Kata Orang kalau ke tempat orang kita kena ke pasar malam. Sebab kat pasar malam lah selalunya kita boleh nampak kehidupan orang kat tempat-tempat yang kita pergi kan. hahaha… Inilah pasar malam kat Bangkok. Siam Square Night Market.
Location? dekat dengan Siam Paragon.
Kalau dari hotel Novotel tu jalan kaki lengang kak limah, sampai lah kat pasar malam. Dalam pukul 6 dorang dah ada standby dah. Macam-macam ada. Feel macam kat Petaling Street gak lah. Kiterang jalan-jalan je. Maklumlah budak bertiga ni tak suka tempat macam ni.
Ada macam-macam jenis jam cute kan. Tengok je.. sebab kiterang tengah bawak banyak barang masa ni. Maklum la baru balik shopping and giler penat. Rasa macam nak tidur dah ni.
Oh ya kat tepi jalan tu ada sorang pakcik, rang myanmar, dia jual penkek ala-ala macam roti canai pisang. Muslim dan boleh cakap melayu sebab dia pernah dok Malaysia 20 tahun. Pastu mengembara ke Siam. Suka dia bila nampak kiterang.
Apasal I tak nampak T-shirt tuh? Yang color biru n orange? cute la plak. Tapi jaga-jaga skit.. kekadang tu kualiti kain dia tak berapa bagus.. kene pandai tengok la….
Segala jenis kerongsang , kasut selipar macam-macam ada. Jamu mata jelah… tak beli pun. Nak keluarkan beg duit pun dah tak larat. Tapi apa-apa pun kalau you all ada nak kesana, jaga beg duit elok-elok ye. Jaga anak bebaik. Jangan terlepas pandang. maklumlah kat tempat orang.
Tips nak beli barang kat pasar malam ni senang aja.. kalau diorang letak harga, tawar terus separuh harga… kekadang tu bawah separuh pon boleh dapat.. janji pandai nego.. macam hari tu Kheirul terlepas cakap… harga letak B600 (RM60) dia tawar B300(RM30) tokey terus cakap OK jer…. raser menyesal plak tak tawar lagi rendah….
Note: Pasar malam kat Suan Lum dah tutup. Dorang dah pindah ke Sukhumvit.
kalau badan dah letih, mmg nafsu nak membeli akan hilang walaupun nampak barang murah2 kann…?
memang pun kalau boleh kat situ gak nak duduk
Plenty to buy as well as plenty of money can be spend.
yes you right :)