Yearly Archives: 2010

Gambar Family

Pening kepala 2-3 hari ni. Apa taknye tidur alam asyik terganggu sebab Rayyan demam. Takdelah panas sangat tapi as mom, setiap jam bangun check ada panas ker sejuk. Ashraff and Afriena pun dah almost a week jadi setinggan kat bilik kiterang. Bukan apa dorang, hari tu Afriena demam so bila demam anak-anak kena la dekat ngan parent so senang nak monitor. Tapi bila dah sembuh dorang take granted plak menumpang aircond. Bilik dorang ada aircond gak tapi gas dah abis.As for Rayyan, dah pi jumpa doctor, demam dia kejap kebah kejap panas. Kalau hari ni panas lagi nak kena jumpa doc lagi le nampak nye.

Oh ya seperti yang dijanjikan… ada sikit gambar kahwin. Yang ni gambar satu family. But I sekeluarga takde k, masa tu we all ke toilet sbb anak-anak nak membuang.MY adik-adik semua mana tah hilang. adalah tu dok melepak usha pempuan. Maklumlah ramai adik laki kan.

Dalam ni ada atuk, nenek, adik badik sebelah mak abah yang from singapore, kelantan and kawan family yang from Melaka. Walaupun plan nye nak buat kecik and tak ramai datang, end up macam 2 bus plak datang but off course masin-masing drive kan. Anyway, thank you so muchfor all family members yang berkumpul. Things I like about wedding is dapat jumpa family members yang kekadang masa raya pun susah jumpa. So sapa nak kahwin next sila cari orang dekat ngan KL so semua family members senang datang. Next wedding insya’allah next July. Mix wedding plak.

NOTE: Gambar ini di ambil dari facebook my cousin. Thanks Kimi kerana menjadi photographer hari tuh.

Homemade Burger

Mesti bila citer pasal burger semua dok pikir, hish not healthy la makn burger. high calorie, nanti gemuk .Hihihi.. benda-benda macam ni tak naklah membantutkan selera nak enjoy makan burgerkan.

Since I suka makan burger and berkira pasal jaga badan kan so I came out with the  idea buat home made burger.Macam mana nak buat simple homemade burger yang berkhasiat?

Rupa beef patties yang belum masak

Resepinya kat bawah

INGREDIENTS

  • daging kisar – I pakai lean meat sebab masih menjaga pantang, no fat ok
  • 2 batang celery – grated
  • 1/2 carrot – parut
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • parsley dan oregano
  • 4 sudu oat
  • sebiji telur
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • 2-3 dash maggi seasoning

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
  • Bolehlah bakar beef patties dalam oven sehingga masak atau grillkan sedikit minyak
  • Sedia untuk dihidang

Boleh dihidang sesuka hati nak tambah sayur.

Note: boleh juga buat beef patties banyak-banyak then simpan dalam freezer. nak masak bolehlah keluarkan.

Macam mana nak breastfeed baby kat luar?

Macam mana nak breastfeed baby kat luar? Soalan yang best. Dulu masa remaja takde anak lagi, selalu tengok acik-acik kat kampung bersidai bawah pokok la, kat tangga la dok mnyusu baby. Masa tuh dok pikir, tak malu ker dorang nihTapi bila dah ada anak ,takde pulak perasaan tuh.

Macam mana I breastfeed baby kat luar?

  • Cari tempat menyusu,Selalu kalau keluar pergi shopping kompleks takdelah problem sangat, mesti cari yang ada baby nursing room. Tapi kekadang tempat menyusu ada plak pempuan yang tak menyusu lepak main hp ngan member… memang kena sound la.Tapi depends jugak, kalau tempat tu bersih I pergilah . kalau tak mana-mana jer
  • I bawak satu shawl(or maybe nursing cover) untuk cover masa nak menyusu. Takdelah terdedah orang tengok. Don’t worry kalau menyusu anak takdenye orang nak terjojol bijik mata nak tengok breastkan. Kalau yang guys terjojol mata nak tengok mmg I pergi jolok bijik mata. Tak paham-paham lagi ker?Kalau anak melalak nak susukan.
  • Kalau emergency, takde kain nak cover ker, since I dah bertudung membatu la jugak untuk cover sesikit

Tu jerlah sesikit tips yang I pakai. Ni semua ikut situasi jugaklah…Don’t be shy and guys jgn plak terjojol bijik mata…

ANW, Alhamdulillah so far masih lagi menyusu badan and baby pun dah bersemangat. Dukung pun dah terasa lenguh.