kita memberi sokongan padu kepada pasukan negara kita. Boleh saya katakan tiada ruang kosong langsung didalam stadium malah diluar stadium pun orang ramai masih lagi berpusu-pusu untuk masuk kedalam stadium

Saya bersama rakan opis sampai dalam jam 6 petang.. suasana dah cukup meriah dan kami bernasib baik dapat tempat duduk. Orang ramai masa tu penuh ceria dengan sorak. Kawalan ketat oleh pihak berkuasa juga harus dipuji. Cuma kami tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman masuk ke stadium, dan sebab itu juga harga makanan di dalam stadium melambung…. sendiri mau ingat ler.. air miniral pon RM4 sebotol…

Tidak kira dimana pun kita berada, perintah Allah S.W.T tetap diutamakan.. Walaupun surau tersedia tetapi tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai… Tepat jam 7:30 malam kami solat Maghrib diperkarangan stadium aja. Tahniah kepada saudara-saudara sekalian yang tetap menunaikan suruhan tidak kita keadaan, tempat, masa dan juga suasana.

Selepas solat, saya dapati pintu masuk ke dalam stadium sudah sesak dan tidak ada ruang untuk masuk.. mujur dengan kepakaran yanga da dalat gaks menyelit dan menyelinap masuk… Nasib baik tempat saya dah book awal-awal ada rakan yang jaga.. kalau tak… hehehe tentu takde tempat nak duduk…

Dalam jam 8:30mlm….. suasana menjadi lagi hangat dan riuh rendah stadium… tak tahu nak cakap camne… macam-macam gelagat ada.. tetapi satu benda yang harus dipuji…. penyokong Malaysia memang sporting… Kami umpama sebagai satu keluarga besar yang menyokong satu tujuan dan impian yang sama… cuma nasib sahaja tidak menyebelahi kami semalam…. tapi takpe… cuba lagi dilain masa…. Teruskan ngaumanmu Sang Harimau Malaya…!!!!

Tahniah Malaysia

Tak kira , nak cakap gak tahniah untuk Harimau Malaya walaupun tak layak ke peringkat seterusnya. Sekecewa kita, kecewa lagi pemain-pemain Harimau Malaya kan.  Geram gak tengok semalam bola, penuh dengan aksi drama yang tak patut diadakan.Aksi drama yang dilakonkan oleh konon-kononnya singa-singa bertaring telah banyak membuang masa dan yang pasti merosakkan momentum harimau-harimau muda untuk berjuang. Pada pendapat sayalah kan, aksi-aksi drama ni boleh simpan untuk tontonan dalaman jela, sebab kalau berlakun macam tu macam mana nak show  that you betul-betul layak ke peringkat seterusnya? For me they don’t deserve it!

Semalam bila gol je , bersorak satu neighborhood including my two boys. Rayyan siap pergi tingkap cakap golllll (yang  bunyi more to dolllll). Tapi bila Singa dah sumbat satu gol semua dah macam  malas nak tengok. I pun layan citer Chuck je la. Sebagai peminat bola sejak dari kecik, satu kelemahan yang patut diperbaiki,

  • pertahanan patut lagi kuat, tak boleh leka
  • pemain kena rajin and cepat turun naik contohnya Kuna. rajin budak tuh turun naik
  • kena belajar macam mana nak atasi tekanan supaya tak cepat give up

And saya rasa, the best player should go to Khairul Fahmi Che Mat.glamer tuh. Sampaikan twitter trending pun no 3 babe. in the world okey.

Boleh cakap Asia best player lah… glamer dia selain main bola glamer dengan gossip. Eh you all tak baik tau dok citer pasal gossip dia dengan pempuan lain. kesian tunang dia n dia jugak. entah-entah tak betul. Kang citer tak betul tetiba jadi betul lagi kesian. Kita tak tahu apa yang terjadi antara mereka so janganla buat andaian. cuba kalau kita dok kat tempat dia? kalau baca komen kat fb tunang dia, mungkin masa tu dia marah who knows? biasalah perempuan.. muda lagi.angin amarah dia lain. Sebab tu kalau boleh jangan le siram minyak kat api nanti  marak plak. dapat tempias dosa fitnah kang. Jangan dok tokok tambah … I dok baca dalam twitter ada yang kutuk tunang dia, kutuk dia. no one perfect!!

