Monthly Archives: February 2011

Kita dah pasang Unifi kat rumah… bedesup…..

Assalamualaikum orang kampung….

Saje jer nak hebohkan supaya semua orang tahu yang kitaorang ni dah pakai Unifi.. punye ler berdesup laju speed dia.. Buat masa sekarang ni memang puas hati giler…. Kalau dulu amik package Streamyx Combo 1MB RM110 sebulan… ni tambah RM40 aja lagi speed dia 5 kali ganda hebat…. Bukan tu aja.. line internet yang selalu disconnected masa pakai Streamyx dulu dah takde lagi bila pakai Unifi nih.. memang puas hati giler ler…

Ok ni nak citer dan hebah or hebohkan apa yang saya dapat bila subcribe Unifi nih… Bukan setakat internet aja yang dapat, tepon pon dapat – free call untuk semua tepon talian tetap TM, HyppTV pon dapat, Wifi router free pon dapat, dan macam-macam ler.. korang musti terpegun punye….

Ni ada barang-barang Unifi yang terpasang:

  • BTU – Broadband Termination Unit (bawah – kotak warna hitam tu)
  • Wifi Router (atas – kotak warna oren tu)

  • STB (Setup box – untuk IPTV – kiri)- yang ni sambung kat TV..  8 channel free…
  • cordless phone (kanan)

OK.. ni dia senarai yang buat saya puas hati sangat guna Unifi nih:

  • surfing internet laju giler.. click aja terus dapat.. tanpa tunguu
  • line dia stable – takde disconnected langsung
  • download movie satu movie cuma amik masa 45 minit aja instead 3-5 hari kalau dulu
  • tepon free kemana-mana talian tetap TM so takde masalah nak call kampong dan berborak berjam-jam
  • wireless dah tersedia kat rumah.. takyah beli wireless router lain
  • dapat Streamyx Zone free.. so boleh belasah free wifi kat mana-mana kawasan yang ada stremyx zone….

Lagi satu.. kalau korang ada IPTV box macam saya, saya guna Asus O-Play… saya boleh tengok siaran IPTV satu dunia… dalam lebih drp 1000 channel dapat….

so…. memang berbaloi ler pakai Unifi nih…..

*TAMBAHAN SKIT

ada yang tanya berapa saya bayar

  • bulanan saya bayar RM149 contract 2 tahun
  • permasangan percuma sampai akhir bulan March.. kalau tak kene bayar RM200

 

Klinik-ER-Rumah-ENT

Klinik

Semalam, Ashraff cakap telinga dia ada blood. Dia cakap too dirty. Then papanya check lah memang ada blood. it’s fresh blood. So kiterang bawak pergi klinik doktor check memang banyak darah. We asked him what happen, He said his fren buat.Dia cucuk paku kat telinga dia. $^&$&( apa ke jadah budak ni. Memang nak kena jumpa mak pak dia ni. Do you think so? Do I need to?

ER

Bila dah ke klinik, doktor suruh ke ER sebab dorang mungkin tak nak amik risk. So siapkan GL terus ke Pantai Bangsar. imagine, Serdang – Pandan-Bangsar?Bila dah ke ER, Doctor check and kasi ubat and all that. Baik doktor tu, namanya Doktor Selvi. siap kiss kiss lagi anak teruna ku itu. Lucky tak payah stay, sebab nampak ok but kena come back for ENT specialist esoknya. Wa manyak penat, kul 12 sampai rumah, pukul 2 baru boleh tidur sebab baby tak nak tidur while Kheirul kena buat kerja opis lagi you. berdedikasi betul :) Alahai, me also like that before.

ENT

Pagi kul 6.30 bangun, kejut semua orang mandi, ke opis dulu. Bersangkut dengan jam baru sampai his opis. then ke Bangsar. Disebabkan semua tak breakfast lagi, kiterang pi makan kat Cafe dulu. Masa tengah makan, nampak David kumpulan Ally cats tuh.. he senyum only to us. Senyum balik le.. then naik atas jumpa doktor. But have to wait for a while sebab doktor ada patient. Tunggu dalam half an hour je, then Ashraff dapat priority to check his ear. Doc ckp look ok no hole, cuma dinding jer.. so dia kasi ubat, antibiotik and she sucked the blood.

Ashraff pun nampak rilek jer. So lagi seminggu nak ke sana balik untuk follow up .Before Ashraff masuk, actually doc tgh consult mak Rosyam Nor rasanya…. ramai gak le orang kat situ. Nampak bersahaja je dia. We all senyum je no gambar-gambar ok sebab public figure pun ada hal privacy untuk dihormatikan…. Habis settle semua.. balik lah.

Risau gak bila anak kena macam tuh. I always pesan kat Ashraff, jangan buli kawan  tapi kawan dia plak buli dia. You all rasa I patut jumpa mak pak dia ker? Geram betul ngan kawan dia. Hari tuh, dia cakap budak ni amik pencil dia lah… Kite ajar anak kite to be polite anak orang plak impolite….Doktor siap pesan, make sure stay away from your friend. And I told ashraff, you must only befriend dengan orang yang baik ok. no naughty friend. Dengan kata lain, pandai-pandailah pilih kawan…

 

Ikan Cencaru Sumbat

Hari ni kita resepi pulak ye ibu-ibu, bapak-bapak sekalian. Mudah , senang dann sedap. Resepi ni, I dapat from MIL. Hihi, hari tu balik kampung dia masak, I pun ngendeng-ngendeng tanya macam mana nak masak. So dia cakaplah macam mana…Since we all ni suka sangat makan ikan kan, macam-macam caralah kena belajar untuk menikmati ikan.

Resepi dia adalah seperti berikut

INGREDIENT

  • 3 ekor Ikan cencaru , bersihkan belah belakang tapi jgn tembus
  • semangkuk kelapa, goreng tanpa minyak tapi jangan gelap
  • 2 batang serai – hiris
  • 1 inci halia -tumbuk
  • 2 ulas bawang putih -tumbuk
  • 4 biji bawang merah – hiris halus
  • 1 sudu cili giling
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 biji telur

METHOD

  • campurkan semua bahan kecuali ikan
  • bahan campuran tuh sumbatkan dalam ikan
  • Bakar ikan sehingga masuk, jangan overcook nanti tak moist

Selamat mencuba. I made 2 version swith/without chili takut bebudak nak makan. tapi dorang tak makan pun, dorang makan sup sayur jer. Rasa dia sedap sebab ada rasa serai. Kalau tak nak letak telur pun takpe, tapi kenalah letak air sikit dalam kelapa tuh.

Sekian