Tips Beli Cermin Mata Murah

Salam semua,

Semenjak dua minggu lepas saya tuko cermin mata baru nih, ramai yang cakap cam gini.. “Lawonye spek ko yoll…”, “eh eh eh… tuko cermin mater baru…. masyukkkk ler tu”, ada plak yang cakap cam gini..“banyak duit ko leburkan yoll” dan ader plak bertanya camni..“ni bukan pasar malam punye yoll, sure mahal nih..” borak punye borak kat sini saya kongsikan camne saya dapat berjimat walaupon saya beli designers eyewear. Saya setuju harga designer eyewear agak mahal tetapi kalau betul caranya kita dapat berjimat ratusan or malah ribuan ringgit untuk membeli designers eyewear tu.

Contohnya saya punye cermin mata jenama Tag Heuer Track ni.. Jika beli di mana-mana kedai dia Malaysia nih paling murah pon boleh dapat dalam RM1600 itu pon baru framenya sahaja belum masuk kos lens (cermin) dia lagi kalau masuk kos cermin plak… mostly dalam rm250 dan keatas ler bergantung kepada jenis cermin dan power cermin mata tu…. tetapi dengan berjimat.. saya boleh dapat dalam RM800 aja untuk frame.. so saya dapat safe dalam 50% tu…. banyak tu saya dapat jimat…

Caranya sangat mudah….ni tips dia….

No.1 – Pergi cuba dulu

Pi ke kedai cermin mata, contohnya Focuspoint ker or mana-mana kedai.. buat muka tak malu nak cuba frame spek tu… ala cuba jer diorang tak marah pon kalu tak beli.. bila cuba dan dah berkenan tu… SILA AMBIL NO KOD/SIRI dan jenis spek tu.. catit… contohnya saya punye Tag Heuer Track T-5072. Catit harga sekali..  Jangan lupa cakap terima kasih kat tokey kedai tu sebab kasi cuba…

No.2 – Pi Internet search bandingkan harga

Tahukah anda, harga designers eyewear kat internet nih mostly lebih murah dalam 50% – 80% dari harga rata-rata kat kedai di Malaysia pon.. Paling lekeh pon dalam 30% murah untuk latest design… kalau design lama-lama tu memang boleh dapat dengan harga murah giler… Search ler kat Google “buy designer eyewear” Macam macam sites kuwor…. saya suka beberapa sites contohnye

http://www.iloveglasses.com , http://www.framesdirect.com , http://www.bestbuyeyeglasses.com

Tapi sebelum confirm order tu.. make sure International Shipping tu cover Malaysia or diaorang boleh ship goods tu ke Malaysia. Secondly, kene tahu la skit sebanyak risiko beli ikut internet ni ye…so kena faham elok-elok ye kalau kita buat online shopping ni.. Saya malas nak citer panjang pasal online shopping nih… dan saya rasa semua dah tahu kan camne nak berurusan secara online ni kan…

Satu lagi kalau ada kawan-kawan yang kat oversea tu kan.. boleh gaks suruh dia belikan dan postkan.. maybe dapat juga membantu tu….

No.3 Bila barang dah sampai

Kebiasaannya, barang akan sampai dalam 1-2 weeks depends gaks dengan cara postage tu.. kalau nak selamat amik ler courier service cam UPS or DHL.. Sampai-sampai jer barang check betul-betul, adakah betul barang tu.. make sure ada warranty card, beserta dengan booklet sekali.. mostly designers items nih datang ngan segala macam benda sekali…

No.4 Pi balik ke kedai

Hah ni yang tricky part nih… TIPS.. jangan pi kedai yang korang cuba tu.. kang kantoiii.. pi kedai lain ler… Harus diingat… tidak semua kedai cermin mata terima frame luar, saya syorkan pi kedai yang kurang famous.. saya selalu buat lens cermin mata kat Optik 2000, Lower Ground, Sg Wang Plaza. Kat situ dia terima frame luar. Lens dia pon ada macam-macam jenis…. optometrist dia pon bagus dan peramah.. masa test mata pon memang kaw kaw test punye sampai tepat hingga mata relax abis…

Masa pilih lens plak.. yg nih saya sendiri pon kurang mahir… banyak sangat kejadah dia… saya amik multicoated, UV, cermin nipis, anti-reflection, tak mudah or tahan pecah, calar,  dan blablabla……..

Tentang harga lens nih…. bergantung pada jenama lens, jenis lens tu dan juga power lens… harga kasarnya dari RM150 untuk yang takde jenama or lens biasa dan bermula dari RM250 untuk lens jenama Carl-Zeiss, essilor, hoya, rodenstock. Jangan lupa mintak warranty card ngan kedai jika beli lens nih. kalau beli lens biasa tu… sendiri mau ingat ler..

 So… saya boleh conclude.. beli frame online.. pas tu bawa frame n buat lens kat kedai lagi murah dan kita dapat berjimat.